Thursday 23 October 2014

Pasar Pasir Penambang, seharian di Kuala Selangor

Wehuuuu...tajuk tu sehari tapi tak la sehari mana pun. Perjalanan kali ni adalah dari inisiatif diri sendiri yang kebosanan dan keterujaan nak makan seafood banyak-banyak (gila aku bukan diet ke mihmihmih...). Tambah-tambah cuti Deepavali nih, apa je nak buat kt rumah, maka jom jalan-jalan.
Ok lets go bergerak menghala ke Kuala Selangor. Dari Subang Bestari ke sana tak la berapa jauh benar, tapi InsyaAllah kalau dah duduk Pristana nanti, lagi lebih dekat la dengan Kuala nih. Maka harus la seafood segar hari-hari. Dari rumah dalam pukul 12 tengah hari cam tu. Sampai sana dalam pukul 1.30 itu pun sebab berenti beli karipap gergasi. Tapi jangan risau, ni bukannya macam pasar yang kena pergi pagi-pagi, kat sini sampai ke petang ada ikan.
Jalannya susah ke? Eh senang je, guna google map pun boleh. Kami guna jalan Kuala Selangor ni, sampai area Bukit Melawati ada traffic light sila berhenti kalau merah. Pastu jalan terus, naik jambatan seberang sungai tu, nanti kat selekoh ada Giant belah kiri, terus lagi sampai traffic light ke dua (kalau depa tak tambah traffic light la) selepas tu dan anda harus belok ke kiri. Ada tulis signboard Pasir Penambang. Hah lepas simpang ni, jalan terus dalam 70meter lebih kurang kemudian belok kiri, agak-agak dalam 100meter cam tu nampak dah pasar di sebelah kanan anda. Wahhhh..gitu sekali nak bagitau jalan. Oh ya landmark area situ senang je, kiri kanan kedai-kedai dan restoran cina, Nampak tu kira sah dah la tu.
Sampai pasar tempat pertama dituju ofcos la kedai jual ikan kan. Makanya harus la memborong sakan. Sampai je sana benda pertama ana nampak sotong sekilo RM14..hah RM14? sotong besar gedabak nih rege ni je eh murah banget nih, apo laie pilih masuk bakul, amik kau 1.8kg acik beli miahahahaha (total RM25), beli ikan jenahak sekilo RM28 ikan paling kecik 1.5kg (RM33) harus la acik kena asing-asing masak 3 kali. Pastu niat nak beli ketam tapi En Mie kata ketam ni kecik dan ringan...ok part ni serah pada yang arif...bab-bab ketam ni dari beli sampai ke makan acik memang fail, bab masak tu ok laaa....hahahaha. Tapi I is geram uols dengan ikan kembung besar a.k.a mabung. Terbayang-bayang betapa lemaknya isi ko ikan weh, yang ni sekilo RM10 murahnya la...total ikan ni 6 ekor size big-big (RM11 ~ 1kg++). Kat situ je acik habis RM69, pengsan.
Next station ketam, hah yang ni pening sikit la sebab tak pakar kan, akhirnya En Mie pilih 4 ekor ketam gedabak beratnya harusla 1kg plus sebab total ketam RM35 (1kg ketam RM25..mahal). Acik tambah 2 ekor cencaru kuda (cencaru besar tu) sekilo RM9, size gedabak beli 2 ekor dengan berat 1.5kg RM10 so total RM45. Oleh kerana kami jauh sikit perjalanan, makanya kami beli kotak putih dengan harga RM7, ais tak perlu sebab bila beli ikan dia bagi ais kalau tak cukup mintak aje...hihi.
Pastu rasa macam eh-eh macam kurang lah hidupan laut, maka acik beli agak-agak dalam 25 ekor udang dengan harga RM13 (sekilo RM30) ni yang size XXL kalau kat Tesco. Tapi kat sini, size ni macam anak udang, sebab ada udang lagi besar dari nih boleh dapat RM55/kg. Fresh sangat sampai nak kopek pun payah. Syok oo sampai lupa nak selfie dengan ikan miahahah. By the way, next trip kita orang nak pergi ke Cherating, tapi sebelum tu nak ke Kuantan dulu saje jalan-jalan. Hah seafood lagi jawabnya.
Hidupan laut yang selamat sampai ke rumah, maaf tak dan nak bukak satu-satu
Semua stok ni dah siap-siap bersihkan akhirnya dapat makan untuk hampir 2 minggu (tertakluk pada kerajinan tukang masak yang mana mungkin akan jadi lebih lama kot kat dalam fridge). Ana ni suka simpan ikan dan ayam yang dah siap-siap bersih dalam fridge, sebabnya balik je kerja, thaw kejap dan boleh masak. Kalau nak siang bagai memang lah malas amat. Lagi pun cara ni untuk pastikan peti ais bersih takde kesan darah bagai.
Oh macam tu punya banyak hidupan laut kita orang beli, malam tu jugak 2 ekor ketam, semua udang dan 6 ekor sotong kita orang bedal. Mana tak buntal masing-masing makan. Melantak tak hengat siap lagi ada orang buat calculation, kalau makan kat kedai macam kat pelabuhan Klang tu mau jenuh nak bayar, dekat nak 200, macam mana tau? Tak tau tak cakaplah kan, nanti kena saman pula, kita orang pernah makan (itu pun ikan pari bakar, sotong dengan udang goreng tepung je).

Ketam masak cili telur masin, udang goreng butter dan sotong goreng tepung. Yummy. Since acik tengah diet maka acik punyer Nasik amat lah sedikit. Pastu cuci mulut dengan lemon infused water. Memang sedap la. Baki ketam acik plan masak lomak cili api hahahah.

butter prawn sempoi
ketam cili bertelur masin sempoi (tak ikut cara biasa hahaha)
sotong goreng tepung, ngam ho

Ok dari sini, time nak balik tu acik singgah cendol bakar. Amboi En Bakar, siap dah daftar sebagai harta intelek ye, siap ada branch kat Klebang dengan PD lagi you, syabas Inspector Sahab, syabas. So far cendol ada discount 20 sen ye, kalau idak kami bayor RM6 tapi sebab 20sen makanya kami bayar RM5.60. Kemudian singgah beli karipap gedang ni lagi...haih melantak je keje aku laki bini.

ada banyak gerai-gerai lain di sini

Pastu singgah solat Zohor dan akhirnya kami pergi tengok rumah. Aihhhh...no. lot acik ingat la tapi no. rumah hampeh. Akhirnya teknik kiraan lorong digunakan. Ces betullah rumah aku sebelah rumah contractor tu. Geram je segala simen, batu batan dilonggok dalam kawasan pagar den, dengan tempat parking motor staf dia lagi, bakar kang...hahahaha. Pastu ada la 2,3 orang jiran-jiran yang keluar rumah gi buang sampah, sambil mata ala-ala pandang semacam je, ek eleh, aku bakal jiran ko la..apa da. Hahha itu la serba sedikit cerita acik seharian kat Kuala Selangor nih, sampai rumah dekat nak pukul 4.30 haha mampu? Sakann...

No comments:

Post a Comment