Wednesday 31 October 2012

Dinner ala AFC 703

Terpengaruh tengok AFC so aku wat la western style untuk Dinner simple je..baked fries dengan cheese cam dalam belog si Hanis Zalikha budak Mad Market tu :) tapi banyak den alter (especially bab cheese tu...guna cheddar cheese racik halus then tabur atas kentang), almaklumla bahan tak cukup. Tapi sedap je nama pun cheese kan..pastu buat la ikan goreng salut tepung, end up dinner jadi fish and chips hehe...tadaa... jadi la macam dalam gambar ni...tak senonoh tunjuk loyang buruk aku hikhik (time makan food presentation aku memang failed)

Apa cer? Makan je la


Ni full set of diner of that day aku~ lalalala...

Tiba-tiba- Sate...
Sedang makan nampak perkataan - Hunger..nampak tak?guLp..hukhukhuk...sabo ajela

Kota Damansara oh Kota Damansara

Psstt...pagi tadi jammed tak? Me? Of cos hari-hari jammed, hari-hari gerak keluar rumah dalam kul 7.30a.m. padahal dekat je 13km lebih kurang. Kadang-kadang tak jammed tu kira bertuah la hari tu boleh la jejak kaki kat ofis dalam kul 7.55a.m.

 On the way dari rumah jammed start dari simpang Subang Bestari, Jln Sg. Buloh- Shah Alam. Tu nasib baik kalau dapat time tak menentunya tu dari simpang rumah jammed dah (o.O). Masuk simpang ke Kota Damansara ni start la perarakan beramai-ramai, kereta berwarna-warni, ragam macam-macam...kalah perarakan hari Kebangsaan wa cakap lu.

Kalau ada accident, ermmm biasala Malaysiankan prihatin, kadang-kadang aku pun terjebak gak (sah kepoci).

Apa kena mengena dengan Kota Damansara ni? OOO...amik ko O aku...sesapa umat kota ni mesti tau nape tulih gini. Terkenal,  kalah Jalan kat New York, al maklumlah bukak je Hotfm ke atau mana-mana radio yang ada laporan traffic mesti  ada citer pasal Persiaran Surian. Glamer ko..sebab glamer sangat???

Jammed la..melekat..Kota Damansara ni kan penyambungnye Persiaran Surian nih terus ke depan keluar la ke LDP (lebuhraya kesayangan ku... :p). Tak percaya teruknya korang datang la sini, pagi dari kul 7.30, lunch dari kul 12.30-2p.m and petang dari kul 5.30 ke kul 7.30 (silap2 sampai la malam)...Isnin ke Jumaat (Sabtu dan Ahad pun sama gak)

Tambah plak construction kiri dan kanan jalan adui la menambah, MRT ni pun dah sibuk2 dah projek nyer, aduiyai..aduiyai...aku nak masuk la contest kat MyMRT tu, sesapa yang belum masuk cepat join, share kat facebook pastu kita like! like! like!

Ergh...apa motif aku tulih entry nih?ntah la stress kot...tulun..tulun..hikhik..


gambor dari dalam kete aje

Tuesday 30 October 2012

Tauhu Sumbat

Ello peeps...ok hari ni nak celoteh pasal resepi biasa-biasa aje, biasa dengar tapi tak biasa tengok..(poyo la tu kan)..idea datang sebab terlebih rajin (konon)..dan terlebih beli stok (hahaha yang sebetulnyer) ok bahan-bahan dan caranya seperti tertera (macam Master Chef lor plak..perasan..perasan >.<)

Bahan-bahan:

Isi Tauhu

1 keping tauhu lembut-hiris halus
2 keping nugget tempura-hiris halus (isi ayam sebenarnya..tapi maleh kan..sub aje pada benda lebih mudah)
3 sudu jagung (siap hiris halus lagi)
Sebiji bawang besar (size sederhana cukupla)
Garam, Serbuk Lada Sulah (yang ni ikut suka)
1 biji Telur (dalam kes ni telur habis wat kek rupenyer...takpe no worries..masuk sesudu tepung gandum..hik..hik...mudahkan)
note: boleh tambah carrot, kucai dll...

Kulit

9 ketul tauhu 4segi tepat yang nampak macam kering tu (kat pek nyer tulis bantong)

Cara-caranya:

Gunting tauhu tapi jangan putus, terbalik kan tauhu tu, so yang putih akan di luar yang coklatnya kat dalam (seperti gambar)
Lenyek semua bahan untuk isi (pun ada dalam gambar)
Sumbat dalam tauhu, bekukan tauhu-tauhu ni dalam setengah jam atau agak-agak keras skit la
Gambar ikut pusing jam tapi dari kiri ke kanan pastu bwh ahaks

Goreng dalam minyak yang banyak (deep fryer better)
Tadaa...siap boleh makan cecah dengan sos thai..meletops gitew..Mie makan sambil cakap sedap-sedap...and tanya guna bahan apa..hahaha resepi penuh rahsia (kunun la kan :p )


Siap boleh makan


Monday 22 October 2012

Alhamdulillah~ Chocolate Cuppies

Alhamdulillah, projek selepas lama berehat, oven pun kurang berasap (I mean baking, masak benda lain ado..hihi), so semalam (21 October 2012) was really a baking day. Repeat order dari Kak Suzi my regular customer, for her boy, Aliff sempena birthday ke-7 (klu tak silap). Tak banyak nak citer, simple cuppies only so layan la pictures ya.


Gambo berjemaah


Ready for packing


Single packing~senang nak berbagi nanti (>.<)
   

Note: ada 3 bekas kek coklat kukus, tapi tak sempat nak snap gambo la :p

Now..this :)

Holla...
Still remember this entry?
Now craving for this biscuit is over..yeaaaa...
But..(yeap still got but here ok) now I started to love more of this biscuit compare to last time.
Haiyaa...what should I do now? My mind said " eat until the 'need' feeling over by itself hihihi..
Here I attached my current favourite biscuit...tadaaa...proudly present...

Tau Sar Piah...really nice
By the way, am just recover from a very bad gastric...bad until they sent me to "Unit Pembedahan Am, Hospital Sg Buloh". The pain only recover after 3 weeks...see how I suffered..till now am still feeling the pain on the right side of my stomach. The sharp pain till I feel like vomit, dizziness and also got a fever every night..Allah

After went to 2 different clinics (one of them I went for 2 times but still pain..OK) and took a few different antacid and pain killer and of course controlling food consumption, now feel better. Ok guys, morale of the story, eat and drink well and take care of yourself...stress free ya...tatatititutu...

Tuesday 2 October 2012

My W-day

Update yang hanya sempat dibuat selepas hampir 3 minggu majlis selesai. Busy kan. Maybe ada yang rasa "nyampah" dengan entry ni. Hehehe...busy saya bukan sibuk berhanimun, tapi busy siapkan keje yang berlambak selepas lebih seminggu (sebenarnya 3 hari je) bercuti. Okla takde apa sangat pun yang nak di update kan entry kawin ni. Cuma nak share gambar dan citer time kenduri.

Khamis (2 hari sebelum majlis)

Pagi lepas subuh, siap-siap nak gerak balik kampung. Belum pun 2km mak dah call tanya kat mana bila nak balik & kenapa tak balik semalam? Hehe..malam tadi banyak benda nak kna settle mak, maklum la nak cuti nak EGM lagi so kena siapkan la mana-mana yang patut. Balik singgah Zemart beli barang untuk kenduri Jumaat malam.

Pastu sampai rumah mak dah pergi hujung kampung gi petik sirih. So siapkan bilik cik perantin, mop lagi skit-skit and masak makan lunch. Dalam pukul 1petang, pelamin pun sampai, orang-orang yang pasang pelamin ni ntah la ok ke tak la diaorang nih. Lewat petang pergi petik inai, nasib la Mak Ngah baik hati nak tolong.

Malamnya tumbuk inai tapi halfway (actually after 5 minutes je) inai tak jugak hancur so apa lagi blender kan aje daun-daun tu (hehehe sampaila mesin pengisar mak berhenti sendiri oppss..). Dalam 1pagi, angah sekeluarga sampai, acu plak sangkut kat Port Klang, tengah kira awan hahaha. Dalam pukul 2pagi encik-encik yang pasang khemah ni datang dengan jaya dan ntah apa-apa lagi la benda merepek diaorang ni buat sampaikan ke subuh tak jugak siap. And according to Angah, instead of put in purple and pink color, they give us gold and cream cloth. Then Angah komplen, "sebelum Pengantin marah, baik tukar kaler kain tu" cettt guna nama gue ya...haha..turn out hanya ada kaler ungu so krim maintain la jawabnyer.
Biskut coklat, coklat dan coklat

Rasanya tema=Cadbury..uppss - macam kena taja plak hihi

Buah segar dari kedai ~sponsored by Ambung

Pelamin Indah ala garden ~Yan Aura ~bunga pahar sponsored by Intan

Jumaat (Sehari sebelum majlis)

Hari yang seterusnya, rumah mula dipenuhi sanak saudara. Mak dah prepare untuk kenduri arwah malam ni. Banyak jugak lauk. Dalam banyak-banyak tu si kecik tomei nila paling glamer...nanggis aje dia. Si manja ni tak biasa orang ramai hihi. Siap masak dan betulkan apa patut (bunga pada pelamin rebah adoi la T.T).

Ameen tomei...

Pergi pasar. Nasibla orang kat pasar Pulau Sebang tu baik belaka. Boleh tolong angkat barang yang super banyak tu ke kereta, if not pengsan cik perantin nih. Orang kata pengantin kena duduk rehat dan jangan banyak berjalan, tapi saya tak dapat la nak macam tu. Cik perantin nih orangnya yang penanggah, pergi pasar dan tukang segala tukang la senang citer (dalam hati ni: orang kawin aku keje macam nak rak, aku kawin pun aku kerja cam nak rak jugak..takde ke yang kesian? huhuhu)

Hantaran Jam untuk Encik perantin lelaki

Sejadah dan pelekat~apa tema tah dalam kepala time buat ni
Malamnya kenduri, basuh pinggan sampai naik lenjun. Then siapkan doorgift yang langsung tak dibuat apa pun lagi. Nasib la ada ramai yang ringgan tulang masa ni, masuk air dan ikan dalam beg ni. Takde gambar la plak, layan jela ye paper bag ni D.I.Y lagi ok. Ada juga yang tolong balutkan telur ermmm kan ramai yang bantu nih. Dalam pukul 1 pagi masih lagi tak siap, oh tak boleh jadi nih, inai tak pakai lagi. So guna la inai dalam 2jam camtu. Tak tahan dah, basuh and tido. Ala kadar aje kalernyer. jadi la dari takde kan.
carca marba sungguh
Hasil air tangan cik perantin ~ ada orang tanya, pengantin lelaki pakai spec ke?

Sabtu (15 September 2012)
This is the day. Sah jadi milik suami selepas 2 kali lafaz. My suami ~ I trust you can do it so no worries on you babe.

Ana is being Ana. Semuanya nak cepat. Bersanding pun cepat sejam dari masa dalam kad jemputan hahaha...kan bagus gitu. cepat habis. Paling dasat? hehehe time berarak tu..adei la payah jugak jadi perantin ni, kena jalan yang 0.01km/jam tu which is rasanya dah sangat slow dh, tapi kena kutuk jugak ok?

Kalau ada yang tanya apa rasa, jawapannya ntahla takde feel langsung. I'm cool all the time I think. Until my Director kata, You ni nak kawin ke tak? Tak nampak macam nak kawin langsung huhu. Tau-tau dah nikah dah sanding dah jadi wife orang. Takde feel dah kot. Rasanya dub dab dub dab pun takde, rimas lagi adala. Cepatla tanggalkan semua yang bertepek kat muka ni.

Oh ye dub dab ada jangan kata takde. Dub dab bila tengok langit gelap time akad nikah tu. Allah risaunya, jangan la hujan turun dengan lebatnya. Kenduri ni dah la kecil-kecil aje. Tetamu tak selesa pula nanti.

BTW nanti bila gambar kawin dah siap bolehla ambil dan letak kan beberapa keping di sini. Buat masa ni share aje gambar dengan sapa-sapa yang ada.

TODAY

Selepas 3 minggu, kehidupan pun dah berubah skit (berubah coz rumah lain, pergi keje time pun lain, suasana rumah pun cam lain), tapi ntahla rasanya biasa je sama je cam bujang dulu hehehe.

Monday 1 October 2012

Layan Gambar, Langkawi

Actually lama dah nak upload, tapi tak sempat. Dalam entry ini ada cerita sikit. Seronok, time ni tak kawin lagi so gi jenjalan sesorang aje. Best ooo...macam Langkawi tu kampung halaman sendiri, siap ada mak cik tu offer duk rumah dia hihi...terima kasih banyak mak cik.

OTW to north sempat berkenalan dengan abang JPJ yang sedang under cover. Hihi kantoi. Berkenalan juga dengan tokey asam pedas glamer tu "Mimpi Muor". Dekat aje dengan ofis ni tapi tak pernah pergi, parking susah lor. Pastu siap boleh kenal dengan pak cik driver bus. Kesimpulannya jauh perjalanan banyak kenangan hehehe.

Shopping? Yela Langkawi great place for shopping but am not. I prefer doing the jalan-jalan, tengok tempat orang, try makanan orang. Hmm.. not bad. Pricing plak, makanan agak mahal, makanan laut nyer standard KL yang tak berlaut ni.

Sepanjang di sana, secara tak rasmi jadi tourist guide to 2 ladies from Russia. Haha..3 hari dok speaking (walaupun bersepah) sampai lidah naik kelat and otak confius nak cakap bahasa apa bila jumpa orang. Sorang nenek ni pandai English because she is a Scientist but the other one only know Russian punyer language. But frankly, they are fun and nice. They respect Muslims and they know that we can't drink alcohol a.k.a wine. I learnt something new, most of Russian tak makan nasi, tak makan spicy food and when they come here the food a bit problem katanya, they eat kacang-kacang and bread (itu pun a bit). I tak tau apa makanan ruji mereka hehehe.

Tepi Pantai kat belakang Kedawang Inn
BTW, sewa kereta jalan-jalan 1 pulau, ambil gambar kaw-kaw walaupun dengan kamera phone. Drive seluruh pulau dengan hanya RM30 duit minyak (ceh macam terer je padahal 1st time, malu la kan tak tau pasal negara sendiri hihi..). Pergi Padang Mat sirat, Makam Mahsuri, Kilim Geoforest, naik kereta kabel dan lain-lain lagi. Depa ni tak suka gi shopping so memang tak ke Kuah ler teman..sob..sob..

Makam Mahsuri


Telaga Air Hangat: inilah telaganya

Telaga Air Hangat

Banyak benefit bawak tourist ni, rupanya naik bot ke Geopark ni mahal juga botnyer. Se-bot RM300 tapi bila naik ke darat depa pulang balik RM200 sebabnya datang dengan tourist. Wah kira syok jugak la tak banyak la duit kita orang kuar camni hehe.

Gua Kelawar punyer jeti, nak masuk dapat 1 torchlite tapi jangan lupa pulang ye


Sangkar ikan dan kapal-kapal..ku hihi


Dari jauh ku lihat..hijau..putih hihi


Ok, baru clear
Tapi kereta kabel tak dapat diskaun, time pergi ni hanya warganegara je yang akan dapat diskaun, naik atas tu tiketnyer RM15 je, bukan warganegara RM30. Paling best mak cik 2 orang ni pergi merayu kat kaunter supaya diaorang boleh naik cabel car tu. Sebab masa tu cuaca tak baik so tak digalakkan untuk naik. Tu dia kata, "diaorang nak sangat naik bila lagi nak  naik kalau bukan sekarang" hahaha akhirnya dapat jugak naik. Walaupun cuaca tak seberapa tapi ok la pemandangan sangat cantik..MasyaAllah...angin kuat goyang-goyang dalam tu. Rasanya macam-macam doa baca dah, semoga selamat huhu...

Stesen kat atas Mat Chinchang


View dari atas


Beratur ye bukan berebut

Kat Geopark plak gi bagi helang makan, gi tengok sangkar ikan, gi Gua Kelawar dan jalan-jalan sikit celah-celah tu kan. BTW these 2 aunty sebenarnya nak tengok monyet hahahaha...depa kata tak pernah tengok monyet. Selain dari tu Aunty-aunty ni pun tak pernah tengok serai, so the scientist take home a few helai daun lemongrass ni hihi. Kelako..tapi aku pun akan wat camtu jugak kot if I go to their place and tak pernah jumpa pokok ni before.

Okla penat dah menulis, nak wat keje lain plak..c u bye bye.

Note: stay kat Kedawang Inn, heheh best..breakfast wat sendiri, boleh masak, ada roti and paling penting suasana nyaman je. Staff dia pun baik, Kak Zura (owner) siap bagi diskaun lagi.

Crave on this...

Lagi-lagi mau ini, now sudah habis sepaket dalam hanya seminggu tak sampai hehehe. A bit sweet in taste but lantak la. Semenjak dua menjak ni macam dah tak kisah about sugar, buat air kalau boleh mau manis, siap dengan ais dan pekat. Haha, maybe stress and tension menonggeng dengan kerja sekarang kot. Tu jadi tak betul tu.

Merepek apakah ini hikhik...

So crave apa la agaknya si Ana ni? Jom layan...siap ambil gambar dari tong sampah ok. Dedicated nak upload sangatkan. Sebenarnya boleh aje beli baru tapi biasala M nyer besor hihi.


Yang last pieces ni lagi sedap :)
 
Tiger Biskuat, bukti pembelian dan bukti sudah habis dimakan hehe

P/s: bukan iklan bagi pihak biskut tiger, Kraft pun tak bayar apa-apa...just mau share :)