Tuesday 5 May 2015

Alkisah anak-anak Tabby

Dijadikan cerita, Tabby dah beranak. So fur kids ada 3 ekor semuanya. 1 gegirl 2 boboy. Masa kecik kami tak sabar nak tunggu depa besaq, la ni dah besaq kami pulak yang tak larat nak layan depa nih. Hamboi kalau berlari habis serumah depa kerjakan. Acik Mie lah orang paling tabah melayan depa. Acik ana garang sikit, so depa tak suka kat acik ana hihi.
 
Pasu bunga so far dah pecah dua, bagussss...kurang sikit barang nak bawak pindah hehehe. Macam-macam yang dah depa pecahkan setakat ni tak larat nak layan. Sampai acik mie pernah cakap, "kenapalah perangai korang ni tak macam Debu kat kampong tu, baik budi pekerti (Debu, Debik, Katsumi dan 1 lagi serta Alice adalah antara kucing-kucing mak kat kampong.)
 
Depa dah kena vaksin last month, gara-gara flea yang berlambak sampai naik seriau, vet tu kata boleh kumpul buat kacang goreng (bhahahaha). Nama fur kids ni Cede, Cene and Cokin. Vet tu kata kenapa si Cene lain dari yang lain? Kesian. Hihihi.
 
Klinik tu kat Tampin, kat kg cheq la. Adik ipaq punya so rege pun rege sedara hihi (tq adi).
 
Ok lah ni antara gambar depa time baik, time cheeky and time nakal tak hengat.


Saya Cokin
 

Saya Cede
 

Kami mangsa keganasan fur kids
 

Yang tengok TV tu Cene (paling nakal and hyperactive)
 

Apa jelah keje budak berdua ni

Pavlova vs Puff

Assalammualaikum...
 
Yang ini adalah gambar order terakhir sebelum mengemas untuk berpindah. Terima kasih untuk order ni. Silap salah harap dimaafkan.
 
Mini Pavlova


Mini Pavlova


Cream Puff



Choc Puff
 
Sebenarnya semasa buat puff ada kekeliruan tentang pembungkusan. Maafkan saya ye customer atas kekurangan.
 
Kekdahnya customer nak puff ni dibungkus dalam kotak berasingan dan disusun cantik-cantik macam ana susun pavlova. Ana tak pernah buat bungkus asing-asing, biasanya bila customer order banyak-banyak memang ana longgok la sekotak seperti dalam gambar ni.
 
Puffs
 
Jadi untuk elakkan kekeliruan pada masa akan datang, setiap kali order sila ye beri tahu yang anda inginkan pembungkusan secara berasingan (jika berkenaan). Harap maklum harga juga adalah berbeza (untuk makluman kotak adalah antara barang bakery yang berGST), manakala harga puff ana masih tidak berubah, masih sama sebelum GST ni wujud ya, RM40 untuk 50pcs (cream puff) dan RM45 untuk 50pcs (choc puff).
 
Untuk makluman semua dapur Cakequinn akan ditutup sementara waktu sehingga 16 May 2015. Ianya akan dibuka semula untuk tempahan bermula dari 17 May 2015 dan dengan ini bermulalah juga tempahan untuk hari raya. Tahun ni ana macam biasa InsyaAllah akan buat:
 
Chocolate chips cookies - RM17 sebalang (approx. 50pcs)
Semprit - RM20 sebalang (approx. 60pcs)
Tart nenas - RM28 (50pcs)
 
 
 
 
 
Quote of the day: As a human being I can't read people mind neither guessing people feeling.