Wednesday 31 October 2018

Longgg Holiday - Review sikit

Holla....

Hah gitu tajuk sempena awal November. 

Bulan ni dengan bulan depan target nak habiskan cuti yang ada, mostly dihabiskan untuk siapkan tempahan kek, brownies dannnn kudapan deepavali. Alhamdulillah, ana harap market semakin okeh dan produk ana diterima masyarakat (ewahh ucapan ala YB). Bulan ni ana agak sibuk juga dengan order untuk door gift sempena pelbagai majlis. Kalau korang nak buat majlis dan nak bagi door gift tapi takde idea, meh sini roger iols, macam-macam best idea iols boleh cadangkan. Yang pasti, harga terbaikkk.


Mazola- antara cookies onz sempena Deepavali, belakang tu, choc chip pujaan ramai


Mazola kacang peas



Sarang Semut


Tat Nenas kebabom meletop


Back to topik asal, end of year ni memang lah musim macam-macam. Musim cuti, musim kenduri, musim berkhatan, musim berkhatam, musim macam-macam. Kalau tengok fb, majority pakat check in airport/jetty/bus station/mrt/lrt hahaha. So sempena topik holiday nih ana ni adalah plan nak pi jenjalan, cuma En Mie busy sokmo. Tapiii...nak plan for cuti boleh jer..hah kata multitasking kannn hehehe. Nak pi mana tu rahsiaaaa (ana pun tak tau pi mana...sapa ada cadangan? meh share sini).

Citer pasal cuti, over the weekend baru ni (a week before case tanah runtuh tu), ana pi Cameron Highland, besttt sebab ana suka CH but the feeling dah lain, macam kurang sejuk. To much development, I think. Ok, pi sana apa yang best? Opkos makan strawberry dengan jayanya. We'ols suka strawberry kat S Corner, juicy, big and fresh buah dia. Beli banyak, balik buat strawberry compote(apa tu? nanti iols share resepi okeh). 

Bharat tea pun antara tempat wajib singgah. Cam biasa re-stock tea yang susah nak cari kat kedailah jawabnya.

Kea farm pun iols pi jugeks, beli belah jugakla strawberry dengan sayuran hihi. Banyakkkk we ols beli. Ada tip nak bagi sayuran tahan lama? Ada, boleh simpan up to 2 weeks (till up to artikel ni ditulis lada benggala masih cun). 
Ubi purple? Nampak sedap hahaha


Bawak bawah habis mati semua.. hmmm

Caranya: Basuh sayuran tu (rendam air garam pun ok, jangan lama sangat la tapi), tos hingga kering (nak lap pun boleh, lagi bagus), lapik tipuware (apa-apa bekas pun boleh) dengan tisu dapur tu, letak seulas dua bawang putih (tak perlu kopek) dan simpan sayur dalam bekas tu, masuk peti sejuk uols yang canggih tu and Wallaaaa...tahan lama okehh. 

Seterusnya kalau pi CH ni, iols suka pi Ahad-Isnin, sebab? Sebab less crowd, hotel pun murah. So far iols pernah stay Strawberry park (nice place, view cantik, apartment concept, sujukkkk sampai nak gosok gigi pun gigil andddd....sunyiiii...masa tu bilik iols ngadap hutan heheh), Apartment Dahlia (ok lah not bad, uncle yang jaga tu pun baik), Smurf Inn (kecik, comel, solat kat surau sebab bilik kecik sangat hahaha, size giant macam iols memang duduk atas katil jela tak pi mana dah, ada je bilik besar family room tak silap) dan later we tried Century Pine (and terus in love with this hotel, every time datang tak pernah kuciwa). 

Review sikit: Bilik besar more than 20m sqft, recent visit: bilik baru renovasi, sangat cantik, sangat bersih, sangat puas hati. Sebab hotel ni kat Tanah Rata so nak pi pekan jalan kaki pun boleh, tak penat pun (hehehehe macam la ana pi jalankan) tapiiii maybe due to less crowd, breakfast selection kurang sangat, kat counter ada roti, fruits and jelly pastu diaorang akan tanya nak makan apa? Goreng-goreng, nasi lemak or egg set. Hah tu jela yang ada, tapi nasi lemak dia not bad, actually dulu they do serve scone for hi-tea (niceeee sedap weh cream ke apa tah dia bagi spread untuk scone tu) tapi la ni I is don't know. Apa lagi pasal diaorang? Parking? banyakkkk...depan pintu hotel je...apa lagi? Ermmm korang pi lah try test sendiri, booking through website dia pun ok, tapi Iols beli thru Agoda (much cheaper) lah tapi. Nah weols share gambo untuk tatapan, uols jeling-jeling la gambo tu, kot mana tau berkenan hihihi...
Wokeyyy adios..
Entrance bilik


Ada balkoni


hahaha siling pun santek

p/s: Happy Deepavali to all my Hindu friends. And happy Holiday to uols. :)



Friday 28 September 2018

Gempa dan Tsunami



Assalam semua...baru sebentar tadi mendapat perkhabaran dari sahabat-sahabat di Kepulauan Sulawesi (Bandar Palu) dilanda tsunami selepas berlaku gegaran pada skala 7.5 magnitude. Semoga sahabat sekalian selamat hendaknya...Amin. (Update jam 11 malam waktu Malaysia, 28 September 2018). Allahu..video yang dikongsi amat menakutkan, semoga mereka semua selamat. Semoga kami semua berada di bawah lindungan-Nya.

#prayforSulawesi #tsunamisulawesi

Monday 24 September 2018

Edible image? Yay or Nay?

Hi Chuols,
Ana nak share sikit pasal penggunaan edible image.

Edible image tu apa? Masih ramai yang di luar sana tertanya-tanya. Eh boleh makan ke?

Edible image ni adalah gambo yang boleh dimakan tu...tuan/puan nak buat birthday anak yang ke-5 katakan. Tuan/puan jumpa baker mintak nak gambo anak atas kek tu. Makanya baker pun akan pergi jumpa tukang print atau pun baker print sendiri. Tapi awas bukan print guna printer daily kita tu, yang ni dah memang khas untuk edible ink dan papernya juga adalah dari icing. 

Lebih kurang gitulah penerangan pasal edible ni. So far iols print dengan kawan, almaklum bukan print hari-harikan, mesinnya, inknya semua tu agak costly. Sekeping image anggaran size A4 boleh berharga dari RM15- RM30 (harga tahun 2018 ye kawan-kawan). Semuanya bergantung pada beberapa faktor antaranya size gambar, jenis (cupcake dan kek size dan jenis berbeza), kawasan (di bandar besar biasanya lebih murah) dan juga design. 

Ok setakat ni, itu adalah basic yang tuan/puan sangat patut tahu. Tak la nanti terkejut dengan harga edible yang agak 'memberangsangkan' itu dan juga jangan panik masa nak makan, makan jelah gula semua tu bukan plastik atau kertas pun hehehe. Yay? or Nay? nah pilihan di tangan anda...tak salah pun benda boleh makan..gitchewww

Ok nih iols sharing gambar kek yang menggunakan edible image...so enjoice!!


Edible ni ukuran 7 x 7 keknya butter cake dengan blueberry filling

Ni sempena Aidilfitri Choc moist dengan oreo buttercream



Sunday 23 September 2018

Masih begini dan begini

Salam semua...lama sungguh tak mengadap dan mencurah idea. Banyak yang berlaku, banyak yang terjadi tapi Alhamdulillah semuanya masih begini dan mungkin...terus begini. Cabang-cabang kehidupan juga terus bertambah, selari dengan peningkatan usia. Walau ombak berubah tsunami sekalipun yang datang membadai, angin sepoi-sepoi berubah menjadi taufan, hidup harus diteruskan seperti biasa.

Eh bebel banyak pulak. Macam-macam nak share katanya. Tapi menulis malas..acaner tu?

Nah hari ni nak share gambar-gambar dan cerita tertunda setelah lebih setahun tak masuk rumah ni. Hah mampu??? update blog setahun sekali? Ko ingat ni hari raya? Ana..oh ...Ana. Kalau rumah betul mau penuh sawang, semak lalang tumbuh tinggi ni. Iyalah cuba sedaya upaya menulis kat sini, mencurah idea selagi daya. 

Buat permulaan setelah sekian lama, moh ler kita cuci-cuci mata sekali harung tepek gambo yang rasa sesuai ye..wokeyyy muchas gracias...


Brownies dengan nuttela dan walnut


Birthday kek untuk kanak-kanak.. ye anak-anak sekarang sangat bijak..love them ya


Yang ni doorgift sempena akikah..brownies dalam foil


Yang ni order bulan December 2017 1st-Choc moist, 2nd-RVC dan 3rd-butter cake,
pakej dengan doorgift choc moist


Tart keju dalamnya ada blueberry filling


Carrot cake with cream cheese and walnut, rasa sekali terus addicted


Tak lain tak bukan melty hershey, banyak permintaan untuk si dia ni


Pavlova yang sentiasa ada peminat sendiri


Carrot cake in a cup..juga untuk akikah


Choc moist versi mini juga untuk doorgift


Baby shark theme


Birthday tak semestinya potong kek, brownies pun boleh


Choc chip yang sentiasa di re-stock


Boboi-boi pun tak nak kalah hokeyyy


Brownies, nutella dan almond chips..yummmm


Chill cheesecake dengan strawberry filling


Pannacotta- ramai tau peminat dia ni


Melt in mouth- Pineapple tart 


Dendeng- sempena bulan ramadhan baru-baru ni


Choc chip lagi dan lagi..dan lagi


Roti jala- tempahan paling banyak sepanjang bulan syawal baru ni jodohnya kuah kari (dalam gambar takde)


Apam polkadot yang lembut, gebu gebas


Dessert spread sempena makan-makan di office dadih, kek, puff, tat semua dari #dapurmakpanas


Fresh fruit pastry kek..buat come back dan viral seantaro media sosial ehehe

Wednesday 1 February 2017

Eh dah tahun baru dah Februari pun??

Tetiba ter eh-eh dah kenapa?
Salam Semua.

Sebabnya sibuk memanjang sampai tak dapat nak update apa-apa kat blog nih. Bersawang berhabuk berkutu pun boleh lah. Almaklum..keje dah bertambah orang yang buat masih sama...dah namanya kerjakan maka perlu lah kita redha dan tabah (fuhhh...seikhlasnya). Sekarang ana dalam proses belajar, mendalami dan memahami new Malaysian-English law juga Dutch law (suka hati aku je, marah lawyer dengar orang kawin-kawin gini). Nak cover 2 negara berbeza undang-undangnya rasa macam nak ter segala ter (ter apa? hentam jela). Sibuk sangat, tu yang tau-tau dah 2017, Februari pulak tu (hadeiiii...hahah). Ok la ngarut merepek memang best hahaha.

Masa cuti new year ada gi Penang dan Cameron tapi sayang almost all pictures dalam SD Card kena delete dengan kedai HP tu. Nyesal tak sudah, gambo family, gambo hasil kerja tangan, gambo jalan-jalan semualah leburrrrr. So untuk mengubat hati lara, kena la gi beli tiket dan jalan-jalan amik gambo lagi kan..kan...kan. cuma terkilan sebab kali ni berjalan dengan mak and acu, bukan senang nak bawak mak gi jenjalan. I is so sedihhhh. Pastu macam terbayang-bayang je nasi kandar kat Deen Jelutong tu, haih kena mandrem ke apa.

Order? Ada je yang tempah, masa Chinese New Year lepas, amik tempahan Ngaku chips. Tapi tak banyak, al-maklum lah kekangan masa tu pun buat berdua (eh bertiga tapi yang ke-3 tu datang kejap sungguh hihi). Total kgs adalah dalam 40kgs, hebattt. KAH..KAH..KAH. Tempahan kek dan brownies pun ada tapi sayangnya tak boleh nak buktikan dengan gambar sebab semua yilekk. Mana yang dan diupload ke instagram atau fb hah tu jela yang ada. Eh sedihlah.

Ngaku yang part of the 40kgs


Dah siap packing


Kemudian ada pertambahan gajet baru kat dapur, bread maker (yeaayyy). Benda ni hasil tukar point bCard. Syok ooo tukar point dengan something that we can see and hold, cam tak sedih ke kluar duit kumpul point KA...KA..KA..jadinya meroti aje lah kejenya. Buat bekal bekpes gi kerja. Makin kembang la sekembang roti gamaknya.


BM, stand for boleh masak :p



Hasil pertama

Eh dah macam update setahun plak hahha..tulah kalau dah lama tak merapu macam-macam nak tulis. Sabar jelah. Oklah cukup dulu, nanti tulis lagi. K bai.

Tuesday 11 October 2016

Gambo Makanan...

Ok seperti dijanjikan la ni nak attach and post gambau makanan yang telah di order (mana yang dan snap yang tak dan tu harap maklum), mana lah tau kan nak buat reference ke (cecewahhhh macam baker hebat plak). Ok sapa-sapa mau order sila PM no kat tepi kanan anda, orderlah 2 minggu sebelum event anda (afdhal sangat). Harga berpatutan yang penting fresh tiada ready stock dalam fridge (kesian iols fridge kecik hehehe..). Pada yang berada di Negeri Sembilan a.k.a kg den...kawasan-kawasan tersebut: 

Seremban, Senawang, Podeh, Rombau, Tampin, Air Mawang, Johol, Ineh and buleh lajak skit ke Dangi/Selaru, anda pun boleh order jugak tapi penghantaran eh bilo sey balik kampung lah yo. Yang ni kalau berminat, serius sey bagi penghantaran free. 

Ok, so apa lagi jom layan gambo cecuci mata.



Order K.Nik untuk Besday Array for Tadika


Yang ni untuk makan-makan


Order dari June


Cheesecake Oreo - Order K.Ita


Brownies Nutella


Soft Cookies ala Subway


Pavlova mini


Choc cupcakes


Order dari En Naz


Hah ni untuk makan-makan

Ada lagi tapi gambar takda...but...I wanna say thank you uolsss...


Beautiful Sabah - 1 to 4 October 2016

Assalammualaikum and salam sejahtera.

Today....(after so long tak menulis di sini...) iols will share few pictures yang iols snap during our latest holiday trip to Sabah (one of nice beautiful state in Malaysia). Heheheh...pictures without long story mory sebab iols busy lah uols, iols punya job description sudah being so complicated (eh macam FB pulak).

But....iols still accept orders ya (bab ni kena bincang/PM tepi LOL). I will upload the pictures of the cakes and dessert later or else please visit my IG: ana_daud.

For the foreign tourist..welcome to Malaysia untuk local tourist, Sabah cantik, Langkawi cantik, Pahang best, Penang and Johor Food sedap, Selangor KL banyak mall and Negeri Sembilan my kampung halaman (hahaha) eh senang citer Malaysia memang best lah.




@KKIA



Mount Kinabalu view from Pekan Nabalu @6.00p.m



This is at 5.30p.m...malam suda..sebelum sampai Nabalu betul2 after Kinabalu Park punya entrance



Lot gerai along Kundasang road tepi pekan je



Macam-macam ada



Mountain view from Kundasang War Memorial 11.30a.m



Kundasang war memorial




Kundasang war memorial



Memorial Park



Mount Kinabalu view from entrance @11.00a.m



Cuttie Pie begging for food



Tanjung Aru beach @6.08p.m



Tanjung Aru beach @6.00p.m



Pulau Mamutik beach



Pulau Sapi



Jetty Pulau Sapi



Rumah atas air



Yes..jetty nelayan, weols amik bot kat sini cheaper compare to Jesselton Point jetty



Bulatan Merlin



Pasar Gaya, musim bambangan dan tarap



Beras bario ada, beras bukit ada, merah, perang, itam semua ada



Pasar Gaya - dried sea creatures



Pasar Gaya - Dogs, cats, lelabi semua ada