Monday 27 January 2014

Golden ball..so cheezy..so yummy

Sebenarnya lama dah buat bola ni cuma baru ni je ada hati nak upload gambar bagai. Senang je macam buat kuih bom tu cuma bezanya guna kentang dan intinya cheese...oh ya cover kat luar tu bread crumb. Ni terjadi hasil iklan di TV. Sungguh la iklan-iklan tu membantu buat pembulat badan haha. Ok resepi ni amik dari google pastu hentam 'kromok' ikut selera sendiri. Disebabkan camera amat canggih jadi tiada la cara step by step. Ok try la ye....mana-mana nak adjust tu silakan tak cuba tak tau.     

Bahan:

4 ketui kentang (ana guna russet potato, cepat empuk jimat gas hahaha…sebenarnya texture dia lebih gebu)
Cheese (ni yang buat penyedap nih) 
-  Cheddar 2 keping racik kecik
-   Mozzarella bli dah siap parut
Garam
Pepper
Mixed herb (takde pun takpe)
Tepung gandum (supaya senang nak buat bola)
Serbuk roti
Telur 1 biji
Minyak untuk goreng
  
Cara:
Kopek, dadu dan rebus sampai empuk kentang-kentang tu
Hancurkan, masuk garam, pepper, mixed herb
Gaul tepung, jangan banyak (agak2 la dalam 3 sudu) sampai boleh buat bentuk bulat
Pastu wat lubang, masukkan cheese-cheese tersebut…bulatkan semula
Dah siap…dapat agak-agak dalam 12 ketul camtu
Pukul telur (macam buat egg wash tu), panaskan minyak
Celup bola dalam egg wash tu pastu golek atas serbuk roti terus masuk dlm myk panas buat sampai habis…
Dah kuning keemasan angkat tos..boleh ngap..tapi hati-hati paneh inti tu..
Cheese cair yang sangat panas

Boleh makan dengan sos Thai, sos cili, black pepper sauce dan lain-lain.


Ok cerita pasal black pepper sauce, ana nak share sos yang na buat dengan cara ana, kalau anda suka so terus la menyukainya , kalau tak lupakan aje.

Ni resepi black pepper sauce 'si pemalas'.

3 sudu Butter cairkan
Masuk 2 sudu tepung gandum kacau sampai masak
( campuran ni namanya roux)
1 biji Bawang besar yang dah cincang masuk dalam adunan tu bagi masak/layu
Nak sedap masuk celery dan carrot
( yg ni ana tak pernah masuk sebabnya rugi je)
Pastu curah kan air dalam 1 cup, susu 1 cup..suka lemak letak susu banyak...extra careful jangan over sangat liquid cair sat lagi naya...(tapi kalau 'ter' jangan buang masih boleh diselamatkan...masukkan kanji seperti tepung jagung sebagai pemekat)
Masukkan 1 sudu sos cili, sos tomato, sos tiram, 2 sudu kicap (nak bagi gelap) dan 1 kiub ayam
Biar mendidih
Perasakan dengan garam (actually masin dah) dan pepper
Nak kuah smooth tapis la klu rock nak nampak bawang sume perlu tapis…hewhewhew
Nak letak cendawan dalam tu pun boleh…
cendawan butang dalam tin potong nipis pastu lebur dalam kuah..biar didih, dah siap. Ok sila la bersantap,nak extra hot lebihkan black pepper. Yummy...siap black pepper sauce ala KFC..eh silap ala 'pemalas'


Saturday 25 January 2014

Selamat Pengantin Baru- Hanis & Zaki

Selamat Pengantin Baru Hanis & Zaki, akadnyer semalam (24012014) sanding keesokkannya. Ni je mampu disiapkan buat Anis. Brownies untuk hantaran dari Anis kepada Zaki. 

Apa pun sedap lauk pengantin tadi. Terutamanya daging masak hitam tu (ni yang nak try masak ni)..ayooo lapor tengah-tengah malam pikir ke makanan ni. Pada pengantin, selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam yang berbagai ragam ni...

Pesanan tak banyak cuma tabah lah menghadapi jammed pagi-pagi dari Setia Alam ke Kota Damansara ye...hehehe ayat tu saje jangan marah tau...cauuu...






Psst...Harap acik perantin suka la ye...

Seterusnya untuk 2014

Sepanjang 25 hari 2014 ni rasanya hari ni baru boleh update blog. Macam-macam hal. Sibuk la kenduri la laptop on off la tapi yang paling tak boleh pakai bila tukang update malas dan malas. Mana taknya, tengah-tengah buat laptop off sendiri, baru nak edit gambar dia buat hal lagi. Akhirnya sifat sedia malas makin bertambah.

Haha..so mana-mana gambar yang patutnya masuk entry sendiri terpaksa la disatukan dengan harapan terupdate semuanya. Almaklum la 'sibuk' sangatkan. Order-order ni datang dari office dari jiran dan dari kawan-kawan. Gambar yang ada ni maksudnya sempat snap mana yang takde tu maksudnya tak tersnap la tu. Apa pun terima kasih daun keladi, sila la order lagi.





Friday 10 January 2014

Super Puff in Da-Houz

Lama dah tak menulis. Entry ni sepatutnya tahun lepas dah siap tapi sibuknya kalah menteri. Upload gambar awal-awal tapi biar je dalam draft.
Puff ni ana guna yang segera sebenarnya, tak dan la nak buat doh sume balik dari kerja. Intinya ana letak kentang, cendawan, carrot dan daging. Ana buat macam yang dulu juga. Kulitnya dari roti paratha segera tu. So lihat la donya...betapa mudah suri rumah sekarang haha. So resepinya hanya pada inti.

Bahan-bahan:

Kentang (kupas dan potong dadu)
Cendawan Kering (direndam)
Daging kisar
Bawang besar dan Bawang putih (ditumbuk halus)
Minyak (untuk menumis)
Daun kari
Lada hitam
Garam
Butter (untuk tak nak bagi lekat di dulang)


Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan daun kari
Masukkan kentang dan air, masak hingga empuk
Masukkan daging kisar
Masukkan cendawan, kasi cendawan lembut
Perasakan dengan garam dan lada hitam, kacau dan dah sebati tu tutup api

Letak paratha atas dulang yang telah dioles butter, letak inti, letak lagi sekeping di atasnya dan kepilkan jangan bagi inti bersepah. Bakar pada suhu 160 celcius selama 20 minit.
Kuarkan dari oven, kalau sanggup makan panas-panas sedap ooo..

Hehehe amaran: panas ye inti tu...ok tu je la caranya.
Senang je kan. Selamat mencuba.

Taraa...puff segera saya.