Monday 27 January 2014

Golden ball..so cheezy..so yummy

Sebenarnya lama dah buat bola ni cuma baru ni je ada hati nak upload gambar bagai. Senang je macam buat kuih bom tu cuma bezanya guna kentang dan intinya cheese...oh ya cover kat luar tu bread crumb. Ni terjadi hasil iklan di TV. Sungguh la iklan-iklan tu membantu buat pembulat badan haha. Ok resepi ni amik dari google pastu hentam 'kromok' ikut selera sendiri. Disebabkan camera amat canggih jadi tiada la cara step by step. Ok try la ye....mana-mana nak adjust tu silakan tak cuba tak tau.     

Bahan:

4 ketui kentang (ana guna russet potato, cepat empuk jimat gas hahaha…sebenarnya texture dia lebih gebu)
Cheese (ni yang buat penyedap nih) 
-  Cheddar 2 keping racik kecik
-   Mozzarella bli dah siap parut
Garam
Pepper
Mixed herb (takde pun takpe)
Tepung gandum (supaya senang nak buat bola)
Serbuk roti
Telur 1 biji
Minyak untuk goreng
  
Cara:
Kopek, dadu dan rebus sampai empuk kentang-kentang tu
Hancurkan, masuk garam, pepper, mixed herb
Gaul tepung, jangan banyak (agak2 la dalam 3 sudu) sampai boleh buat bentuk bulat
Pastu wat lubang, masukkan cheese-cheese tersebut…bulatkan semula
Dah siap…dapat agak-agak dalam 12 ketul camtu
Pukul telur (macam buat egg wash tu), panaskan minyak
Celup bola dalam egg wash tu pastu golek atas serbuk roti terus masuk dlm myk panas buat sampai habis…
Dah kuning keemasan angkat tos..boleh ngap..tapi hati-hati paneh inti tu..
Cheese cair yang sangat panas

Boleh makan dengan sos Thai, sos cili, black pepper sauce dan lain-lain.


Ok cerita pasal black pepper sauce, ana nak share sos yang na buat dengan cara ana, kalau anda suka so terus la menyukainya , kalau tak lupakan aje.

Ni resepi black pepper sauce 'si pemalas'.

3 sudu Butter cairkan
Masuk 2 sudu tepung gandum kacau sampai masak
( campuran ni namanya roux)
1 biji Bawang besar yang dah cincang masuk dalam adunan tu bagi masak/layu
Nak sedap masuk celery dan carrot
( yg ni ana tak pernah masuk sebabnya rugi je)
Pastu curah kan air dalam 1 cup, susu 1 cup..suka lemak letak susu banyak...extra careful jangan over sangat liquid cair sat lagi naya...(tapi kalau 'ter' jangan buang masih boleh diselamatkan...masukkan kanji seperti tepung jagung sebagai pemekat)
Masukkan 1 sudu sos cili, sos tomato, sos tiram, 2 sudu kicap (nak bagi gelap) dan 1 kiub ayam
Biar mendidih
Perasakan dengan garam (actually masin dah) dan pepper
Nak kuah smooth tapis la klu rock nak nampak bawang sume perlu tapis…hewhewhew
Nak letak cendawan dalam tu pun boleh…
cendawan butang dalam tin potong nipis pastu lebur dalam kuah..biar didih, dah siap. Ok sila la bersantap,nak extra hot lebihkan black pepper. Yummy...siap black pepper sauce ala KFC..eh silap ala 'pemalas'


No comments:

Post a Comment