Sunday 30 November 2014

Hadiah Hari Jadi Paling Besar

Hihi seumur hidup, nilah hadiah birthday paling 'besar' ana pernah dapat. Besar ye bukan mahal. Kalau mahal banyak..tak ternilai pun ada dan paling special tentula hadiah kasih sayang. Isi dalam tak tengok lagi, sebabnya kami ni berdua je peti ais sedia ada pun dah cukup dah, yang ni buat masa ni hiasan semata-mata. Uncle courts yang tukang hantar tu baik sangat, tabah je tunggu ana yang sangkut jammed kat Bukit Raja huhu.
 
Ni sebenarnya hasil cabutan bertuah sempena annual dinner company. Kebetulan esoknya birthday ana, so kira hadiah birthday la kan. Hihi....niat hati nak jual tapi takde yang nak beli, so buat sementara ni jadi tukun la kat rumah.
 
Tq opis den

 

Muchas Gracias

Muchas Gracias...mil gracias...
 
Russian Black and white cake, coated with cream cheese and covered with chocolate ganache, simple decoration. 20 pieces chocolate cupcake with cream cheese topping large size.
 
Chocolate Cupcake with cream cheese
 
Russian Black and White
 
 

Egg Benedict- Resepi Ringkas

Sesekali, bila malas masak dan sibuk dengan tempahan maka haruslah resepi-resepi ringkas dicari. Untuk memudahkan kehidupan, beberapa shortcut perlu dilakukan. Hahaha...gituuu...skema tak?
Ok, egg benedict ni sangat mudah, campak-campak siap, masa yang diperlukan 15minit saje.
 
Bahan:
 
4 keping roti (brand suka hati)
Mayonis (kuantiti suka hati)
Mentega (kuantiti suka hati)
Lada Hitam (kuantiti suka hati)
Mixed herb (kuantiti suka hati)
Salt (kuantiti suka hati)
2 biji telur
2 Ramekin (atau apa-apa bekas sesuai yang tahan panas)
 
Cara:
 
Sapu mentega dan mayonis pada roti, susun dalam ramekin (nak potong kulit roti pun boleh, tapi rugi..hihihi).
Basuh telur, pecahkan kedalam bekas ramekin beroti tadi, tabur lada hitam, mixed herb dan garam kalau suka.
Bakar pada suhu 170c selama 10 ke 15minit. Masa bergantung pada anda, ana kurang sikit telur setengah masak(atau yang ada bau-bau nih) maka masak lama skit hahaha (roti keras).
 
 
Taraaaa....tu dia, jemput makan. Sebab tak berapa suka dengan bau telur tu yang campak herbs banyak-banyak tu.
 

Egg Benedict campak-campak
 
 

Tuesday 18 November 2014

Bagan Pasir, Kuala Selangor

Mentang-mentang la rumah dekat Kuala Selangor (kebetulan pergi melawat rumah yang masih huha lagi dengan bank) maka ana pun melajak la ke Bagan Pasir. Tujuan 1 je beli hasil laut hahha.
Nak ke sana mudah sangat, dari pasir penambang terus kedepan dalam jarak 12km lebih kurang. Nanti jumpa Bank Rakyat sebelah kiri, BHP kalau tak silap kat belah kanan dan ada signboard Bagan Pasir, maka masuk simpang kiri tu. Ada taman perumahan kat simpang ni tak ingat pula nama dia. Jalan terus sehingga nampak rumah atas air (kalau air pasang la) dan ada banyak orang jemur ikan masin muahahaha sah-sah la memang tempat nelayan kan. Kalau Nampak signboard fishery tu kira betul lah tu. Ada banyak kereta park kat kawasan tu maka sah la tempat tu. Haha...kali ni ana beli:
cencaru kuda (wajib nih) (1kg RM9) yang ni sangat besar maka kena kerat 2 (1.4kg)
ikan sebelah (size sederhana)(1kg  RM18) potong 3 hahaha (1.2kg)
bawal hitam besar (1kg RM16) kerat 2 (900g)
bawal putih kecil (1kg RM10) 8 ekor (500g) total RM50
Gulp. But still...murah compare kat PJ ni hihihi dan paling penting segar.
Ana juga beli udang putih sederhana besar tu 1kg RM42 (huhu uncle sebelah tu RM38 je cess).
Ikan pari sekilo RM10 tapi uncle tu kata amik saja la RM5 maka ok la boleh buat bakar hehehe.
Teringin sangat nak beli ketam nipah yang mahal tu RM50 sekilo huhu, ana ke pasir penambang beli 2 ekor RM66. Huhuhu mahalnya kau ketam, nangis beg duit acik.
So kali ni habis RM177, sebab ana beli sotong jugak. Hihi RM14 sekilo. Okla bosan korang baca seafood...seafood..seafood. Perghh jangan lupa pekena karipap gergasi kalau dah ke Kuala Selangor nih. Ok tu je bye.

Mak Cik pilih ikan, jual murah-murah ni


Antara ikan yang ada
 

Tempat parking
 
Sepanjang ni adalah kedai-kedai ikan

Indahnya Pelangi

Seharusnya tajuk ni ditukar ke sedapnya pelangi hahah. Lama dah nak buat kek ni tapi baru ni la berkesempatan nak buat. Sedap jugak tak la rasa susu sangat. Just nice dan ana pun kurangkan gula dari sukatan asal. Manis memang sedap tapi tak baik untuk kesihatan hihi.
 
Ermm kek ni mudah je, macam apam pun ada. Ni kalau kat kampong sah la diaorang panggil ni kek ni kuih apam hahaha. Takde resepi rahsia yang terlibat bahan pun lebih kurang macam buat apam polkadot rasa lebih kurang sama je. Maka sila la sapa nak cuba.
 
Bahan & caranya:
 
2 cawan tepung gandum*
1tsp baking powder*
1tsp soda bikarbonat*
* ayak bahan ni
 
2/3 cawan gula^
1tbsp ovelete^
4 biji telur^ (ana guna gred A hahaha tak kisah pun dah tu yang ada kat kedai beli jela)
1tbsp vanilla^
^ pukul sehingga kembang dan putih (macam buat adunan bahulu)
 
Tambah 4 tbsp susu pekat manis kacau lagi.
Tambah 4 tbsp. minyak sayur (minyak jagung contohnya)
 
Gaul sebati, masuk bahan dah diayak. Bahagikan kepada 3 bahagian, colorkan ikut suka. Cara hasilkan corak, masuk color lapisan pertama 1senduk, kemudian color kedua sesenduk, kaler ke 3 sesenduk lagi ulang hingga habis. Kemudian ambil lidi dan corak la ikut kegemaran. Make sure kukus dalam keadaan sesuai. Masuk dalam kukusan dan kukus selama 40 minit. Cucukkan lidi kedalam kek kalau lidi bersih maka dah masak la tu. Well done, boleh sejukkan, potong dan makan. Yummss.
 

Tauhu Sumbat Goreng

Memikirkan makanan sesuai untuk berdiet sememangnya memeningkan kepala. Kalau tak kerana weight management programme ana ni maka harusla hari-hari masak yang sedap-sedap belaka (hahaha sedap ke kan). Diet kali ni nak lebihkan protein dan serat and less carb. Sebenarnya yang berminyak juga harus dikurangkan cuma itu la, bila cakap pasal sihat pening memikirkannya. Hihi..tak pe la pelan-pelan kan.
 
Ok menjenguk menu kali ni, ana dah lama teringin nak masak tauhu macam ni, last ana buat beberapa tahun lepas, lama dah. First time makan, masa kerja kat Omron dulu, tiap kali balik kerja mesti singgah beli tauhu kat van-van tepi jalan. Masa tu beratur la berebut dengan Indon-Indon tu tauhu goreng ni. Sedap, lebih sedap lagi makan berulam cili padi, perghh berasap hihi. Kalau kat kampong senang sangat nak dapatkan tauhu petak yang dah digoreng. Tapi kat KL ni semuanya tauhu putih kena sendiri goreng. Jenuh lah jugak kerja 2, 3 kali kan. Nak goreng dulu, tunggu sejuk kemudian nak korek isi dia nak sumbat balik nak goreng lagi haih.
 
Senang je resepinya haha pejam mata pun siap. Beli tauhu putih tu, goreng. Tos dan sejukkan. Belah keluarkan isi. Beli juga sayur kacang panjang, kubis dan carrot. Kalau suka sayur lain pun letak je la. Cincang sayur-sayur ni. Gaulkan isi tauhu yang dah dikeluarkan tadi dengan sayur cincang. Sumbat semula kedalam tauhu yang telah dikosongkan tadi. Ketepikan. Bancuh 3 sudu tepung gandum, setengah sudu kecil garam, serbuk kunyit, lada sulah dan 1 sudu tepung jagung bersama setengah cawan air. Salutkan tauhu dengan tepung dan goreng dalam minyak panas. Untuk elakkan tauhu serap banyak minyak, pastikan minyak dipanaskan secukupnya. Goreng sampai garing angkat dan tos, boleh makan dengan sos atau dengan cili api sebagai ulam, walla sedap amat.
 
Ok ni tauhu goreng ana punyer yang enak di makan time panas-panas. Yummss.


Tauhu Sumbat Goreng
 

Wednesday 12 November 2014

Musim hujan dan FROZEN

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation,
and it looks like I'm the Queen
The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn't keep it in;
Heaven knows I've tried
Don't let them in,
don't let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don't feel,
don't let them know
Well now they know
Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don't care
what they're going to say
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway
It's funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can't get to me at all
It's time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I'm free!
Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You'll never see me cry
Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on
My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back, the past is in the past
Let it go, let it go
And I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on
The cold never bothered me anyway!
Songwriters
ROBERT LOPEZ, KRISTEN ANDERSON-LOPEZ
Published by
Lyrics © Walt Disney Music Publishing Company

Saja copy paste lyrics ni dari Metrolyrics. Saja layan, next time rasa nak nyanyi tak perlu gugel dah buka je kat sini hihi. Famous amos sangat watak-watak dalam movie cartoon ni. Cerita dia juga menarik, bosan? Hahaha ana dan kartun mana pernah bosan, tengok Mulan dan Kungfu Panda pun dah berkali-kali..layannnn..  
 
Sempena Frozen ni jugak banyak kek-kek birthday yang bertemakan Frozen, terutama bagi anak-anak dara yang sukakan dua beradik ni, Anna dan Elsa. Ermm tapi order kali ni my friend kata anaknya lebih sukakan OLAF hahahaha comellll. 
 
Makanya untuk menambah lagi skill dan menerap teknik baru makanya ana gunakan teknik butter transfer. Mudah aje cuma tekap, lukis, keringkan dan transfer atas kek, tapi masih kurang kemas. Apa pun sebab Olaf ni dah sememangnya cute maka memang cute la kejadiannya. Hihi...(sendiri buat sendiri puji). Terima Kasih Icha...semoga Icha suka.
Oh ya apa kena mengena dengan hujan? Hihihi sekarang musim hujan, so sejuk dan hamper frozen hahaha (saje je..).

Happy Birthday!!!


Out of Idea, just buat apa terlintas saja


Thank you...

Thursday 6 November 2014

CHERATING lagi dan lagi

Hmm...ramai yang tertanya mana la gambar-gambar kek dan makanan homemade kat rumah ana ni kan. Maaflah ana ni jarang amik tempahan, busy dengan hobby baru...hihi menjahit, tapi sebab baru dapat mesin masih belum rasmi lagi, tungguuuu.
Nanti dah siap jahit jangan bosan ana show-off saje kat sini hihi. Dah bagi tau kan yang ana ni love art and yes that's me.
Oh ye entri ni nak sambung cerita dari KL to KTN sebenarnya. Cerita tak tamat lagi bersambung hingga ke Cherating hahaha. Dah banyak kali asyik story kat sini je kan. Ntah dah tu je yang rasa nak pergi. Kami tak buat apa pun activity scuba ke kayak ke kat Cherating ni, cuma biasalah makan-makan je nak dicoverkan hahaha. Macam biasa wajib makan sata, lekor dan segala hasil lautkan. Malam makan kat WAIB (Warung Awang Ikan Bakar) not bad, boleh la cover perut lapar, sedap? Ermmm ikan kan biasa je. Servis? Okla tengok sekeliling yang ramai orang pun paham-paham aje la kan. So far tak de apa menarik la biasa-biasa, rehat habiskan cuti. Stay kat chalet je, Cherating Eastana tak silap namanya sebelah Bay Resort tu...ok la budget pun tak besarkan. Just nak stay for few hours je pun.
1 big family ~ amik gambar orang je
Ni belakang nun, kaunter pilih ikan dan tempat membakar

Dua tu je yang kosong

Ni sedang surut
CHERATING
Ini pula gambar yang ana ambil sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Cherating (dekat je ikut sini tapi...)...Hahaha ni bukan di Tanah Merah, Kelantan ye. Ni di Kuantan. Sepanjang jalan ni kami berselisih dengan banyak lori-lori bawa Tanah ni. Merah betul Tanah nya.
Antara lori yang lalu
Yang ni sepanjang-panjangnya paip Petronas
Sebelah ni ada lori jugak sebenarnya
Lagi...




From KL to KTN

Salam semua, kali ni nak citer guna short form hahaha. KL semua orang tau kan...KTN?? hihi sendiri create KTN tu Kuantan, amacam? Best? Ok..ok..
Ni ana nak story citer throwback la kiranyakan. Yang mana time ni ana nak gi jenjalan lawat kawasan menyambil singgah la kat Kuantan. Kebetulan ada semi final Pahang vs Kedah so harus la bagi peluang kat En Mie. Bukan selalukan. Makanya ana bagitau En Mie silalah bookkan hotel yang berdekatan dengan stadium agar mudah nak pergi hihi. Betul punya dekat dia ambil, jalan kaki pun sampai. Hebat. So Jumaat tu sampai je Kuantan kita orang ni saja-saja la gi survey hotel (ada orang minta tolong book juga) ermmmm...akhirnya ada la 1 tempat ni Sentosa ke apa namanya bilik untuk 5 orang RM195, sesuai la kot dengan kawan si Mie nih, sebab dia bawak family kan.
Nak jadikan cerita, dah check in semua bagai kat Grand Continental nih, kami pergi ke Tg Lumpur, teringin nak try Pok Su & Mok Su (PS&MS) tu. Sampai je simpang lepas flyover dia tulis Tg Lumpur tu lebih kurang dalam 2km gitu Nampak dah signboard kedai nih...ooo dah pindah ke kedai yang lebih teratur rupa. Ok la nak park pun senang. Kami yang dah tahap kebulur mengigil ni pergi la amik makanan, memang tahap tak hengat la apa nampak rembat terus. Tu sedap ni sedap, aih semua sedap lah, pada pandangan la. Penuh semeja dengan Nescafe Ais dan nasi dagangnya sorang sepinggan kan. Ada sata, udang, sotong, ikan, karipap nya bagai. Makan-makan dah kenyang kami pun bayar semua skali RM27. Ermmm ok lah. Kami pun gerak nak balik hotel, bila nak buat U-turn kami ni kena la cari tempat sesuaikan tiba-tiba terpandang  gerai PS&MS sebelah balai polis tu...penuhnya orang sangat meriah. Aiseh....kiranya tadi tu bukan kedai sebenar la ni (cawangan rasanya yang kami pergi tu). Hmmm keciwa, pastu sepanjang jalan tu kami dihidangkan dengan kedai-kedai seangkatan dengan PS&MS nih...alahai memang stok-stok gitu rupenyer. Okla next time kami try lain plak.
Haha inilah dia...
Ok bab food review, sebab lapar kami bedal la tapi sebenarnya tak tertelan seafood-seafood tu sebabnya, diaorang ni salut dengan tepung dan barulah digoreng. Masalahnya tepung tu amatlah manis yang mana bagi tekak nismilan ni memang la tak seswei. Tapi lapo bebenor acik telan je. Panas-panas makanan tu memang sedap, dah sejuk hah hadap. Mula la cari benda pedas masam nak mengcoverkan rasa tu hihi.
Ok sampai hotel kami lepak-lepak jap, asar, gi Berjaya Megamall (beli novel?hahaha kat KL tak beli kan..hihi rezeki orang KTN). Pastu Mie siap-siap nak berbola pulak. Makanya bini harusla lepak tengok bola kat hotel. Ermm hotel ni biasa-biasa je, hotel dah lama so design dan barang-barang dalam tu pun harus la lama.  Malamnya ana dah lapar balik (selero denosor aku nih)..pergi la cari makanan sekeliling hotel tu, sadisnya gerai APL tu habis stok nasi..so sad. Makanya achik pun lintas la jalan ke Sara Thai, hmmm sama macam kedai-kedai Thai yang lain je, tapi bila dah try makan ermm yummy. Ana order nasi goreng sara thai and nasi goreng seafood (gambar tak de tapi nice sangat the taste).
Ermm price dia ok la macam KL. Kendian dessert eh ana amik pulut manga, perghhhh berbaloi bayar RM8, sedap tahap tak hengat, lemak-lemak pulut tu ermmmm dengan kemasam manisan manga di tambah ada Kruk-Kruk (xtau apa..macam kacang tumbuk) hmmm betul-betul enak, nyesal tak beli 2 hihi. So overall memang sedap la food kat sara ni.
Sodap ea...
Sara Thai
Hmmm...tetiba nak pulut manga huhu...perut pun dah krok..Kruk..krak...hmmm tulun-tulun.
Okla perut dah lapar malas nak tulis pasal makanan hahahaha...nanti ana sambung citer gi Cheating plak ye. Babai...