Friday 6 February 2015

Alahai...

Alahai...tajuk pun malas je. Nampak sangat kemalasan di situ. Lama betul tak membelog, tengah sibuk masa ni, biasala awal tahun ni banyak meeting, sibuk dengan hal-hal pelbagai. Sampaikan nak habiskan cuti pun tak mampu (hahaha...).
Kehidupan biasa je, sama je 2014 dengan 2015 ni. Cuma ana rasa perlukan 1 entry untuk cerita tentang cara menanggani bank yang bermasalah nak release loan, lawyer yang lembab dan pemalas serta banyak alasan. Alahai...macam tukul dengan pahat, kalau tak ketuk pahat tu tak jalan lah senang citer. Melampau sangatkan. Entry tu nantilah, silap-silap lupa terus hihi.
Macam biasa, ana masih lagi buat kek, cuma sekarang ni slow sikit, sebabnya tak dan nak kejar, so mana yang dapat dan sempat je yang ana ambil tempahannya. Pada yang sudi order terima kasih banyak-banyak daun keladi, kalau sudi order lah lagi. Ok la, last sekali ana nak kongsi gambar-gambar kat entry ni, sekali harung je lah ye, kalau tak bila lagi lah ana nak update tah ni, alahai...


Order sebagai gift untuk majlis bertunang

Mini Pavlova untuk makan-makan

Untuk besday kanak-kanak ribena

temanya bina badan

Kit Kat & Nips bergabung jadi kek