Thursday 31 January 2013

Kek suka hati

Assalammualaikum, selamat bercuti la ye pada yang berada dalam kawasan Wilayah tu (wah..wah..wah...kemain Ucu den gi shopping)...order ni datang dari Ambung.

Orang Nismilan ni yang sulung biasanya di panggil Ambung untuk perempuan dan Ulung untuk yang lelaki. Cer dengar lagu apo kono eh jang tu, kan ada part yang kata "kato Ombung den, kato Ongah den, kato Ucu den" ahahah hokey.

Kek ni tanpa tema so kato Ombung den suka hati kau la Lang. So apa lagi suka hati Ana ler kan hehehe. So hasilnya muncul la kek yang tak seberapa...hanya ada 'Happy Birthday' je tanpa nama. So persembahkan kek comot saya.......tadaaaaaaaaaaaaaaaaa



pandangan dari sisi


kalau tengok dari atas gini ler rupenyer




Wednesday 23 January 2013

Sekadar bercerita

Semangat cuti kata kawan yang call baru-baru ni. Cuti apa ye? HoOoOo tengok kalender baru ler nampak. Maaf la saya ni keje company 'obersee' mana ada cuti-cuti nih...untuk makluman Raya Haji pun tak cuti tau sedeyyyy...tula dulu nak berenti sangat sebab nak lari mulut naga, walaupun saya tau saya masuk mulut rimau, tapi takpela masuk mulut rimau pun rimau manja. Tak cuti untuk hari-hari berikut so next time bila baca blog ni ana ingat la hari apa ana tak cuti KHA..KHA..KHA (bos ana kalau dalam sms dia gelak camni ler hihi):
  • Maulidur Rasul
  • Thaipusam
  • Wesak
  • Nuzul Al-Quran
  • Hari Raya Haji
  • Awal Muharram
Pasal update? Kadang-kadang ana free ana update, ana rajin ana update, ana punya broadband sihat ana update, ana ada idea ana update so kesimpulannya semua ni pokoknya ana. Blog ni ana buat memang untuk simpan dan tayang (tak menahan hahaha) gambar-gambar hasil kerja tangan dan kerja keras tangan ana hehehe..tapi as per header blog ni..so ana bebas untuk bercerita apa yang ana nak cerita, bukan apa, ana ni pelupa mungkin dulu ana pernah buat kek ni dan sekarang nak buat lagi tapi ana lupa bahan so refer la blog ni. Atau mungkin juga customer ana cakap camni "ala, buatkan kek macam yang you pernah buat untuk si polan tu" so sini juga la tempat ana merujuk kek si polan tu macam manakan. Sekarang ni durian dah takde musim jadi crepe durian pun dah semakin menyepi, kalau ada cerpe pun oreo dan mangga saja ~ order untuk yang ni kurang berbanding durian. Tapi pavlova masih lagi banyak permintaannyer...so sekarang ni atau dengan kata lain peti saya sentiasa ada pavlova hehehe...dan wajib la ada strawberry juga (coz ni la buah paling berseri hehehe). Okla penat merepek tah apa-apa..cau dulu...


Yang ni tunggu nak bagi tuan-tuan nya


Close up skit


Bila si comel meragam

Yuhuuuu...siaran tertangguh ni hew..hew..hew...busy la katakan :p
Minggu lepas si kecil merengek je, sampai satu ofis boleh dengar hua..wa..wa...
Lantas sebagai pengguna bestari maka dengan bangga la ana gi anto si kecil ke bengkel...
Paling best tempat tu pusat servis proton tp kete saya kete perodua...takpe kan..tak salahkan? Jangan la pandang-pandang cam saya salah kedai hak..hak..hak...brader-brader yang anto exora diaorang (ermmm nape semua exora ek?mana yang lain?) kemain lagi pandang (wei kedai tu yng kata boleh apa kete pun lerrr...) ok biaq pi la kan
So selepas diperiksa dengan teliti, rengekkan berlaku kerana.....brake sudah kembung-kembung (ayat yang bukan tukang baiki kereta) dan brake pad telah di'tarah' dengan rakus sekali, lagi pun pad nya sudah haus.

Sebelum ~ tayar sudah buka tengah skim disc

Selepas~tayar dah pasang..boleh Vroommm
hasilnya pelaburan sebanyak seratus empat puluh lima ringgit pun berlaku. Terpaksa no choice, disc brake kena skim semula and tukar pad baru...hasilnya si kecil saya sudah tidak merengek lagi...tapi ayat paling best tukang baiki kete tu bagi "ala kak, proton ke perodua ke sama je akan jadi gini jugak. Supplier brake pun tempat yang sama". Yolah..yolah...nasib baik sama senang nak cari spare part tu hehehe (boleh bagi jawapan gitu?)

Thursday 17 January 2013

Ngaku a.k.a Arrowhead

Setelah sekian lama tak update apa-apa kerana kesibukan menyiapkan tempahan pavlova dan crepe, hari ni gatei nak update-update hehehe.... Sekarang tengah memikirkan di manakah akan ku cari durian selepas musimnyer berakhir...sedangkan penjual durian juga (yang memang dah sangat kenal and dah jadi kawan si mie) tolong pikirkan masalah ni huhu...apa pun permintaan setakat ni Alhamdulillah...
Hari ni bukan nak story about pavlova and crepe, but today is "Ngaku" day.
Sambil buat kerepek, si Mie dok bebel ngaku..ngaku..tak ngaku..
Ngaku ni kan sejenis ubi, daun seakan keladi dan of course ler hidup di kawasan lembap. Juga dikenali sebagai sengkuang cina (ni kata uncle yang sama-sama pilih tu la) dan orang putih called it Arrowhead. Kebanyakan yang ada di pasaraya tu diimport dari China.

Actually, time Chinese New Year je benda ni banyak di pasaran. If not cam ada takde je. Kalau ada pun mahal. So far Tesco dan Aeon Big a.k.a Carrefour harganya agak murah still below RM3, Giant RM3 lebih kurang dan Mydin pula paling tinggi ~ RM4.00 lebih sekilo. Kat pasar-pasar tak tau coz tak pernah pergi the real pasar..hihihi

Setakat time menulis ni sudah beli 2 kali and dengan berat hampir 3KG..hahaha kemaruk habis..si Mie la ni..sedap..sedap...pastu modified skit cam ala-ala wat kerepek pisang tu..hurmm malatop ko...gambar ngaku tak sempat snap..tunggu ada 3rd round kalau tak sibuk akan cepat-cepat ku snap gambar ubi comel nih. . Gambar yang ada ni yang dah jadi kerepek...oh ye..juga boleh dimasak dengan daging, dikukus dengan ayam and apa-apa lagi yang anda rasa nak buat la..btw congratulation to Mie because he manage to cut and fried the ngaku yesterday. Bukan senang nak menyagat ngaku nih. 1 balang besar jugak ler..siap terpotong jari huhuhu...kesian..sedap..sedap kerepek ni..pandai betul chef pelatih...hangus sikit-sikit tu tak pe la nama pun chef pelatih hihi..


Ngaku a.k.a sengkuang cina a.k.a arrowhead

update: ni la rupe ngaku yang belum diproses.


rupa ngaku yang sebenar
 
jangan potong tangkai supaya mudah untuk sagat


Salam Jumaat semua

Salam Jumaat...tergerak menulis di hari  Jumaat dalam kegetiran menempuh kehidupan di kota. Cewah...opening kaw-kaw...hari segala penghulu hari..hari yang baik (bukan lah maknanya hari lain tak baik ye..nope) cuma hari ni kalau nak berubah nak buat apa-apa lebih semangat skit, buktinya hari ni update entry hehehe...

Kesengsaraan, kepayahan dan liku-liku kehidupan bukanla sesuatu yang pahit untuk dikenang. Be positive and take it as a challenge. Takkan la hari-hari hidup ni sempurna atau dalam kata lain happy sokmo. Apa pun keadaan anda kehidupan harus diteruskan, kerana pagi tadi kita masih diberi peluang untuk melihat dunia secara zahirnya...ucapkanlah Alhamdulillah.

Okla tazkirah sangat ler kunun nyer kan...sebenarnya idok ler teman nak tazkirah pun cuma saja sharing. Because sharing is caring and sharing is happening..yeahh...ana merapu sudah....ok la mari tenang-tenangkan fikiran...layan gambar lama yang ditemui semasa sesi mencari dan menyelamat hahahaa...gambar kat Putrajaya, Floria 2011 with theme - Rose.







Tuesday 8 January 2013

Online shopping

Haippp...sebut je shopping, semangat berkobar tak habis. Syoknyer shopping (sambil kerja pun boleh shopping hihihi..salah ajaran betul ana nihhh) bestnyer shopping sebab boleh hilangkan stress (or increase stress level?hihi) , best shopping kalau ada duit, best shopping kalau boleh beli apa yang kita nampak and yang kita nak hahaha...nape tiba-tiba timbul isu online shopping ni?

Ntahla sekarangkan ada banyak promotion everywhere, either at the shopping center itself or through virtual shopping. Terpanggil menulis sebab I'm really in love with this hobby (at least for now hihihi) biasala ana kan banyak hobi so memang sentiasa akan ada macam-macam isu nak share. Tapi addicted tengok katalog is my never ending hobby(tak kisah la katalog jual perabot ke, katalog jual ikan ke, katalog makanan ke, katalog Domino's Pizza ke..huhu). Ana suka gila tengok katalog like AVON, TUPPERWARE, TESCO, GIANT etc coz they are colorful and creative. Believe me once you start it will never stop hahaha.

Ok melalut jauh, today I want to focus on ONLINE SHOPPING and want to share  a few shopping online yang sudah di cuba, sedang dan masih dalam review and yang hanya dalam perhatian. Wokeh...


Blogspot jual baju untuk plus size, design cantik and fesyen up to date and kadang-kadang menepati citarasa I, ok coz barangan sangat update, servis cepat, barang dapat dalam 2 hari, harga berpatutan, kualiti barang ~ boleh pakai tu kira ok la kan, apa yang anda bayar tu la yang anda dapat. Puashati.


Laman ni ada jual pelbagai, so far servis ok. Baru try beli barang kat sini. Tunggu barang sampai lagi 2 hari hehehe. Ada plus size, ada beg, ada Men's apparel, Kid's apparel etc.

update: received my parcel in less than 24 hours


Dalam perhatian, hari-hari dapat email untuk barang and servis diaorg offer. So far review yang dapat dari web dan FB ~ penghantaran agak lambat, sejauh mana kebenaran tak tau coz tak cuba lagi. But my Sis pernah try nak beli tinted kereta tapi tak sempat beli hehehe sebab dia ni offer to public so siapa cepat dia dapat...me?belum ada apa yang nak beli lagi kat sini


ok jugak. Dah try tapi time nak wat payment otak ni wat decision tak jadi beli. Bukan back out (coz diaorg ni mana ada back out buyer..nak beli tak nak jangan beli hihi). Cun gak barangan nyer. Tunggu masa untuk bershopping kat sini.


Wokey, tak perlu lagi ke kedai mereka kat Semua House (KL) and AEON (Melaka). Boleh online. Kat sini pun ada baju untuk plus size jugak. So far harga merka standard kedai mereka, so makna nya kualiti ok la kan. Belum try tengok nanti bila betul-betul perlu bershopping baju hehehe.

ermmmm ada banyak lagi tak sempat pun nak review sangat just tengok gitu-gitu je. Ok...sekian dulu.


Monday 7 January 2013

Projek: Crepe and Pavlova

Hanya sekadar nak tunjuk gambar. Haha bengong je bunyi, yang sebenarnya terlalu sibuk so idea menulis takde. Crepe-crepe ni semua sudah selamat menemui tuan-tuan nyer. Malah gambar ni ntah batch yang keberapa, tak ingat sudah. Alhamdulillah rezeki. Tambahan sekarang sudah ada pembantu, hihi tukang beli dan bersihkan durian dan tukang bungkus crepe. Bagus assistant ni, perajin betul.

Pavlova ni plak terhasil sebab ada banyak buah strawberi balance dari Cameron hari tu. Sangat la masam so memang payah la nak habisnyer. Dari berkepuk berkulat dalam fridge maka tukarkan la jadi pavlova. Ermm..okla buat sendiri so gula pun control sendiri, tak mau manis sangat so kurangla gula nye hehee..resepi derhaka.


Crepe version tah ke berapa, tapi ada durian bawak dari Kg Org Asli, Pos Slim klu tak silap


version ni buah-buah datang khas dari Cameron


Version ni buah dari AEON-Big a.k.a Carrefour dan pasar malam huhu

Hadiah dari seorang suami

Tajuk tu macam citer filem (yang memang tak layak ke pawagam hehehe).

Alkisahnyer satu hari Encik Mie bawak balik order-order dari kawan-kawan dia. Ada 1 special order, katanya untuk wife kawan dia, nak kek buttercream ~ krim mesti kaler pink, hiasan tak kisah janji tulis Happy Birthday/ Selamat hari Lahir Lela, so sweet. Jadi temanyer ana pilih garden, tepi-tepi kek patut ada coklat so nampak macam tanah...tuan kek kata nak pink so tanah pink, nak effect tanah buat la keluk-keluk yang tak berapa cantik. Hahaha...gambo kat bawah hasilnyer...tak seberapa pun..saya budak masih belajar

Tuan kek minta hantar hari Sabtu, ke kilang tempat keje dia dalam kul 3 petang. Disebabkan Mie ada kelas wiken so pepaham je la, mem ni maleh plak nak gi menghantar, oleh kerana kebetulan nak gi ambil hadiah kat Korean Wallpaper kat sebelah IOI tu, maka dengan bangganya gi tau kat kawan Mie yang kami akan hantar hehehe...rajin tak?free delivery tau...nun kat BK2, Bandar Kinrara tu. Lela? tak kenal pun husbandnyer kata dia sangat pemalu...huhu..hokey takpe janji dia suka dengan kek ni kira ok la tu. Chocolate moist with buttercream.

Special untuk Lela

Happy Birthday


view dari tepi

Citer pasal wallpaper tu, eksyen tau tukang jaga kedai tu. Tau la nak amik benda free macam nak tak nak je dia layan. Erm...disebabkan gi amik 2 hari selepas date dia umumkan pemenang so pilihan pun tinggal yang tah pape. Ye la akhirnya pilih warna hijau sesuai sangat untuk bilik baby hahaha...maybe nak letak kat bilik solat a.k.a bilik buku a.k.a bilik aktiviti saya wahaha...sebenarnya tu hadiah pertandingan kat iProperty.com.my. Tak tau la nape mak cik ni rajin bebenor submit entry and pecah-pecah kepala pikir slogan hihi. Hokey la tata titi tutu...
 



Ini la wall papernyer
Hijau polkadot

Sunday 6 January 2013

Yang pertama~2013

Haha..hallo..salam tahun baru (ermm hari ni yang ke-4 dah pun). Kesibukan melanda jadi nyer memang jarang ler meng'hapdate', nak pula year end tu berada di luar kawasan (sangat la kan). Biasala projek gi menghabiskan cuti tahun, tu pun masih berbaki lagi 6 hari setengah. Tahun ni ada la 21 hari setengah cuti...yebedabedu...boleh ler gi bercuti-cuti Malaysia lagi hehee (tapi macam ada plan je nak gi luar dari Malaysia hihi..kunun..)

Luar kawasan tu sebenarnya masih ada coverage lagi cuma laptop dan broadband nyer takde, so tak de la activity 'online' lagi pun, cik broadband saya kehabisan quota..terpaksa la menunggu sehingga quota baru diberikan lagi..ish..ish..ish..payah jugak bila kemaruk game kat internet ni, normally quota tu nak lepas 1GB pun belum tentu lagi hihi.

Okeyla takde apa pun yang best nak share setakat ni, cuma beberapa photo hasil berada di luar kawasan untuk paparan bersama. Entah akan wujud atau tak lagi tempat ni pada masa akan datang. Buktinya dalam entry ni akan ana upload juga gambar-gambar yang tak berapa menarik (kadang-kadang rasa cam activist alam sekitar plak hehehe).

Mungkin ada yang tertanya, tak boring ke gi tempat sama every year? Jawapannyer TIDAK. Suka lagi ada. Dan yang paling happy sekali bila dapat beli pokok carla lily (hijau dan putih). Harapnya tumbuh dengan baik la kat rumah ni nanti (siap ada yang nak buat pokok lily goreng tepung...cis  berani ye).

Hokey la, meh layan beberapa gambar yang disnap dengan camera HP - pelupa la katakan...camera pun tinggal


lagi 2km nak sampai simpang

nak sampai toll dah

BOH plantation

Dari tepi jalan je


Sampai juga ke puncak


Gunung Brinchang - Puncak nyer..pun ada vandalisme

saujana mata memandang

Nampak je sedap tapi masam

lori ni banyak kat CH-signature

Habis hutan~ kononnya untuk pertanian huhu

Ni la hasilnya...silap hari bulan tiang tu pun rebah


Kenapa la payah sangat nak upload gambar

Entry kali ni entry bengang...setelah sekian lama bersabar untuk update hari ni malas nk tunggu dah. Kenapa? Kenapa? Apa yang telah terjadi?cam ne saya nak upload gambo-gambo ni? Kenapa tak boleh upload ishhh............... (O.o)