Wednesday 31 October 2018

Longgg Holiday - Review sikit

Holla....

Hah gitu tajuk sempena awal November. 

Bulan ni dengan bulan depan target nak habiskan cuti yang ada, mostly dihabiskan untuk siapkan tempahan kek, brownies dannnn kudapan deepavali. Alhamdulillah, ana harap market semakin okeh dan produk ana diterima masyarakat (ewahh ucapan ala YB). Bulan ni ana agak sibuk juga dengan order untuk door gift sempena pelbagai majlis. Kalau korang nak buat majlis dan nak bagi door gift tapi takde idea, meh sini roger iols, macam-macam best idea iols boleh cadangkan. Yang pasti, harga terbaikkk.


Mazola- antara cookies onz sempena Deepavali, belakang tu, choc chip pujaan ramai


Mazola kacang peas



Sarang Semut


Tat Nenas kebabom meletop


Back to topik asal, end of year ni memang lah musim macam-macam. Musim cuti, musim kenduri, musim berkhatan, musim berkhatam, musim macam-macam. Kalau tengok fb, majority pakat check in airport/jetty/bus station/mrt/lrt hahaha. So sempena topik holiday nih ana ni adalah plan nak pi jenjalan, cuma En Mie busy sokmo. Tapiii...nak plan for cuti boleh jer..hah kata multitasking kannn hehehe. Nak pi mana tu rahsiaaaa (ana pun tak tau pi mana...sapa ada cadangan? meh share sini).

Citer pasal cuti, over the weekend baru ni (a week before case tanah runtuh tu), ana pi Cameron Highland, besttt sebab ana suka CH but the feeling dah lain, macam kurang sejuk. To much development, I think. Ok, pi sana apa yang best? Opkos makan strawberry dengan jayanya. We'ols suka strawberry kat S Corner, juicy, big and fresh buah dia. Beli banyak, balik buat strawberry compote(apa tu? nanti iols share resepi okeh). 

Bharat tea pun antara tempat wajib singgah. Cam biasa re-stock tea yang susah nak cari kat kedailah jawabnya.

Kea farm pun iols pi jugeks, beli belah jugakla strawberry dengan sayuran hihi. Banyakkkk we ols beli. Ada tip nak bagi sayuran tahan lama? Ada, boleh simpan up to 2 weeks (till up to artikel ni ditulis lada benggala masih cun). 
Ubi purple? Nampak sedap hahaha


Bawak bawah habis mati semua.. hmmm

Caranya: Basuh sayuran tu (rendam air garam pun ok, jangan lama sangat la tapi), tos hingga kering (nak lap pun boleh, lagi bagus), lapik tipuware (apa-apa bekas pun boleh) dengan tisu dapur tu, letak seulas dua bawang putih (tak perlu kopek) dan simpan sayur dalam bekas tu, masuk peti sejuk uols yang canggih tu and Wallaaaa...tahan lama okehh. 

Seterusnya kalau pi CH ni, iols suka pi Ahad-Isnin, sebab? Sebab less crowd, hotel pun murah. So far iols pernah stay Strawberry park (nice place, view cantik, apartment concept, sujukkkk sampai nak gosok gigi pun gigil andddd....sunyiiii...masa tu bilik iols ngadap hutan heheh), Apartment Dahlia (ok lah not bad, uncle yang jaga tu pun baik), Smurf Inn (kecik, comel, solat kat surau sebab bilik kecik sangat hahaha, size giant macam iols memang duduk atas katil jela tak pi mana dah, ada je bilik besar family room tak silap) dan later we tried Century Pine (and terus in love with this hotel, every time datang tak pernah kuciwa). 

Review sikit: Bilik besar more than 20m sqft, recent visit: bilik baru renovasi, sangat cantik, sangat bersih, sangat puas hati. Sebab hotel ni kat Tanah Rata so nak pi pekan jalan kaki pun boleh, tak penat pun (hehehehe macam la ana pi jalankan) tapiiii maybe due to less crowd, breakfast selection kurang sangat, kat counter ada roti, fruits and jelly pastu diaorang akan tanya nak makan apa? Goreng-goreng, nasi lemak or egg set. Hah tu jela yang ada, tapi nasi lemak dia not bad, actually dulu they do serve scone for hi-tea (niceeee sedap weh cream ke apa tah dia bagi spread untuk scone tu) tapi la ni I is don't know. Apa lagi pasal diaorang? Parking? banyakkkk...depan pintu hotel je...apa lagi? Ermmm korang pi lah try test sendiri, booking through website dia pun ok, tapi Iols beli thru Agoda (much cheaper) lah tapi. Nah weols share gambo untuk tatapan, uols jeling-jeling la gambo tu, kot mana tau berkenan hihihi...
Wokeyyy adios..
Entrance bilik


Ada balkoni


hahaha siling pun santek

p/s: Happy Deepavali to all my Hindu friends. And happy Holiday to uols. :)