Thursday 6 November 2014

From KL to KTN

Salam semua, kali ni nak citer guna short form hahaha. KL semua orang tau kan...KTN?? hihi sendiri create KTN tu Kuantan, amacam? Best? Ok..ok..
Ni ana nak story citer throwback la kiranyakan. Yang mana time ni ana nak gi jenjalan lawat kawasan menyambil singgah la kat Kuantan. Kebetulan ada semi final Pahang vs Kedah so harus la bagi peluang kat En Mie. Bukan selalukan. Makanya ana bagitau En Mie silalah bookkan hotel yang berdekatan dengan stadium agar mudah nak pergi hihi. Betul punya dekat dia ambil, jalan kaki pun sampai. Hebat. So Jumaat tu sampai je Kuantan kita orang ni saja-saja la gi survey hotel (ada orang minta tolong book juga) ermmmm...akhirnya ada la 1 tempat ni Sentosa ke apa namanya bilik untuk 5 orang RM195, sesuai la kot dengan kawan si Mie nih, sebab dia bawak family kan.
Nak jadikan cerita, dah check in semua bagai kat Grand Continental nih, kami pergi ke Tg Lumpur, teringin nak try Pok Su & Mok Su (PS&MS) tu. Sampai je simpang lepas flyover dia tulis Tg Lumpur tu lebih kurang dalam 2km gitu Nampak dah signboard kedai nih...ooo dah pindah ke kedai yang lebih teratur rupa. Ok la nak park pun senang. Kami yang dah tahap kebulur mengigil ni pergi la amik makanan, memang tahap tak hengat la apa nampak rembat terus. Tu sedap ni sedap, aih semua sedap lah, pada pandangan la. Penuh semeja dengan Nescafe Ais dan nasi dagangnya sorang sepinggan kan. Ada sata, udang, sotong, ikan, karipap nya bagai. Makan-makan dah kenyang kami pun bayar semua skali RM27. Ermmm ok lah. Kami pun gerak nak balik hotel, bila nak buat U-turn kami ni kena la cari tempat sesuaikan tiba-tiba terpandang  gerai PS&MS sebelah balai polis tu...penuhnya orang sangat meriah. Aiseh....kiranya tadi tu bukan kedai sebenar la ni (cawangan rasanya yang kami pergi tu). Hmmm keciwa, pastu sepanjang jalan tu kami dihidangkan dengan kedai-kedai seangkatan dengan PS&MS nih...alahai memang stok-stok gitu rupenyer. Okla next time kami try lain plak.
Haha inilah dia...
Ok bab food review, sebab lapar kami bedal la tapi sebenarnya tak tertelan seafood-seafood tu sebabnya, diaorang ni salut dengan tepung dan barulah digoreng. Masalahnya tepung tu amatlah manis yang mana bagi tekak nismilan ni memang la tak seswei. Tapi lapo bebenor acik telan je. Panas-panas makanan tu memang sedap, dah sejuk hah hadap. Mula la cari benda pedas masam nak mengcoverkan rasa tu hihi.
Ok sampai hotel kami lepak-lepak jap, asar, gi Berjaya Megamall (beli novel?hahaha kat KL tak beli kan..hihi rezeki orang KTN). Pastu Mie siap-siap nak berbola pulak. Makanya bini harusla lepak tengok bola kat hotel. Ermm hotel ni biasa-biasa je, hotel dah lama so design dan barang-barang dalam tu pun harus la lama.  Malamnya ana dah lapar balik (selero denosor aku nih)..pergi la cari makanan sekeliling hotel tu, sadisnya gerai APL tu habis stok nasi..so sad. Makanya achik pun lintas la jalan ke Sara Thai, hmmm sama macam kedai-kedai Thai yang lain je, tapi bila dah try makan ermm yummy. Ana order nasi goreng sara thai and nasi goreng seafood (gambar tak de tapi nice sangat the taste).
Ermm price dia ok la macam KL. Kendian dessert eh ana amik pulut manga, perghhhh berbaloi bayar RM8, sedap tahap tak hengat, lemak-lemak pulut tu ermmmm dengan kemasam manisan manga di tambah ada Kruk-Kruk (xtau apa..macam kacang tumbuk) hmmm betul-betul enak, nyesal tak beli 2 hihi. So overall memang sedap la food kat sara ni.
Sodap ea...
Sara Thai
Hmmm...tetiba nak pulut manga huhu...perut pun dah krok..Kruk..krak...hmmm tulun-tulun.
Okla perut dah lapar malas nak tulis pasal makanan hahahaha...nanti ana sambung citer gi Cheating plak ye. Babai...

No comments:

Post a Comment