Tuesday 18 November 2014

Tauhu Sumbat Goreng

Memikirkan makanan sesuai untuk berdiet sememangnya memeningkan kepala. Kalau tak kerana weight management programme ana ni maka harusla hari-hari masak yang sedap-sedap belaka (hahaha sedap ke kan). Diet kali ni nak lebihkan protein dan serat and less carb. Sebenarnya yang berminyak juga harus dikurangkan cuma itu la, bila cakap pasal sihat pening memikirkannya. Hihi..tak pe la pelan-pelan kan.
 
Ok menjenguk menu kali ni, ana dah lama teringin nak masak tauhu macam ni, last ana buat beberapa tahun lepas, lama dah. First time makan, masa kerja kat Omron dulu, tiap kali balik kerja mesti singgah beli tauhu kat van-van tepi jalan. Masa tu beratur la berebut dengan Indon-Indon tu tauhu goreng ni. Sedap, lebih sedap lagi makan berulam cili padi, perghh berasap hihi. Kalau kat kampong senang sangat nak dapatkan tauhu petak yang dah digoreng. Tapi kat KL ni semuanya tauhu putih kena sendiri goreng. Jenuh lah jugak kerja 2, 3 kali kan. Nak goreng dulu, tunggu sejuk kemudian nak korek isi dia nak sumbat balik nak goreng lagi haih.
 
Senang je resepinya haha pejam mata pun siap. Beli tauhu putih tu, goreng. Tos dan sejukkan. Belah keluarkan isi. Beli juga sayur kacang panjang, kubis dan carrot. Kalau suka sayur lain pun letak je la. Cincang sayur-sayur ni. Gaulkan isi tauhu yang dah dikeluarkan tadi dengan sayur cincang. Sumbat semula kedalam tauhu yang telah dikosongkan tadi. Ketepikan. Bancuh 3 sudu tepung gandum, setengah sudu kecil garam, serbuk kunyit, lada sulah dan 1 sudu tepung jagung bersama setengah cawan air. Salutkan tauhu dengan tepung dan goreng dalam minyak panas. Untuk elakkan tauhu serap banyak minyak, pastikan minyak dipanaskan secukupnya. Goreng sampai garing angkat dan tos, boleh makan dengan sos atau dengan cili api sebagai ulam, walla sedap amat.
 
Ok ni tauhu goreng ana punyer yang enak di makan time panas-panas. Yummss.


Tauhu Sumbat Goreng
 

No comments:

Post a Comment