Wednesday 22 October 2014

Cucur..cekodok..jemput-jemput

Assalammualaikum...hari ni sejuk je, hujan renyai-renyai membasahi bumi. Tak tau nak masak apa, nak makan nasi rasa macam berat sangat untuk malam. Nak mengoreng mee atau mihun aduhai malasnya nak ke kedai. Almaklum, tadi singgah kedai barangan kucing, menelek barangan kucing je hampir dekat sejam, siap la tokey kilang sabun kucing bagi conditioner free untuk di cuba. Hah yang ni nanti ana review tunggu feedback Tabby okey.
 
Sampai rumah dah 7.10p.m, memang masak tu dah ke laut dah moodnya. Nasib la makanan ni favorite En. Mie so sonang acik tak payah fikir-fikir. Maka ana pun mula la mengopek, membasuh dan mencincang bawang, membasuh ikan bilis (beli kat Lumut hari tu, mata biru katanya, halus, kecik, comel tang mana mata biru tu tak nampak plak). Gaul dengan tepung dan garam, air panas pun dah masak so memang cantik sangat timing. Tapi time nak bancuh teringat kat resepi kak MaDiHaA bancuh jadi ala-ala doh, hah yang ni tak pernah cuba. Kalau bancuh dengan air panas tu memang selalu sangat la, cekodok ni akan jadi lembut jugak, tapi xde la montok-montok. Semuanya leper hahaha. Cekodok? Ala sama je cekodok..cucur..jemput-jemput..bagi ana la hahaha. Cuma kalau orang negori cucur tu kuih cucur lain..hah yang ni ana tak pernah buat lagi.
 
Maka, ana pun membancuhla dengan cara yang kak MaDiHaA buat, bancuh dengan air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh. Time nak goreng, basahkan tangan, kepal-kepal doh terus lungsur dalam minyak. Buat la sampai penuh kuali (pastikan semua cekodok tu terendam ye). Goreng sampai garing, angkat dan toskan. Buat la sampai doh tu habis. Sejukkan dan ngap...waduhh garing kat luar tapi lembut di dalam, memang sedap la. Makanya harus la kami berdua santap cekodok ni kan tapi tak habis pun (tengok?kita orang tak kuat makan HAHAHA). Bakinya ana bawak ke ofis, still yummy tak keras pun. So sapa-sapa nak buat sila la cuba ye.
 
Tak susah bahan mudah sangat:
 
Ikan Bilis Segengam (basuh)
1 biji Bawang besar (cincang halus)
Tepung gandum dalam 3 cawan
1 sudu teh garam
Air panas mengelegak (agak-agak adunan tu jadi doh)
Minyak untuk mengoreng
* nak tambah bahan lain-lain silakan...
 
Cara:
 
Gaul ikan bilis, bawang, tepung dan garam.
Kemudian masukkan air part by part, agar seluruh tepung masak dengan baik, kuantiti air bergantung pada tepung jugak, bancuh sehingga tepung jadi macam doh.
Basahkan tangan (ana letak air dalam bekas senang nak celup tangan jangan bagi kering), kepal dan bulat-bulatkan doh tadi dan lungsur dalam minyak. Goreng hingga garing, angkat dan sejukkan skit dan ngap hahaha. Amacam senang tak?
 
Cekodok a.k.a jemput-jemput
 
Oh ye...Siapa Tabby? Hihi new addition to our family. Dia ni manja terlebih, makan bila tuannya di rumah sahaja, dia poo poo pun bila tuannya di rumah. Ni tak tau kes kenapa hahaha...
 
Tadaa... nilah Tabby, tapi jangan terpedaya ingat dia tengah kena dera, dia tengah syok baring-baring sambil berkeruh
 
 

No comments:

Post a Comment