Wednesday 22 October 2014

Mari meroti

Assalammualaikum... hari yang sejuk, nyaman dan mengantuk hahaha. Tak habis la mengantuk, masuk kereta mengantuk, tengok TV mengantuk, buat keje kat office mengantuk (yang ni nak elak mengantuk maka ana makan...haih mana la tak gems...mengantuk makan, mengantuk makan, takkan nak layan mata kot habis la produktiviti). So nampak tak sebenarnya ana nak highlight apa? Ok cam ni, ini lah sebab kenapa saya makin comels, bila mengantuk maka perlu makan, saya mengantuk sebab tu asyik makan (hahaha denial...padahal). Ok la jangan layan ana merapu... tengah mengantuk masa tulis entry ni.
 
Apa kaitan mengantuk dengan meroti tah haih. Ok ni projek ana yang dah lama tergendala, ada aja la keje lain yang menuntut perhatian. Padahal....hoho balik rumah layan TV, layan Tabby pastu layan mata heh.
 
Ana dah banyak kali buat roti sebenarnya sama jugak dengan donut. Tapi itula nak update blog dengan ambil gambar tu hihi rajinsss sangat. Resepi ana ambil dari pelbagai sumber ada dari internet, resepi buku masakan, rancangan TV dan pada paket tepung, yis atau sewaktu dengannya dan semuanya berkesudahan dengan roti kejung bila sejuk. Tapi kali ni sebab roti I menjadi gebu gebas you (walaupun dah sujuk) maka I nak share la resepi tak tipu punyer. Hah yang ni betul-betul eksperimen berjaya selepas berkali-kali buat roti tapi ia mengeras bila sejuk. Lain citer bila roti tu kena angin ye, roti apa brand pun kalau biarkan terdedah memang akan kejung tapi resepi-resepi sebelum ni roti sejuk je tak sempat terdedah dah kejung apa cer? Takpe maybe ana pun silap uols gopoh kot hahaha.
 
Resepinya actually lebih kepada penggunaan komposisi bahan yang betul. Resepi ni jugak asalnya ana guna resepi dari google tapi dari blog mana tak ingat lah pulak (maaf tuan Tanah) tapi ana dah modified setelah beberapa kali ana cuba resepi ni, tu yang katanya telah melalui eksperimen. Haih ni cef-cef tengok atau baca mau guling-guling gelak, awat la minah ni merapu roti dia kejung padahal kami buat ok aje kan, tak perlu segala ukuran tan metric bagai hahaha. Maaf ye saya ni memang baru belajar so saya tau kawan-kawan yang baca blog ni pun kebanyakannya kawan-kawan, kawan-kawan opis dan kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak hal meroti ni. Maka bila menulis saya beranggapan yang membacanya adalah orang-orang seperti saya yang masih mencari kepastian kenapa roti mengejung bila sejuk (rugi you nak bagi orang makan pun segan..last-last cik Tong yang menyantap).
 
 
Ok cara dan bahannya:
 
 
Water Roux
 
50g tepung gandum
250ml air
 
Masak kedua-dua bahan hingga likat. Macam nak bancuh tepung talam pun ye jugak.
Make sure tak berketul.
Dah pekat, sejukkan.
 
 
Roti
 
400g tepung high protein/ tepung gandum pun boleh
3 tsp yis
1 tsp bread improver
80g gula kastor
1biji telur (ana guna gred C je, kalau Giant ni B & C sama je bezanya B bersih dari kekotoran)
60g butter
50ml air suam
3tbsp susu tepung (hahaha ana guna Anlene, yang makan roti ni harus tak retak tulang :P)
 
 
Caranya:
 
Letak air dalam bekas pengadun (agak-agak boleh kembangkan yis), gula dan tabur yis slow-slow.
Biarkan kembang agak-agak 10minit.
Pas dah kembang, masukkan tepung, bread improver, telur, butter, susu tepung dan water roux tu.
Air tu rasanya 50ml memang cukup tapi kalau kualiti tepung lain sikit maka kuantiti air pun akan berubah.
Maka on lah pengadun, uli selama 30 minit dengan mesin tu.
Off mesin, uli plak dengan tangan.
Kalau melekat boleh guna tepung gandum tapi jangan banyak sangat.
Agaknya melekat lagi sapu tangan dengan sebarang lemak antaranya planta, butter, shortening atau krimwell.
Lepas uli, tutup bekas dengan kain lembab suam-suam, biarkan terperap dalam 30minit.
Bila dah kembang berganda, kaup adunan, tumbuk-tumbuk dan uli-uli lagi.
Bahagikan pada beberapa bahagian (ana buat jadi 6 hahaha dah masak kembang setalam ko).
Siap bahagi, perap lagi sampai naik semula.
Agak-agak 30 minit panaskan oven pada suhu 160C.
Atas roti tu nak letak serunding boleh, nak letak cheese dengan gula pun boleh (macam ana buat ni), nak letak bijan pun boleh ikut suka. Bakar selama 15 ke 18 minit.
Bila nampak roti dah nak brown cover atasnya dengan aluminium foil.
Bakar la sehingga masak. Kalau macam dah nak rentung sangat kurangkan suhu pada 150C, hahaha ana buat sebab oven ana dah lama dan cepat panas.
Siap keluar oven, roti panas tu ana terus sapu dengan majerin (butter lagi bagus). Wanginya nyaman eh.
 
Ok tu je sila makan, believe me the roti esoknya pun masih gebu gebas you. Pada ana la water roux dan pengembangan yis yang betul sangat membantu. Hah tu dia cheq show off roti gebu na. Selamat mencuba uoll. Dah berjaya roger ye, nak mintak belanja hahaha.
 
 
Bee hive mini bun with butterscotch sauce
 
Roti untuk jualan
 
Sausage bun
 
 

No comments:

Post a Comment