Friday 4 July 2014

Sarawak Trip ~ Day 3 and 4

OK Si pemalas kalau menulis memang la nak cepat siap, jadinya entry ni dikumpul sekali...jimaattt..
katanya...
Day 3 – Macam biasa, breakfast, balik lepak tengok TV. Dalam kul 10 macam tu siap-siap gi beli tiket nak masuk Sarawak Cultural Village (SCV). Untuk makluman (hahaha ni tahap kepoci) harga tiket RM60 tapi selepas usha-usha sana sini kami dapat tau yang harga kalau beli dengan hotel RM55 makanya beli la dengan hotel kami nih…murah RM5 so kami dah jimat RM10. Huhuhuu sebelum tu bercinta gak nak gi ke tak tapi sebab tak tau nak buat apa dan alang-alang dah datang Sarawak, makanya masuk aja lah. Korban RM110 sebab bila lagi tah nak masuk sini. Sebab dekat makanya kami pergi bila dah dekat-dekat time nak show. Ok la not bad, so serba skit boleh la tau budaya orang-orang sini. Pastu gi melawat rumah-rumah yang ada kat sana, ok la rumah banyak tangga sampai lenguh-lenguh tulang-tulang semua hikss.



homemade tebaloi - tradisional sangat




Kemudian lepas lunch ala kadar, kami jalan-jalan area Kg. Santubong tu, takde apa menarik pun. Terfikir gak mana la nak makan malam ni, takkan rotcai lagi kot. Tapi sebab tak temui apa-apa makanya balik ke hotel lepak-lepak dan petangnya mandi pool dan laut. Kebetulan mie tanya sorang lecturer yang sedang cuti nak makan kat mana seafood area sini. Dia kata gi Kg Buntal.

Yeap, tu area kampong nelayan, tapi bila kami pergi berderet kedai seafood yang agak was-was nak makan. Ada je Nampak melayu makan tapi selepas apa yang terjadi kat kedai makan kat Shah Alam tu memang hati-hati sangat.  So bila drive ke dalam lagi kami jumpa kedai Pak cik ni nama kedainya Amerina Cafe. Biasa-biasa sangat tak macam restoran pun, macam rumah aja. Tapi janji masakan melayu maka kami yakin. Pak cik ni nelayan, so malam-malam dia tak buat apa dia buka kedai makan ni. Mak cik ni masak boleh tahan, bekas tukang masak hotel katanya. Ini la seafood pertama kita kat Sarawak ni, nyesal tak datang awal ish-ish rugi betul. Pak cik ni punya la peramah siap bagi ikan masin free lagi. Total makan malam tu RM55. Nampak mahal untuk berdua tapi kuantitinya sangat besar. Udang fresh sangat di masak goreng butter, midin belacan dalam tu ada sotong dan bawal size sederhana masak sweet sour 4 ekor. Nasi 2 plus 1 nasi tambah, air ice lemon tea dan nescafe. Berbaloi betul harga. Sedap, murah dan banyak. Memang membuntal la jawabnya. Oh ye pak cik ni jugak kata kalau nak naik boat jadi nelayan bagitau je, malah dia boleh bawak naik boat sehingga ke Kuching, hahahaa ko mampu? Ok dah kenyang balik titon.
Oh ye pak cik ni jugakla yang bagitau rahsia ikan terubuk Sarawak, katanya, garam yang salut ikan tu dah digaul dengan MSG ataupun lebih di kenali sebagai ajinomoto. Hahaha amik ko mana tak sedap, nikmat, nyamannya, MSG bertimbun kot.
Ok next daynya...
Day 4 – nak balik dah, pas breakie, lepak-lepak pastu siap-siap untuk balik hihi. Takde nak buat apa dah. Siap je semua check out, pulang kereta kami masuk balai berlepas then fly. Bye Sarawak, jumpa lagi. Sampai KLIA2 lepak dalam flight for almost 30 minutes. Biasala, barang baru, pintu jammed la stuck la macam-macam. Sampai rumah, siap-siap untuk baking pulak….weiiiiiihhh giler la hihihi. Ok…ni cerita Kuching.. layankan aje gambar-gambar yang ada ok. Daa…

No comments:

Post a Comment