Friday 4 July 2014

Sarawak Trip ~ Day 2

Continued-
Day 2 – pagi-pagi lagi dah pergi makan kaw-kaw kat Satang Café (breakfast ni include dalam pakej). Ok cakap pasal makanan kat sini ada juga dengar komen (makanan tak sedap la tak best la bla..bla..bla..). Bagi kami ni, ok aje. Makan sampai kenyang. Macam-macam ada. Western, oriental semua ada la. Siap makan dalam kul 8, kami gerak ke Bau untuk ke Serikin. Terima kasih pada google maps yang banyak membantu (sangat membantu). Sampai sana kami shopping tak berapa sakan. Takde banyak gambar sebab tak larat, panas (walaupun baru lepas hujan dan matahari tak nampak pun). Tapi kalau nak shopping macam-macam ada, kat sini sempadan Malaysia-Kalimantan atau lebih dikenali sebagai Pasar Serikin, hebat sangat google maps ni dia akan bawa kita terus sampai tempat letak kereta yang juga gerai pertama di sini.


Kat sini ada jual telekung, jubah, baju, batik, kraf tangan, oven kek lapis namakan aje pokoknya ada duit. Bayar dalam rupiah pun diterima di sini.
Dari hanya datang untuk tengok-tengok, ana akhirnya beli juga jubah untuk mak, batik orang ulu, souvenir, popiah kecil dan kerepek belinjo/melinjau (pahit, pedas, manis ~nyaman). Kalau ikutkan hati macam-macam nak beli, tapi sebab tak beli luggage so tak dapek la nak shopping kaw-kaw. Mie shopping jugak, beli pelikat sebab sangat tebal dan berat kainnya dan murah pulak tu. Overall nak tau cantik dan elokkah barang kat sini terpulang, itu bergantung pada kita yang memilih. Barangnya banyak dari Indonesia, so paham-paham la kualiti kain sanakan. Kalau tak bagus takkan orang shopping giler-giler ke Bandung. Ada juga yang jual barang-barang tiruan so pepandai la pilih. Oh ye jangan lupa, kuarkan duit awal-awal sebab kat sini takde ATM mesin dan apa-apa kad pun tidak diterima (as at 11 May 2014 la kan).


Ok habis kat sini, kami terus ke Kuching. Tak pergi pun segala gua tu malas… masa ni dah hampir ke 11.30a.m, kami ke Waterfront amik-amik gambar, solat kejap dan gerak ke Kg Gersik. 



Water Front

Kat sini kami ber’lapis’ dengan kek Dayang pulak. Bukan Dayang Nur Faizah tu tapi Dayang Salhah. Makan hampir kenyang jugak lah kat sini dan kemudian sesi pilih kek pun bermula. Berlaku kekompiusan di sini. Banyak sangat pilihan, jadinya bila nak beli kek tu ana akan ke bekas kek yang dipotong kecil dan try. Mana sedap ana ambil. End up sampai rumah oreo cheese yang paling banyak hahaha. Ana suka cappuccino cheese tapi tak tahan kat luar, kena duduk dalam fridge. So tak beli, aihhh teringat lagi nih. Kat sini beli RM100 dapat free yang RM10 tu satu. Sayangnya dalam banyak-banyak kek, kek lumut tu sampai rumah ianya berlendir.





Seterusnya kami ke Kubah Ria, dulu pasar Satok/ medan Niaga Satok. Sekarang pasar tu dah pindah ke Kubah Ria ni. Jarak dengan tempat lama dalam 2KM, kiranya dari tempat lama terus je naik fly over boleh nampak pasar ni belah kiri. Mungkin, ana pergi dah lewat petang dan pasar pun dah nak tutup. Dapat beli ikan terubuk 5ekor murah dan dapat free 1, ni size besar-besar. Rasanya yang ni bukan ikan local, yang ni ikan dari luar nih. Ok rupanya ada rahsia ye tentang ikan ni jadi tunggu entry hari berikutnya ok. Telur pun dia bagi murah, tapi ana tak minat, pada ana mahal sangat RM30 untuk empat ketul telur ikan bersize 10cm panjang. Ikan ni katanya bungkus lawa-lawa pastu letak dalam kotak boleh tahan seminggu, ish-ish dah beli mahal-mahal (padahal murah kot) nak buat camtu idok ler teman. Maka bila sampai je kat bilik hotel ana pun sumbat dalam fridge, full blast. Sampai KL pun sejuk lagi. Paling best kitaorang siap cerita dengan brother tu yang dulu angah pernah beli camni la letak dalam kotak je, bila sampai KL ikan semua terpaksa dibuang. Sudah tukar kaler ijau (jadi species Hulk ikan-ikan tu hahaha). Kat sini kitaorang lunch. Ermmm…butter chickennyer lain macam sikit. Tapi sebab lapar telan aje la (sambil curah cili kicap banyak-banyak hahaha). Ana juga beli buah cinta, hahahah macam rambutan/laici tapi macam rasa mangga pun ada (Ke aku pening?).

Buah cinta, kulit keras tapi sedap

Dari sini kami terus balik dan malamnya makan kat Damai Central yang dah takde apa-apa pun, kedai dah tutup. Tinggal kedai jual roti canai, so diner la dengan rotcai.

No comments:

Post a Comment