Friday 4 July 2014

Sarawak Trip ~ Day 1

Salam, story morry morning glory today is about Sarawak, the land of hornbill. By the way, I only saw big metal hornbill at Damai Central hahaha, not the actual one.  Maybe, semua burung enggang ni malu-malu (perasan aku nih).

Metal Hornbill

Day 1 – We arrived at Kuching Airport around 4.00p.m after 1 hour flight delayed. Sambil-sambil ding dong dengan imigresen semua sempat call rental car person in charge tu. Kereta ni sewa dengan Ms Michelle. Condition kereta sangat ok, harga pun ok dan bagusnya minyak kereta ni full, syaratnya pulang kereta isi penuh semula. Hah part yang ni kita orang terkena, 2 kali stop kat Shell tapi minyak still tak penuh. Padahal dalam tangki ada half lagi, uiks besar juga tank kenari ni. Bila pulang semula, driver Michelle tolak RM10. Nasib la. So... in total sepanjang 4 hari kat sana duit minyak sahaja RM50. Ok sebelum tu nak citer pasal KLIA2. Ni kan hari kedua AA pindah sini, hmmmm ok la tapi jenuh nak jalan kaki. Jauh betul tempat gate berlepas tu. Abang teksi tu siap lagi bagi tau, kita orang ni first customer dia hantar ke sana. Ok la guna meter bayar RM70.


Ok banyak betul melencong, seterusnya dah dapat kereta kami terus drive ke area Santubong. Kami stay kat Damai Beach Resort. Dalam hati tu, amboi jauhnya (tak tau jalan memang la macam tu). Ok bagi ana kalau kita baru kat tempat tu, sila la guna google maps, so far sangat membantu. Cuma sikit-sikit melencong tu biasala. Mungkin dulu tempat tu ada roundabout tapi sekarang dah jadi simpang 3. Biasa la. Sebelum pergi ana dah tengok Tripadvisor tentang tempat ni. Macam banyak komen yang tak berapa best. So hati tu pun nak tak nak je la kan. Nak pulak keje kat opis pun tak siap-siap, biasala bila main-main dengan deadline, kita ni la yang susah. So kiranya cuti kali ni cam tak berapa enjoy.

Gunung Santubong
Ok bila dah sampai dengan perjalanan lebih kurang 50km, terus check in. walaupun bilik dah dibayar tapi still kena bagi deposit (amboi dari airport tadi banyak betul deposit nak kena kutip balik nanti hihi). Kami duduk kat bilik standard balcony hillview katanya. Okkk surprisingly, bilik sangat cantik jauh beza dengan cerita kat Tripadvisor tu. Baru siap renovate kot. Besar betul bilik ni, bagi ana best sangat hahaha. TV pun ok la. Apa lagi nak… bilik memang la tak mengadap laut tapi nampak la laut dari bilik ni. 





Hotel Lobby

The swimming pool

Standard Balcony Hillview
Ok malamnya kami gi makan kat Damai Central, gi pekena Laksa Sarawak (which is ok for me) and tea pandan yang sedap. Mie plak ambil nasi goreng seafood. Banyak dan sedap. Berbaloi-baloi. Pastu balik dan tido sebab esok nak jalan jauh.

Ok, sambung next day plak dalam next entry...

No comments:

Post a Comment