Saturday 18 May 2013

Hari Ibu

Salam semua. Minggu ni banyak terima tempahan untuk Hari Ibu, walaupun Hari Ibu disambut pada 12 May yang lepas. Pada ana Hari Ibu adalah hari-hari, walaupun mak ana tak di sini tapi hari-hari ingat kan dia. Sebulan sekali pasti jumpa dia. Mak lebih suka duduk di kampung, ajaklah macam mana pun datang dan duduk dengan kami, jawapannya seorang pun tak mengapa. Katanya lagi, puas dah duduk di bandar lagi pun aktiviti mak pun banyak, ke masjid ke surau ke rumah kenduri ke kebun dan banyak lagi. Hujung bulan ni mak dan adik-adik akan ke Bandung, wah seronoknya (tapi tak boleh ikut sekali, masa ni hari-hari ada meeting). Selagi kita ada ibu dan bapa maka hargailah mereka, mungkin mereka kadang-kadang marah dan bila marah cakap apa saja yang terlintas di hati dan di fikiran, tapi percayalah semua tu tak terlekat pun dalam hati dan fikiran mereka. Mereka marah sebab sayang bukan marah benci.

Ok la sekarang ni nak share gambar-gambar order Hari Ibu, eh lupa ada juga order sempena hari guru. Terima Kasih Cikgu....layannnnn....

Untuk cikgu


Lemon Poppy Seed Butter Cupcake

Red Velvet Cuppies


Cheese Tart


No comments:

Post a Comment