Monday 13 May 2013

Amazing Sabah Day 1

Ok kali ni lari topik dari baking membaking. Setelah plan berbulan-bulan akhirnya sampai hajat nak ke bumi di bawah bayu ni. Ana ada ramai kawan dari Sabah sebenarnya cuma pergi ni tidak la atas undangan sesiapa pun. Adik ana juga bekerja di sana. Tak jauh katanya dari Kota Kinabalu (KK) hanya 120km.

Tiket ni ana beli dari airasiaGo.com. Sangat murah harganya. Tiket flight dan penginapan untuk 2 orang tak sampai RM1000 pun. Flight Airasia rasanya ramai yang dah sedia maklum akan syarat dan peraturannya. Bilik pula untuk 2 orang adalah memuaskan. Setakat 4 hari 3 malam, bagi ana cukup selesa, tambahan hotel di kawasan bandaraya KK saja.



LCCT

Putrajaya aerial view

Menu yang memberansangkan




Ana datang sini niatnya nak makan seafood saje jadi untuk merealisasikannya ana sewa la hotel di tengah bandar. Jika duduk area 1Borneo (seperti Tune Hotel, Novotel) jenuh juga ana nak ke tengah bandar semula. Perlukan kereta jawabnya. Almaklumlah niat tu kan nak melantak seafood hehehe.

Kami gerak dari rumah 8.30 pagi. Sampai LCCT hampir pukul 10 (macam jauh huhu). Flight kami jam 11. Kira oklah sebabnya tak lama pun menunggu. Samapai Sabah@KKIA tepat jam 1.30petang. Dari KKIA gerak ke hotel. Check in, solat dan turun cari makan. Panasnya KK. Beli barang sikit sebab esoknya nak berkelah hehe. Oh ye adik ana selalu belikan mak kopi Tenom, tak sangka di Centre Point Sabah ni kopi tu sangat murah. Berbanding kedai diluar harganya boleh jadi sekali ganda. Ana pun beli 2 pek, see!! am the first doing my shopping here hehehe. Kemudian balik hotel tengok astro hahaha.


Dah nak sampai

Gardenia Sabah

Malamnya seperti yang diimpikan maka bergerak la ke Pasar Malam Sinsuran a.k.a Pasar Filipine. Wow manyak makanan oO..Oo..heaven of seafood. TAPI...wah amaran ni...hati-hati dengan ketebalan poket dan ke'imun'an perut anda heheh. Oleh itu tanyakan dulu harganya dan pilihla ikut kemahuan dan kemampuan. Bab kebersihan tu, nilai la dengan mata sendiri ye (sebabnya ana pun tak tau nak explain camne). Oh sebagai bekalan ana ada bawak banyak charcoal dan ubat sakit perut (Alhamdulillah 2 hari melantak seafood perut masih mantap). Huhuhu...kerana dulu kan dah terkena masa pergi ke Cherating. Ok...disebabkan first day, maka macam-macam nak makan. Ana order ikan bayan (harapnya nenek kebayan tak marah hehe sebab makan ikan dia), sotong panggang, kerabu rumpai, nasi satu dan ABC hehehe yummy. Total kehangusan RM60++ and for me it is ok, not bad coz normally if in KL I have to pay almost the same amount too.


I saw seafood

Lagi-lagi seafood

Seafood lagi

Pasar Philippine

Day 1 Menu



ABC Special katanya

Balik makan, exercise dulu sambil lawat-lawat pasar malam di seberang jalan. Ada banyak brooch murah di sini. Di sini ana beli brooch untuk pakai tudung esok dan fridge magnet sebagai souvenier tu aje. Huhu sangat la suka kan berjalan-jalan di malam hari. Bila ke tempat orang, banyak benda yang berbeza dengan tempat kita. Tengok aje la nak menegur tu memang tidak la kan. Sebab tu orang tua pesan, ambil yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Seterusnya balik rehat dan sedia untuk esok.

Next entry- Day 2-Manukan Island

No comments:

Post a Comment