Friday 17 May 2013

Amazing Sabah Day 3 - tragedy

Wah tajuk tu bertambah 1 perkataan. Lambat masuk entry ketiga ni, nak upload gambar pun susah, takpe masuk mana boleh dulu nanti kita upload kemudian.

Ermmm...sebenarnya tragedi bermula dari malam tadi, geramnya. Ana sebelum ke Sabah dah plan dan prepare semuanya termasuk la sewa kereta. Mula sampai ana dah call dan remind hantar kereta ke hotel bila dan pukul berapa. Malam tadi jangan kata OK angkat phone pun tidak. Ok fine tak pe just wait for tomorrow, I though. Tapi pagi ni 'am pissed off' dia memang tak angkat phone dan memang tak nak sewa kereta. Hmmm...takpela that's not the end of the world. Alternative, I took the brochure from lobby. Namanya Kevin tapi tiada kereta, if ada pun need to wait until 10a.m, wohooo mau jalan jauh ooo. Kan dalam entry day 2 ana ada cerita pasal encik tu? so ana contact dia (walaupun tau dia sudah tiada kereta, just try my luck) and he is a very nice person. Dia memang tiada kereta. But he help me to call his friend--Alex to send me a car. I hanya tau dia call Alex bila I isi form sewa dan form tu kepalanya tak sama dengan agency encik tu, Alex bagitau encik tu call mintak hantar kereta ke tempat kami.

Sangat bagus Alex ni (Alhamdulillah sepanjang di sini orang yang ana jumpa semua baik-baik dan ringan tulang) kereta dia sangat bersih dan kerta baru. Ana sewa saga 1.6 SE FLX auto, RM170 exclude insurance RM18.00 berserta deposit (refundable) RM150. Condition kereta tip top, cun melecun. Isi minyak RM50 full tank. Ana dah biasa bawa kereta ni coz my sister guna kereta yang sama so tiada masalah lagipun En. Mie yang drive. Gerak ke Kundasang ding dong ding dong dalam 9.30 pagi.

Dalam perjalanan jumpa rumah terbalik (tak ambil gambar pun), jambatan tamparuli, nama tempat pelik 'Bundu Tuhan' dan gerai-gerai sinalau bakas (hukhukhuk melambak sepanjang jalan) serta gereja-gereja dan bulatan yang banyak (simpang 3 kurang).

nama tempat ni BUNDU TUHAN
Sampai pekan nabalu ada orang jual-jual tapi tak singgah, En. Mie kata balik nanti lah. Hmmm ok. Masuk je Kinabalu Park tu dah pukul 12 tapi lepas bayar entrance fee RM3 seorang kami naik lagi ke atas (hebat jugak kereta ni naik gunung). Sampai pintu tempat mendaki tu cuaca macam tak berapa je. Gunung pun tak nampak. Ambil gambar skit, kami bayar RM5 (kat pondok Timpohon) masuk ke dalam kawasan pendakian, tapi cuma sampai 0.5km je--masa tak megizinkan lagi pun pakaian cantik sangat, tak sesuai.
Buah hutan











Puncak Kinabalu yang pemalu

Pintu masuk ke Taman Kinabalu



Kemudian gerak ke Kundasang beli la kerepek ubi dan kuih cincin, kemudian cari jalan ke Desa Cattle, hmm..payahnyer sebab papan tanda tak perasan, padahal senang je. Makan ais krim dan minum susu, ambil gambar. Tempat ni cantik background Gunung Kinabalu cantik sangat. Kemudian gerak Kundasang War Memorial Park dan solat di masjid atas bukit ni (ni masjid pertama kami jumpa).


Pasar Kundasang



Lombu @ Desa Cattle Sabah


Kolam-kolam air panas

Sangat panas, siap keluar asap

Gerak ke Poring, lepas Ranau perjalanan ke Poring En. Mie dah lain macam. Sakit perut katanya. Jauh jugak 40km kot dari Taman Kinabalu ni. Sampai je En. Mie cari toilet dan condition dia sangat teruk. Ana drive balik, plan nak singgah KFC Kundasang (itu je yang ana boleh percaya setakat ni) nak bagi En. Mie makan sebenarnya. Masa ni Gunung Kinabalu sangat clear, cantik sangat, macam dinding yang besar tapi masa ni juga la ana rasa macam nak pitam, nak muntah, sangat pening dan tak tau nak cakap apa lagi. Dahla jalan tiba-tiba slow, ana drive dah memang out of control rasanya, sampai KFC ana tinggalkan En. Mie dengan kereta, tak boleh tahan. Both of us fully utilise toilet KFC tu, memang teruk. Tiba-tiba tu la air takde aiseh. Ana tunggu lagi makan ubat sakit perut dan charcoal yang ana bawak tapi memang  tak boleh nak pikir apa-apa masa ni. Sedang menenangkan diri tiba-tiba elektrik pulak off. Satu pekan black out. Pukul 7 sana dah macam pukul 9 kat semenanjung, dengan hujan lagi. Mana tak tragedinya.



Bagi En. Mie cool down ana pun plan nak cari klinik. Tapi klinik kampung pukul 5 dah tutup. Minta tolong staff KFC (namanya zila) ni tunjukkan klinik kesihatan untuk kecemasan, boleh call katanya..tapi sume tu sia-sia. Drive la dalam hujan dan dalam sakit perut tu. Ana rasa tak larat nak drive balik KK so plan cari hotel--sedihnya penuh ada pun tinggal yang mahal, zila carikan homestay..ok not bad, bilik pun cantik. Tapi banyak yang ana pikir dan rasa macam kena balik KK juga.

Akhirnya ana gagahkan diri untuk drive balik ke KK, ana pernah drive dalam keadaan yang extreme macam ni cuma orangkan kata area Kundasang, Kinabalu ni berkabus, jalan berbukit dan berliku serta conditionya tak berapa sangat..tambahan lagi hujan dan ada banyak tanah runtuh dan jalan yang sedang di upgrade. Tapi beranikan jugak. Jam 9.30 sampai ke KK, wah..mencabar. Mengigil drive (padahal driving experience lebih dari tahap lesen P hihihi).

Balik memang collapse (actually seminggu jugak merana, sampai balik kampung minum air kelapa baru ok).
 Next entry-last day.

No comments:

Post a Comment