Wednesday 23 March 2016

From Penang with love

Now nak sharing my 'foodology' while I'm in Penang. Visiting Penang without trying the local food is a waste. First of all if there are any price changes, apology from my side, actually this happen in 2015, so  you know lah kan. Ok la i ate a lot of rojak that's why my language also rojak. Oklah lets cheghita in loghat Penang (my version of course..hihi).


Jambatan Baru

Cheq pi Penang, drive dari pukui 8 pagi sampai pukui 3 petang. Jammed all the way ke utara, but still consider bergeraklah. Hotel awai-awai lagi cheq dah booking kat agoda.com. Ni gara-gara dapat rebate sebab pengguna Digi (rajin amat si Digi bagi rebate coupun bagai nih). Senang dah nak booking kat agoda.com ni, dulu baq hang, payah ya amat...almaklum cheq ni kad credit nan hado tapi sekarang dah boleh guna online banking dan kad debit ampa tau. Maka cheq booking 1 hotel kat Bayan Lepas, nama dia U Hotel. Hotel baru, bersih cantik, kemas bau wangi dan paling penting murah, bab gaya retro minimalis hipster, tu memang fesyen sekarang la kot kan. Kat mana? Nun sebelah Tesco Extra dekat dengan pintu USM yang dekat dengan masjid tu (pintu had nombor berapa cheq tak tau la pulak). Rega RM344 untuk 3 hari 2 malam, pastu cheq tak tau pulak, la ni kalau pi Penang, ampa need to pay Local Penang Fee (Hotel)~ RM2/night for 3 star and below and RM3 for 4 and 5 star. Katanya start bulan 6 lepaih dah bayar dah. Ok...so sebab kan tempat kami ni agak bising kawasannya al-maklum tepi jalan, sebelah Tesco, dekat dengan kawasan commercial makanya takde lah istilah sunyi. Kami sampai hari Khamis tu terus la kami pi jalan kat Padang Brown tapi lebih dikenali sebagai Padang Broom oleh orang local Penang. Tapi...to bad so sad tempat makan dah tutup pukui 5 time tu. Maka kami jalan lah cari Kapitan pulak. Kenapa tak pi Padang Kota? Hehe kami simpan untuk next time lah ya. Cari punya cari, cari lagi kami jumpa (google map jumpa sebenarnya) 2 ke 3 Kapitan tapi kami tak mau kami mau Kapitan yang dekat Chulia Street jugak. Gigih la google Chulia Street hahaha.

Kami sampai, masalah seterusnya adalah parking. Tapi takpalah sat lagi kalori lebih 1000kcal nak masuk makanya parking la jauh sikit. Kami order recommended food by kawan-kawan iaitu nasi beriani (ayam/kambing/daging) dan Nan Cheese/Garlic/Biasa dengan ayam Tandoori, ayaq milo dengan nescafe. Tudia makan tak pandang orang sedap je kami nyantap, cuma servis lambat mungkin sebab orang ramai, harga lebih kurang dalam RM30. Kami makan ala kadar ja lah, sebab malamnya kami plan nak pi beratuq pulak. Hmmm tu diaaa...dia punya challenge ampa tau..perghhh. Pehtu malamnya gigih la laki bini pi beratuq kat depan simpang dekat area Chulia street tu jugak sebelah masjid cantik tapi lupa dah nama dia (itula sapa suruh tak update cepat hahaha). Malam tu nasi kandaq kami total dia RM18, murah lah bagi kami air teh ais 2, nasi 2, ikan tenggiri goreng, telur masin 2, kubis goreng, daging masak berempah dan ayam goreng. Ok lepas makan melepak pusing-pusing Georgetown.



Nan Cheese dan tandori






Mari beratur


2nd Day

Celik mata siap-siap pi merket, kami sarapan kat Astaka Taman Tun Sardon. Nasi lemak 2 pinggan berlaukkan ayam, telur mata dan paru total RM12. Ayaq nescafe 2, serabai fofuler tu 5keping (pergh beratuq kalah nak masuk stadium). Sambil makan duk borak dengan pak cik yang peramah ni. Macam-macam la dia cerita. Dari dulu, zaman la dan zaman akan datang hahaha.

Panas jangan cakap la perghhh..

Pastu kami masuk Queens bay mall. Sejuk kejap, tapi takde apa nak beli. So merayau ajelah. Last-last novel jugak kami beli hihi.

Lunch, kami pi makan roti, sebabnya petang sikit kami nak pi lagi Padang Broom tu. Dalam pukul 2 gitu kami sampai, duk order la pasembor, cendol, sup kambing bagai. Sedapnya la cendol dan ABC uncle ni.


Pasembor


Sedap Cendol dan ABC uncle ni






Padang Brown a.k.a Padang Broom



Seusai makan, kami pergi jalan ke Jalan Gurney hahhaha dah takde keje sangat nih. Pehtu kami pusing Georgetown (jem ooo). Kendian kami pi beli jeruk, tak dan nak beratuq kat jeruk pak Ali makanya kami pi beli kat jeruk belanga, eh not bad sedap weh. Memang umm...takde rasa 'gassy' yang macam jeruk lama. Pehtu saje pusing-pusing kat bazar depan IPK/IPD tu. Paling tak best kami dapat surat cinta, mencikkk....rupenya bila diperhatikan betul-betul, Penang ni ada tempat weekend kena bayar parking ada yang tak perlu. Walaupun parking di kawasan takde orang dan jauh dari apa-apa tarikan pelancong hahaha Ok noted di situ. Selepas tu kami ke Batu Feringgi, perghhhh jem sesak teruknya...tak sampai pun  ke kawasan depan-depan tu cukup la sampai area pantai yang dekat dengan kawasan perumahan tu kami surrender, sesaknya Ya Allah. So baliklah kami ke pangkal jalan hahahha. Next time la kami pi na.

Malamnya kami makan di Zubaidah sebelah Tesco, mahal boleh tahan.. RM35 untuk Nasi 2, ayam masak kicap, daging berempah dan bendi serta air teh o ais. Pehtu balik tido (mana la tak gemuk, makan tidur je).



Pantai Batu Feringgi

Sampai sini je tak larat dah


3rd Day

Ok pagi ni kami makan roti ala kadar je. Sebabnya kami nak pergi kenduri kawin kat Sg Petani. So bye-bye Penang, InsyaAllah jumpa lagi. Tak puas jalan dan makan, kesimpulannya Penang memang food heaven. Balik ke KL ngadap jem lagi huhuhu.


Jambatan Lama

No comments:

Post a Comment