Wednesday 23 March 2016

Bawang Goreng Crunchy

Yuhuuuu..kali ni bersiaran dari 'kitchen Lab' lagi. Eksperimen kali ni bawang goreng crunchy. Bulan lepas ana ada beli bawang goreng sedap, makan ratah sambil tengok tv je. Ana ni bukan lah penggemar bawang goreng, kalau beli pun takut-takut sebab banyak kali terkena, bawang goreng rasa plastik, bau tengik dan tak ummm. So bila dah kena camtu ana amat lah berhati-hati.

Cuma bila kakak ni offer ana amik just nak try. Amazing...sedap weh, nak beli lagi dah takde stok pulak. Limited katanya. Maka ana pun gigih la beli bawang, kopek kulit dannnn...taraaa beli food processor hahaha (yeaayyyy dapat lab toy baru). Nak menghiris/menyagat memang rasa hebat lah kalau buat sendirikan. So ana pun masukkan dalam slicer, kejap je dalam lebih kurang 5minit habis 0.5kg bawang jadi kepingan.

Ok start dari membuang kulit, membasuh dan kemudian menghiris. Ana try rendam dalam air garam 10 minit dan pada pemerhatian ana tak perlu rendam dah pun sebenarnya sebab kita perlukan bawang yang kering untuk mendapatkan hasil yang sempurna (cewahhhh). Ok dah tos kaw-kaw (tos dalam tapis, lap dengan tisu dapur bagailah), ana masukkan garam 1 sudu kecil dan gula juga 1 sudu besar, tos lagi. Punya la banyak air dia dekat secawan jus bawang ana dapat. 

Agak-agak dah takde air yang keluar, ana pun gaul dengan tepung beras 1 sudu, dan panaskan minyak lantas di goreng dengan minyak yang banyak hingga kuning dengan api yang sederhana (lama lebih 6minit). Kemudian angkat dan tos, jangan kuning sangat nanti dia hangus sebabnya proses 'pemasakkan' (paham-paham la ye) masih berlaku walaupun dah tak dalam kuali. Kemudian ratakan dalam dulang dan lap-lap baki minyak untuk bagi dia kering, dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara dan boleh makan. Sedappp dan tahan lama garingnya tu. Next nak eksperimen cara nak bagi minyak tu kurang pulak. Sebab minyak yang banyak tu akan buat dia jadi berbau tidak enak dan kurang garing. 

Sedang goreng

Gituuuu...amatur banget dehhhh...ok uols..kalau sudi sila try dan cubalah ye, mudah, suci dan bersih (dijamin).

Siap dah

No comments:

Post a Comment