Friday 5 April 2013

Diserang!!!

Nak sharing dan tunjuk sesuatu. Geram sangat tengok, tiap-tiap minggu selepas kemas rumah dan kalau tak busy ini lah kerja wajib kena buat. Tengok gambar, si kutu tu melekat dan mengerjakan kaktus dari kumpulan ni..(masa ni payah betul nak ingat nama family kaktus ni...tp succulant type). Bila dikorek dan dibuang ulatnya nanti akan menanggis si pokok (maksudnya keluar air dari bekas gigitan tu). Setakat ni tak guna lagi racun-racun serangga, cuma kutip satu-satu dan buang kutu tu.

Kaktus berduri tu taknak pula dia, cuba makan sedap ke tak kutuuuu oi..hehehe. Marah bunyinya. Tak ler marah geram sikit je.

Oh ye citer pasal perosak ni, baru-baru ni balik kampung singgah kat pasar malam Rembau jap. Beli makanan sikit dan paling best jumpa sesuatu untuk cik titi di rumah. Bila balik rumah terus letak kat ayam baki-baki dan tak sampai sejam kedengaran bunyi cik titi menjerit, hehehe jerat dah kena. Cik titi tak makan saman, dah bagi amaran pun masih main kejar-kejar lagi...kan dan kena hihi.

Itu je nak citer sebenarnya, tapi terpanjang pula celoteh.














No comments:

Post a Comment