Monday 26 October 2015

Tips Renovasi Rumah Baru: Apa Yang Perlu Anda Tahu Serta Persediaan Mental dan Fizikal ~Bahagian 1

Assalammualaikum salam sejahtera. Yesza...kunci dah dapat rumah dah siap boleh pindahkan. Tapi nanti dulu kasi baca betul-betul kasi hadam segala selok belok nak masuk rumah baru ni (maaf jika apa yang ditulis tidak sama dengan pengalaman anda, rujukan sahaja ye). Tajuk tu bunyinya serius macam berat sangat masalah nyer..hihih takdela biasa-biasa je chillax..take it easy.

Sebab kita cerita pasal renovasi rumah baru maka ana akan fokus cerita RENOVASI RUMAH BARU lah ye. Kalau nak cerita pasal rumah lama boleh jugak cuma lain sikit lah kot sebab rumah baru ni banyak benda yang kalau diusik waranti pun bye-bye lah kat kita. Masa rumah apartment dulu ada lah buat sikit-sikit tu pun takat pasang kitchen cabinet (KC) nak baca boleh refer sini, cat-cat sikit dan pasang lampu kat ruang makan tu je. Masa ni tak buat banyak sebab rumah sub-sale grill dah ada, rumah pun sedap duduk, lagi pun duit tak berapa nak mandang sangat hahaha dan hanya mampu buat ikut keberadaan masa tu. Jadilah janji selesa.

Okey, first thing selepas ambil kunci, dah pergi tour semua dah amik bau maka setkan 1 hari yang mana hari tu namanya QC day daaa.Yang ni kalau boleh nak kepuasan lebih buat lah sesorang tapi kalau kudrat terhad dan nak semua orang ada sense of belonging makanya ajakla reramai umat yang bakal duk dalam tu, keje pun siap cepat ye dok. Ok masuk tu baca lah apa patut, sedekah-sedekah skit al-fatihah kat mak ayah kita sebabnya sure lah deme pun doakan kita ni dapat duk rumah sendiri tak kisah la kecik ke besor ke rendah ke tinggi ke kan. Pastu sedekah la kat sesapa yang kita teragak tu. Ok kemudian masuk rumah tu jangan lupa bagi salam, sekurangnya sesapa yang kita tak nampak dalam tu tau kita dah datang nak berumah kat situ (cicak pun kadang-kadang kita tak nampak kan hihi). Pastu bagi yang bukan muslim diaorang pun ada cara deme sendiri..acik tau la acik dulu kan duduk dengan aunty cina. Pastu jiran-jiran pun ada orang India ada juga bangsa lain-lain. Ok, settle bab ni sekarang kita citer bab defect. Ye, tak semua orang suka part ni tapi ketahui la kalau dah tertulis rezeki kita dapat rumah cantik ~Alhamdullillah tapi jika sebaliknya itu adalah qada dan qadar yang kita perlu terima, jangan risau ada penyelesaiannya. Kadang-kadang beli rumah dengan developer tersohor pun belum tentu rumah kita tu conditionnya tiptop, ana pernah ditanya soalan ni "eh, tak pernah dengar developer tu kenapa beli dengan developer yang tak terkenal kenapa tak beli dengan yang tersohor?" Jawapan ana seperti di atas la, sebabnya ana ni dulu kerja dengan developer, macam-macam dah jumpa, malah mereka yang rival company dulu tu  pun kami kena tau masalah mereka. Ada..cuma biarlah rahsia. Lagi pun ciptaan manusia manalah boleh lawan ciptaan yang Esa.

Ok seterusnya, check la defect dalam rumah, pastikan untuk kepuasan, anda ketuk semua tiles di setiap sisi tiles tu, untuk pastikan tiles tu telah dilekatkan sepenuh dengan simen dan pasir bukan lekat sikit-sikit, tampal bucu-bucu. Kemudian tandakan dengan marker kekal pada mana-mana tiles yang anda rasa ada problem seperti dalam gambar ana ni.

Ni pada ruang dry kitchen

Yang ni kat tangga
Macam rumah ana ni developer dah siap-siap extend dapur sehingga la tinggal 2 kaki belakang rumah so kami ada wet and dry kitchen (hihi dah jadi 1 dah jenuh nak berwet berdry ni). Tau kenapa perlu check tiles ni? Hah Cik Jah, katala dah 5 ke 6 tahun duk rumah ni tetiba anda dengar bunyi meletup sila lah check semua tiles anda kemungkinan ianya pecah dan meletup itu ada.Ada jugak yang baru setahun dua dah kena camni haih lagi lah  merana dan bahaya. Cuba tiba-tiba kita kat tangga, tiles tu meletup mau tergolek Cik Jah semua. Iyelah bila udara, kelembapan dan kepanasan terkumpul memang macam tulah kejadiannya. Kemudian jangan lupa tulis dalam komplen form ye bagi tau bape keping tiles yang problem (setiap ruang buat asing-asing mudah keje deme).

Kemudian, cek saluran air, kadang-kadang deme lupa nak tebuk lubang shower (macam ana kena ni lah hahaha). So tulis jugak dalam form tu. Kemudian cek juga tangki air anda, cek lubang-lubang air yang tersumbat, dan apa-apalah yang tak berkenan di mata. Ok dah settle semua, bagilah form tu pada site office bagi deme masa seminggu dua pastu, siap dan jangan lupa cek balik. Dah puas hati ambil kunci pendua yang disimpan contractor naya je deme yang pegang kunci kita kan. So boleh lah kita step seterusnya dalam entry yang next la ye. Penat menaip kikiki.

Haha kecik-kecik camni pun komplen gak..tak kira

Yang tu pintunya sepatutnya jenis plush wood tapi dapat plastik..sampai la takde stok katanya

Yang ni kena tenung baru nampak, macam retak ke apa

Bertakung dan tersumbat tak kira sila buat sepatutnya dan secantiknya

Yang ni menanggis tengok, punya besar lubang




No comments:

Post a Comment