Monday 26 October 2015

Tips Masuk Rumah Baru: Sediakah Anda?

Assalammualaikum salam sejahtera. Tajuk tu bunyinya serius je dan macam cerita expert sangat. By the way, cerita ni bukanlah dari orang expert, ana ni bukan lah bekerja dalam bidang ni cuma nak sharelah pendapat dan pengalaman, pastu mana tau ada rejeki nak beli banglo corner lot ke hahaahah. Ana pun buat rujukan dari pak cik Google (tak banyak cerita part ni huhuhu) jugak banyak tanya orang dan meriki dengan orang. Disclaimer awal-awal, tajuk memang serius tapi untuk elak bosan menulis maka ana akan merojak macam biasa. Hihihihi.

Okey, first thing sebelum ambil kunci, siap-siap lah duit barang seribu dua (atau mungkin tak perlu, kena pastikan dengan developer), lepas tu call developer minta detail macam apa-apa bayaran tertunggak ke, minta scan kat kita surat pengesahan (Delivery Vacant Possession) pun boleh sebab kita nak kena gi tukar nama kat TNB, SYABAS, IWK, Pejabat Tanah, Majlis Daerah (contoh authority berkenaan). Bila dah settle semua dah tukar segala, boleh la pergi ambil kunci, masa ni patutnya dah tau bape yang kena bayar sebabnya mungkin kena bayar quit rent ke duit sampah ke penalti ke.

Ni contoh DVP letter

Baiklah cerita tentang tukar nama dengan pihak terbabit:

TNB - lain rumah lain initial depositnya kalau apartment RM250 (pernah buat dulu) dan kalau Rumah Teres lebih setingkat RM500, rate ni berbeza ikut jenis rumah. Boleh lawat web TNB untuk lebih detail click sini pun boleh. Isi segala borang berkaitan dan photocopy siap-siap IC (seperti nama dalam SPA), salinan Perjanjian jual beli (SPA) dan bawa bill TNB terdahulu (minta dengan pemaju >>>>biasanya akan diberi sesalinan oleh developer). Masa pergi jangan la bwk genap RM500 sebab mungkin ada bayaran lain lagi macam kami ada tambahan bayaran RM3 (tak ingat untuk apa).

SYABAS - sama jugak isi borang, bawak SPA, IC dan bill lama. Part borang tu boleh je download dr web SYABAS, dah siap isi bawak gi ke SYABAS (yang ni kena ikut anda di wilayah/daerah mana) kalau dalam daerah Petaling gi lah ke SYABAS Jln Templer, PJ tu klu area Ijok  ke Kuala Selangor lah SYABAS nya. Kalau Shah Alam/ Klang pergi lah ke Klang. Ada bayaran rasanya tapi tak ingat berapa. Tapi tak sampai la beratus.

IWK- yang ni paling senang, isi form kemudian fax ke no di web diaorang (tak buat lagi, tak sempat busy sangat). Masa duduk apartment dulu tau-tau dapat surat saman sebab onwer dulu tertunggak banyak. Kami kasi settle dengan onwer lama bila dapat next bill tau-tau dah memang tukar nama siap-siap. Gituuu.

Cukai tanah sila ke pejabat tanah tak perlu bayar apa pun isi borang dan bawa la SPA dan IC, dia tak amik pun SPA tu tapi nak buat reference katanya. 

Selain itu pergila ke majlis daerah tukar nama dalam bil cukai pintu. 

Untuk semua ni ana siap-siap karang surat wakil, sebab yang pergi buat encik mie. Dia kan rajin hihi.

Dah siap semua bawak la bil-bil ni ke opis pemaju, sign surat terima vacant possesion tu bayar mana-mana tertunggak dan dapatlah sekeping surat. Surat ni bawak ke site opis (kalau ambil surat dari site opis makanya lagi lah mudah) terus ambil kunci dan nanti semasa serahan tu wakil pemaju akan bawaklah kita tour rumah cek kunci tu untuk pintu mana hahahha masa ni jugak akan diserahkan pada kita, segala kepala paip dan penutup longkang/waste water tu. Dah puashati sign surah terima kunci, maka yeayyyyyy Alhamdulillah anda kini sudah ada rumah tempat berlindung dan sudah ada 1 hutang yang maha mahal dengan bank hahahaha. Tahniah. Sebelum nak balik tu duk la sekejap dalam rumah amik aura baru tu hihi (saje ni suka-suka, bukan serius).

So next step, ana tulis dalam entry seterusnyalah ye.


No comments:

Post a Comment