Tuesday 21 April 2015

Bank vs Lawyer vs Developer vs Purchaser (Tersepitnya)

Haiii...dalam entry lepas, ana ada cerita pasal bank dan masalah lawyer. Tujuan tulis ni sebagai peringatan pada diri sendiri, mana tau ada rezeki nak beli banglo ke super-duper link ke, boleh buat reference. Sebelum tu, menulis ni kalau boleh tak nak la sebut nama sesiapa. Yelah masing-masing ada nama dan business yang perlu dijaga nanti buatnya lah ada yang terbaca habis lah business dia orang. Cuma kalau orang kata takut ke nak reveal nama depa, for me tak la. Bukti cukup untuk buktikan yang dia orang ni tak buat kerja, sengaja melambat-lambat process dan punya sifat yang akan buat kita ni customer macam sampah. Beza sangat masa ambil loan dengan UOB dalam masa sebulan siap semua.
Cumanya officer bank ni sendiri yang bagitau, at least bila Puan report, HQ tau masalah kami kat sini. Maka Puan, buatlah report pada Customer Care kami. Hah gituuu...maka ana (kalau tak suruh pun memang akan buat) dengan bangganya email 1 karangan yang simple tapi content boleh buat orang gigil. Hmmm. Tapi tak dinafikan kita ni manusia biasa, mungkin branch tu yang tak berapa bagus, hiccups here and there. But the customer care are damn good. Pagi emel, petang reply, esoknya call hari ketiga duit disburse pada developer.
Susah nak paham orang? Memang pun, ana ni jenis yang terus terang. Kalau rasa tak boleh buat bagi tau, jangan bagi alasan yang bukan-bukan. Mula-mula kata esok, kemudian 8hb, kemudian lagi 13hb, sebulan kemudian call lagi  tanya lagi, bagi tau lagi 2 weeks akhirnya dapat tau dokumen tu salah. Sepatutnya bank A tiba-tiba tercas bank B, kenapa selepas sebulan baru bagi tau yang dah salah bank la, salah dokumen la, consent baru dapat lah. Memang ni semua kerja lawyer tapi lawyer tu bank yang pilihkan, bila customer nak guna lawyer sendiri, bank yang tak bagi atas alasan ini adalah peguam panel kami ni. Alahai…
Lawyer plak, jenis lepas tangan. Janji dapat duit. Kerja lepas pada budak-budak baru nak up yang kerjanya 10minit sekali update Whatsapp punya profile picture. Apa kita expect pada budak-budak camni?(maaf tak semua, di akui ramai yang bagus-bagus). Yang bossnya duit nak tapi kerja tak nak. Paling memualkan, call tak angkat, kalau jawab call pun bagi alasan macam-macam, pergi toilet la, lunch la, meeting la, on the phone la tapi dari belakang boleh dengar dia duk jerit “bagi tau je I pergi toilet”… Macam nilah, ana sebenarnya malas nak marah-marah, taukan kerja tu amanah, kerja tu juga tangunggjawab. Kalau tak buat nanti jawab lah ye.
Hmmm... yang paling tak ana sangka bank hebat punya nama besar tapi mentality dan sikap  mencari kesalahan orang lain sangat-sangat ketara. Cubalah selesaikan masalah dan cari punca masalah tu. Bukan tuding jari cari kesalahan orang lain. Mana kerja nak jalan kalau macam tu. Haihhh...kalau mentality macam ni sentiasa dan tak berubah memang tak kemana lah kita.
Ok, ana nak kongsi kronologi dari kisah ni, mana tau nanti dapat rezeki lebih nak beli bangle eh eh..banglo atau super duper link (minta dijauhkan jumpa orang-orang yang macam ni):
Tarikh
Perkara
Contact Person
Dokumen Sokongan
17 Jun 2014
Bayar booking fee sebanyak RMxx,000
Salesperson pemaju
Receipt dated 17 Jun 2014
18 Jun 2014
Hantar permohonan pinjaman kepada bank
PIC bank
Salinan borang, IC, receipt booking dan surat sokongan syarikat
23 Jun 2014
Loan diluluskan, terima Letter of Offer serta beberapa borang dan dokumen
PIC bank
Salinan surat
23 Jun 2014
Tandatangan Letter of Offer, borang dan dokumen dan pulangkan kepada bank
PIC bank
Salinan surat
7 Julai 2014
Terima Surat Perjanjian Jual Beli (SPA), borang 14A, borang TNB, SYABAS, surat persetujuan untuk gated & guarded
Wakil SPA lawyer
Salinan mukasurat penting SPA, borang-borang berkenaan
7 Julai 2014
SPA ditandangani dan diserahkan kembali kepada peguam SPA, bayar RMxxx.00 kepada SPA lawyer
Wakil SPA lawyer
Salinan mukasurat penting SPA
18 Julai 2014
Lawyer  called, borang yang telah ditandatangani pada 23 Jun 2014 adalah borang lama, bank dah guna versi lain. Pergi ke office lawyer untuk tandatangan semula surat/borang dari   bank (version baru)
Lawyer
Dari dokumen version V5 ke V6
10 Sept 2014
Terima salinan Invoice dari pemaju kepada bank
Expiry date: 10 Oct 2014
Wakil pemaju
Invoice No.   xxx
 2 Oct 2014
Tandatangan Supplementary Letter of Offer dari bank 
PIC bank  
Salinan  Supplementary Letter of Offer
16 Oct 2014
Terima “Letter of Confirmation and Undertaking
Wakil SPA lawyer
Berserta set document dari
-salinan emel
-kelulusan kebenaran pindahmilik dari pemaju ke pembeli pertama
12 Dec 2014
23 Dec 2014

30 Dec 2014
8 Jan 2015
Terima surat dari   Lawyer (salinan) kepada bank untuk perlepasan loan
Call lawyer, consent baru dapat (aikkkk)
Call lawyer, consent salah (???)
Call branch, dokumen salah. Tercas atas bank lain. Consent salah (again??)
Lawyer
Lawyer

Lawyer
Bank/Lawyer
 Attachment beberapa dokumen


 -


 -

 -
19 Jan 2015
Menghubungi Khidmat Pelanggan bank. Diminta membuat aduan bertulis kepada pihak bank. Email ke bank berkenaan pinjaman perumahan telah dihantar pada hari yang sama kerana masih tiada tindakan apa-apa sehingga 16 Jan 2015. Petang Customer Care bank call.
Customer Care
(1 300 xx xx xx)
Email bertarikh 19 Jan 2015 sebagai rujukan
20 Jan 2015
Terima balasan email dari pihak bank memaklumkan email berkenaan telah dihantar ke unit aduan No. Ruj. xxx
Email bertarikh 20 Jan 2015 sebagai rujukan
21 Jan 2015
Dihubungi oleh pihak   bank berkenaan pinjaman, bertanya beberapa soalan dan mengakhiri perbualan dengan “Puan tidak perlu ke cawangan atau menghubungi cawangan, ia akan diuruskan oleh pihak bank sendiri”. Loan disburse.
 (bahagian unit aduan)
(10.01a.m –   03-2000xxxx)
22 Jan 2015
Terima SMS dari   xxx28, memberitahu loan telah dibayar
xxx28
SMS-10.41a.m
Citernya sikit lebih kurang lah macam kronologi nih, yang ni sendiri karang, bahasa pun sendiri paham supaya senang nak tau progress(nak harap lawyer memang tak la sampai la tak dengar bunyi apa pun, call pun bagi alasan saya cuti seminggu..pfff) . Hasil kelembapan dan ke"somethingan" pihak-pihak berkenaan terpaksalah bayar penalty RM2+++. Tak bayar tak dapat kunci. Itu pun bulan 2 baru dapat kunci, pun kena tunggu sebab SPA lawyer tak dapat lagi surat apatah dari bank. Haihhhh....time nak mintak 1st payment kemain lagi, seminggu sebelum 1hb dah call bagi tau. Cisss. Ok be prepared for GST. Ni nak renovate rumah pun nak kejar GST. Padahal nak pasang grill je but still....Ok tu je kat bawah ni contoh lakaran rumahnya.

Ni gambo yang artist lukis

Ni view dari atas (artist impression yoyoooo je)  

No comments:

Post a Comment