Monday 20 April 2015

Bagan Pasir lagi...

Pergh pergi sana lagi? Hihi jalan-jalan sambil membeli-belah katanya. Kali ni pergi dapat tengok ikan naik. Walaupun bukan ikan besar tapi seronok jugak la plus kagum. Oh macam tu orang bawak naik ikan rupanya. Ketam hidup lagi masa ni tu yang tambah excited.
Masa ni belum ada GST (bulan Feb) lepas GST tak tau la harga terkini berapa. Masa ni tenggiri antara RM20 ke RM35, ketam antara RM13 ke RM20 bergantung pada size ketam, sotong RM20, kembung RM8, ikan sebelah RM20 lebih kot tak silap, senangin RM30 lebih camtu la semuanya dalam KG.
Oh macam mana nak pergi? Sila refer entry terdahulu. Seronok, kat sini macam-macam orang kita boleh jumpa. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Bagusnya dapat tengok cara hidup dan memahami orang lain kan (cuba memahami actually).
By the way, gambar ketam tu ana ambil dan whatsapp ke group family, sebabnya ana dapat semua ketam berkaler gitu cuma beza oren pudar, kuning atau pun oren terang. Takut nak makan, mana tau allergic tak pasal-pasal jadi lain.

Pak cik ni tengah kira harga ketam, tapi belum habis kira ketam pun habis hihi

Dalam tu udang belang-belang banyaknya, dalam bakul ikan belanak

Nilah rupa ketam dan ikan yang baru naik

Hoyeh...telur ketam rupanya


No comments:

Post a Comment