Monday 28 April 2014

Psst...pizza di rumah katanyer

Haha..tajuk ala-ala gosip gitu. Padahal takde apa pun, nak mengabadikan resepi pizza dan gambarnya yang tak seberapa di sini. Mana tau next time rasa-rasa dah bosan dengan Domino's (which is never... I think) boleh la buat pizza di rumah hahaha. Buat dah lama nak tulis tu yang kena ada semangat. Almaklum lah orang kalau rajinnya bertempat memang macam ni.

Homemade pizza…mudah sebenarnya cuma itula rajin dengan tak je kita ni nak buat di rumah. Bahan-bahan pun mudah. Cuma kalau kesuntukkan masa order dari Dominos pun aci jer.

Untuk doh ana buat basic doh – tepung gandum 2 cawan, yis setengah paket, air 1 cawan, gula atau madu 1 sudu, minyak dalam 1 sudu, 1 sudu susu(tepung boleh full cream pun boleh), garam secukup rasa dan germa gandum (jagung yang dikisar halus juga bagus, Cuma ana tak letak, yang ni sekadar digunakan masa nak mencanai doh dan alas dalam dulang bakar, nama pun homemade yang mudah-mudah aje la ye).
Ok caranya, yis tu campur dengan air dan gula, biarkan yis bertindak. Satukan tepung, garam, susu kemudian buat lubang tengah-tengah, masukkan yis. Gaul hingga menjadi doh, agak-agak kurang air tambah sedikit demi sedikit.  Kemudian sapu minyak dalam bekas tempat doh, letak doh, biarkan sehingga naik gebu menggebu. Agak-agak dah 30 minit cer try test, tumbuk-tumbuk skit uli-uli skit.

Pastu bahagikan kepada 2 atau ikut nak besar mana, canai ikut nipis mana yang diperlukan. Letak filing ikut suka. Antara filing paling mudah, sos prego, sapu atas pizza, tabur cheese yang diparut, letak daging ke sosej ke mushroom ke dan tabur semula cheese parut tu. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 160 celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak. Yezza dah dapat pizza.
Jadi ini adalah pizza sebelum dibakar.


Kejadian seterusnya adalah seperti ni...


P/S: Tapi sebenarnya yang atas tu bersos tomato yang bawah ni guna bechamel sauce. Semua ni adalah rekaan dan try and error ana. So memang ada la silap-silap di banyak tempat, jadi kesilapan tak perlu dikesali sebabnya kalau menyesal bila buat salah, kita tak akan dapat belajar benda yang betul sampai bila-bila. Cuma ambillah iktibar dari kesilapan tersebut dan cuba untuk perbaiki, jadinya ana confess kat sini yang dough pizza is a bit keras bila sejuk. Jadinya sila la makan panas-panas..hiks...sebenarnya ana rasa, ana kurang uli tepung (sebab leka tengok drama) dan ana bakar dengan kaedah yang tak betul. Tapi takpe ana akan buat post mortem...lagi dan try sehingga jadi...so anything, I will update...cuma masa tu bila hehehe tak pasti.

No comments:

Post a Comment