Saturday 21 September 2013

BEN-10 untuk Ammar

Kali ni order dari Kak Hani Haizan dari Kerinchi, ambil order ni pun depan Angkasapuri. Order untuk anaknya Ammar Haizan sempena birthday yang ke 4. Ammar ni cute sangat, siap nak ikut kakak ni balik haha...bila dia tengok Ben-10 tu suka betul, Alhamdulillah...harap-harap Ammar cepat sembuh, baru je semalam Ammar discharge dari hospital kata Kak Hani.

Katanya dia nak chocolate moist cake buttercream putih dan pink, tampal gambar BEN-10 dan deco ikut suka, janji cun...sempoi la Kak Hani. Pastu dia pun tanya boleh la selalu order, boleh je kak...bila ana free boleh sangat...tapi kalau tengah busy tu insya Allah, ana akan cuba sedaya upaya. Mana-mana terkurang ana minta maaf ye...

Ana ni, Sabtu memang payah nak kemana-mana, kadang-kadang Ahad pun sama, biasala orang tua gi belajar semula memang sangat memberangsangkan hahaha.

Ok, gambar dari beberapa side of the cake...titu...

Top view

from side

No comments:

Post a Comment