Wednesday, 23 January 2013

Sekadar bercerita

Semangat cuti kata kawan yang call baru-baru ni. Cuti apa ye? HoOoOo tengok kalender baru ler nampak. Maaf la saya ni keje company 'obersee' mana ada cuti-cuti nih...untuk makluman Raya Haji pun tak cuti tau sedeyyyy...tula dulu nak berenti sangat sebab nak lari mulut naga, walaupun saya tau saya masuk mulut rimau, tapi takpela masuk mulut rimau pun rimau manja. Tak cuti untuk hari-hari berikut so next time bila baca blog ni ana ingat la hari apa ana tak cuti KHA..KHA..KHA (bos ana kalau dalam sms dia gelak camni ler hihi):
  • Maulidur Rasul
  • Thaipusam
  • Wesak
  • Nuzul Al-Quran
  • Hari Raya Haji
  • Awal Muharram
Pasal update? Kadang-kadang ana free ana update, ana rajin ana update, ana punya broadband sihat ana update, ana ada idea ana update so kesimpulannya semua ni pokoknya ana. Blog ni ana buat memang untuk simpan dan tayang (tak menahan hahaha) gambar-gambar hasil kerja tangan dan kerja keras tangan ana hehehe..tapi as per header blog ni..so ana bebas untuk bercerita apa yang ana nak cerita, bukan apa, ana ni pelupa mungkin dulu ana pernah buat kek ni dan sekarang nak buat lagi tapi ana lupa bahan so refer la blog ni. Atau mungkin juga customer ana cakap camni "ala, buatkan kek macam yang you pernah buat untuk si polan tu" so sini juga la tempat ana merujuk kek si polan tu macam manakan. Sekarang ni durian dah takde musim jadi crepe durian pun dah semakin menyepi, kalau ada cerpe pun oreo dan mangga saja ~ order untuk yang ni kurang berbanding durian. Tapi pavlova masih lagi banyak permintaannyer...so sekarang ni atau dengan kata lain peti saya sentiasa ada pavlova hehehe...dan wajib la ada strawberry juga (coz ni la buah paling berseri hehehe). Okla penat merepek tah apa-apa..cau dulu...


Yang ni tunggu nak bagi tuan-tuan nya


Close up skit


2 comments:

  1. Sedapnyerrr pavlova..satu bekas ni berapa ringgit ana? Droolinggg ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1pek ni RM8 wani...kemanisan tahap boleh diterima tekak hahaha..

      Delete