Saturday, 18 May 2013

Hari Ibu

Salam semua. Minggu ni banyak terima tempahan untuk Hari Ibu, walaupun Hari Ibu disambut pada 12 May yang lepas. Pada ana Hari Ibu adalah hari-hari, walaupun mak ana tak di sini tapi hari-hari ingat kan dia. Sebulan sekali pasti jumpa dia. Mak lebih suka duduk di kampung, ajaklah macam mana pun datang dan duduk dengan kami, jawapannya seorang pun tak mengapa. Katanya lagi, puas dah duduk di bandar lagi pun aktiviti mak pun banyak, ke masjid ke surau ke rumah kenduri ke kebun dan banyak lagi. Hujung bulan ni mak dan adik-adik akan ke Bandung, wah seronoknya (tapi tak boleh ikut sekali, masa ni hari-hari ada meeting). Selagi kita ada ibu dan bapa maka hargailah mereka, mungkin mereka kadang-kadang marah dan bila marah cakap apa saja yang terlintas di hati dan di fikiran, tapi percayalah semua tu tak terlekat pun dalam hati dan fikiran mereka. Mereka marah sebab sayang bukan marah benci.

Ok la sekarang ni nak share gambar-gambar order Hari Ibu, eh lupa ada juga order sempena hari guru. Terima Kasih Cikgu....layannnnn....

Untuk cikgu


Lemon Poppy Seed Butter Cupcake

Red Velvet Cuppies


Cheese Tart


Amazing Sabah - sayonara...

Tak banyak aktiviti, sebabnya masing-masing layan mood perut bergelora. Setakat ke pasar kraf dan jalan-jalan di tepi pantai, tu aje. Pukul 1.30 kami dah terpacak di KKIA. Panjang umur, jumpa lagi SABAH.




Suria Sabah

sempat shopping sebelum fly


Friday, 17 May 2013

Amazing Sabah Day 3 - tragedy

Wah tajuk tu bertambah 1 perkataan. Lambat masuk entry ketiga ni, nak upload gambar pun susah, takpe masuk mana boleh dulu nanti kita upload kemudian.

Ermmm...sebenarnya tragedi bermula dari malam tadi, geramnya. Ana sebelum ke Sabah dah plan dan prepare semuanya termasuk la sewa kereta. Mula sampai ana dah call dan remind hantar kereta ke hotel bila dan pukul berapa. Malam tadi jangan kata OK angkat phone pun tidak. Ok fine tak pe just wait for tomorrow, I though. Tapi pagi ni 'am pissed off' dia memang tak angkat phone dan memang tak nak sewa kereta. Hmmm...takpela that's not the end of the world. Alternative, I took the brochure from lobby. Namanya Kevin tapi tiada kereta, if ada pun need to wait until 10a.m, wohooo mau jalan jauh ooo. Kan dalam entry day 2 ana ada cerita pasal encik tu? so ana contact dia (walaupun tau dia sudah tiada kereta, just try my luck) and he is a very nice person. Dia memang tiada kereta. But he help me to call his friend--Alex to send me a car. I hanya tau dia call Alex bila I isi form sewa dan form tu kepalanya tak sama dengan agency encik tu, Alex bagitau encik tu call mintak hantar kereta ke tempat kami.

Sangat bagus Alex ni (Alhamdulillah sepanjang di sini orang yang ana jumpa semua baik-baik dan ringan tulang) kereta dia sangat bersih dan kerta baru. Ana sewa saga 1.6 SE FLX auto, RM170 exclude insurance RM18.00 berserta deposit (refundable) RM150. Condition kereta tip top, cun melecun. Isi minyak RM50 full tank. Ana dah biasa bawa kereta ni coz my sister guna kereta yang sama so tiada masalah lagipun En. Mie yang drive. Gerak ke Kundasang ding dong ding dong dalam 9.30 pagi.

Dalam perjalanan jumpa rumah terbalik (tak ambil gambar pun), jambatan tamparuli, nama tempat pelik 'Bundu Tuhan' dan gerai-gerai sinalau bakas (hukhukhuk melambak sepanjang jalan) serta gereja-gereja dan bulatan yang banyak (simpang 3 kurang).

nama tempat ni BUNDU TUHAN
Sampai pekan nabalu ada orang jual-jual tapi tak singgah, En. Mie kata balik nanti lah. Hmmm ok. Masuk je Kinabalu Park tu dah pukul 12 tapi lepas bayar entrance fee RM3 seorang kami naik lagi ke atas (hebat jugak kereta ni naik gunung). Sampai pintu tempat mendaki tu cuaca macam tak berapa je. Gunung pun tak nampak. Ambil gambar skit, kami bayar RM5 (kat pondok Timpohon) masuk ke dalam kawasan pendakian, tapi cuma sampai 0.5km je--masa tak megizinkan lagi pun pakaian cantik sangat, tak sesuai.
Buah hutan











Puncak Kinabalu yang pemalu

Pintu masuk ke Taman Kinabalu



Kemudian gerak ke Kundasang beli la kerepek ubi dan kuih cincin, kemudian cari jalan ke Desa Cattle, hmm..payahnyer sebab papan tanda tak perasan, padahal senang je. Makan ais krim dan minum susu, ambil gambar. Tempat ni cantik background Gunung Kinabalu cantik sangat. Kemudian gerak Kundasang War Memorial Park dan solat di masjid atas bukit ni (ni masjid pertama kami jumpa).


Pasar Kundasang



Lombu @ Desa Cattle Sabah


Kolam-kolam air panas

Sangat panas, siap keluar asap

Gerak ke Poring, lepas Ranau perjalanan ke Poring En. Mie dah lain macam. Sakit perut katanya. Jauh jugak 40km kot dari Taman Kinabalu ni. Sampai je En. Mie cari toilet dan condition dia sangat teruk. Ana drive balik, plan nak singgah KFC Kundasang (itu je yang ana boleh percaya setakat ni) nak bagi En. Mie makan sebenarnya. Masa ni Gunung Kinabalu sangat clear, cantik sangat, macam dinding yang besar tapi masa ni juga la ana rasa macam nak pitam, nak muntah, sangat pening dan tak tau nak cakap apa lagi. Dahla jalan tiba-tiba slow, ana drive dah memang out of control rasanya, sampai KFC ana tinggalkan En. Mie dengan kereta, tak boleh tahan. Both of us fully utilise toilet KFC tu, memang teruk. Tiba-tiba tu la air takde aiseh. Ana tunggu lagi makan ubat sakit perut dan charcoal yang ana bawak tapi memang  tak boleh nak pikir apa-apa masa ni. Sedang menenangkan diri tiba-tiba elektrik pulak off. Satu pekan black out. Pukul 7 sana dah macam pukul 9 kat semenanjung, dengan hujan lagi. Mana tak tragedinya.



Bagi En. Mie cool down ana pun plan nak cari klinik. Tapi klinik kampung pukul 5 dah tutup. Minta tolong staff KFC (namanya zila) ni tunjukkan klinik kesihatan untuk kecemasan, boleh call katanya..tapi sume tu sia-sia. Drive la dalam hujan dan dalam sakit perut tu. Ana rasa tak larat nak drive balik KK so plan cari hotel--sedihnya penuh ada pun tinggal yang mahal, zila carikan homestay..ok not bad, bilik pun cantik. Tapi banyak yang ana pikir dan rasa macam kena balik KK juga.

Akhirnya ana gagahkan diri untuk drive balik ke KK, ana pernah drive dalam keadaan yang extreme macam ni cuma orangkan kata area Kundasang, Kinabalu ni berkabus, jalan berbukit dan berliku serta conditionya tak berapa sangat..tambahan lagi hujan dan ada banyak tanah runtuh dan jalan yang sedang di upgrade. Tapi beranikan jugak. Jam 9.30 sampai ke KK, wah..mencabar. Mengigil drive (padahal driving experience lebih dari tahap lesen P hihihi).

Balik memang collapse (actually seminggu jugak merana, sampai balik kampung minum air kelapa baru ok).
 Next entry-last day.

Monday, 13 May 2013

Amazing Sabah Day 2

Hari kedua tak banyak nak diceritakan. Seperti perancangan kami akan gerak ke Manukan 'Island'. Di sini 6.30 dah terang macam pukul 7, cerah sungguh. Bayangkan 7.30 pagi kami dah bersiap untuk ke pulau. Panggilan pulau kuat sungguh. Hari kedua kami hanya guna teksi. Rugi sewa sebab sepanjang hari orangnya akan melepak di pulau. Lagi pun teksi melambak depan hotel ni, wah terlupa pula hari ahad ada pasar Gaya, teringat pun sebab driver teksi bawak jalan lorong pasar tu. Ermmm takpe maybe next visit.


Gerbang Kebanggaan jeti ni
 




Sampai di Jesselton Point/ Jetty kami terus masuk dalam terminal dan pergi ke kaunter. Actually driver teksi suruh kami ke kaunter 8 'Aparu' tak silap namanya tapi kami pergi ke Sunny Rainbow sebab tu je yang nak layan kami yang lain busy hihi. Beli tiket (speed boat + jetty tax ke apa tah RM7.30) untuk 2 orang siap sewa gogle RM70. Kemudian cepat-cepat ke bot sebab dah nak gerak dah bot 8.30pagi.






Bot kami naik hantar orang ke Mamutik dulu (ermm...nampak biasa-biasa saje, sebab mungkin tempat tu penuh macam nak buat kenduri dengan khemah besarnya hihi). Kemudian barula hantar kami ke Pulau Manukan. Benda pertama ~ Subhanallah cantik ciptaan Allah. Kemudian abg bot tu explain la pasal snorkelling kat mana best, belah mana banyak coral, belah mana coral mati dan juga dia tunjukkan tempat nak salin pakaian dan kami pun apa lagi cepat-cepat la bayar lagi entrance fee RM3/person sebab tak sabar nak tengok ikan hahaha. Tapi ana dah plan awal-awal lagi, pergi sana pakai skirt ko tapi kat dalam dah ready dah, sampai terjun je lagi hihi. Oh ye abg bot juga offer kami kalau-kalau nak buat parasailing, harganya RM180 lepas diskaun RM150. Aduh itulah plan ana tapi En. Mie kata "tengok ikan la sampai puas". Ye saya tau saya suka ikan.

















Mandi-manda (ermmm mulanya 5-6 kali fikir nak terjun ke tak---semangat sangat tadikan..maklum la matahari terik kot, mau rentung nanti. Ishhh... terjun jela bila lagikan). Kononnya 2.30 petang baru nak balik. Tapi rupanya ana bukan la hantu air sejati, 1.00 petang dah siap untuk balik huhuh..terukkan. Oh ye masa snorkelling tu sangat seronok. Macam-macam ikan ana jumpa. Ada kerapu bara, pari, nemo..oh banyak lagi.














Sebelum siap-siap balik, kita orang pusing pulau dulu. Wah manarik jugak pulau ni macam-macam ada. Bahagian sebelah lagi pulau cantik juga tapi tak boleh mandi, kawasannya berbatu-batu. Lepas siap-siap ambil gambar semua kami pun dudukla menunggu bot kat jeti yang sesak. Time ni lagi banyak nampak ikan, todak pun ado. Hmmm kat sini naik je mana-mana bot yang sampai. Lantak la dari syarikat mana pun dia orang ok je, hujan mengiringi kami sampai la ke Jesselton Point. Lunch di Nasi Padang Ibu.





Balik hotel, melepak la tengok TV dan ZZZzzzzZzz, malam lepas isyak kembali ke pasar malam dan seafood lagi. Lepas makan jalan-jalan kat Centre Point Sabah, jumpa 1 agency ni, wah murah betul pakej mereka. Parasailing yang ana nak sangat tu RM80 sahaja. Pakej ke pulau siap set snorkelling, bot dan segala mak nenek fee serta lunch RM70/person...oh murahnya. Kami tanyakan juga tentang kereta mana tau murah. Ermm...lebih kurang je. Cuma untuk esok iaitu hari ketiga kami kereta tiada sudah habis disewa. Huiiii...ramainya orang datang Sabah ye, di semenanjung punya la kecoh isu Lahad Datu tapi orang-orang kat sini relax je macam nothing happen at all. Encik ni juga menawarkan pakej ke Kinabalu RM170 seorang termasuk segala fee dan lunch jika mahu jalan ke Desa Catle tambah saja RM15..berbaloi-baloi (which for me is a good package). Selepas sesi ber'Q&A', balik hotel rehat and get ready untuk esok.



Nantikan sambungan hari ketiga.