Hari kedua tak banyak nak diceritakan. Seperti perancangan kami akan gerak ke Manukan 'Island'. Di sini 6.30 dah terang macam pukul 7, cerah sungguh. Bayangkan 7.30 pagi kami dah bersiap untuk ke pulau. Panggilan pulau kuat sungguh. Hari kedua kami hanya guna teksi. Rugi sewa sebab sepanjang hari orangnya akan melepak di pulau. Lagi pun teksi melambak depan hotel ni, wah terlupa pula hari ahad ada pasar Gaya, teringat pun sebab driver teksi bawak jalan lorong pasar tu. Ermmm takpe maybe next visit.
Sampai di Jesselton Point/ Jetty kami terus masuk dalam terminal dan pergi ke kaunter. Actually driver teksi suruh kami ke kaunter 8 'Aparu' tak silap namanya tapi kami pergi ke Sunny Rainbow sebab tu je yang nak layan kami yang lain busy hihi. Beli tiket (speed boat + jetty tax ke apa tah RM7.30) untuk 2 orang siap sewa gogle RM70. Kemudian cepat-cepat ke bot sebab dah nak gerak dah bot 8.30pagi.
Bot kami naik hantar orang ke Mamutik dulu (ermm...nampak biasa-biasa saje, sebab mungkin tempat tu penuh macam nak buat kenduri dengan khemah besarnya hihi). Kemudian barula hantar kami ke Pulau Manukan. Benda pertama ~ Subhanallah cantik ciptaan Allah. Kemudian abg bot tu explain la pasal snorkelling kat mana best, belah mana banyak coral, belah mana coral mati dan juga dia tunjukkan tempat nak salin pakaian dan kami pun apa lagi cepat-cepat la bayar lagi entrance fee RM3/person sebab tak sabar nak tengok ikan hahaha. Tapi ana dah plan awal-awal lagi, pergi sana pakai skirt ko tapi kat dalam dah ready dah, sampai terjun je lagi hihi. Oh ye abg bot juga offer kami kalau-kalau nak buat parasailing, harganya RM180 lepas diskaun RM150. Aduh itulah plan ana tapi En. Mie kata "tengok ikan la sampai puas". Ye saya tau saya suka ikan.
Mandi-manda (ermmm mulanya 5-6 kali fikir nak terjun ke tak---semangat sangat tadikan..maklum la matahari terik kot, mau rentung nanti. Ishhh... terjun jela bila lagikan). Kononnya 2.30 petang baru nak balik. Tapi rupanya ana bukan la hantu air sejati, 1.00 petang dah siap untuk balik huhuh..terukkan. Oh ye masa snorkelling tu sangat seronok. Macam-macam ikan ana jumpa. Ada kerapu bara, pari, nemo..oh banyak lagi.
Sebelum siap-siap balik, kita orang pusing pulau dulu. Wah manarik jugak pulau ni macam-macam ada. Bahagian sebelah lagi pulau cantik juga tapi tak boleh mandi, kawasannya berbatu-batu. Lepas siap-siap ambil gambar semua kami pun dudukla menunggu bot kat jeti yang sesak. Time ni lagi banyak nampak ikan, todak pun ado. Hmmm kat sini naik je mana-mana bot yang sampai. Lantak la dari syarikat mana pun dia orang ok je, hujan mengiringi kami sampai la ke Jesselton Point. Lunch di Nasi Padang Ibu.
Balik hotel, melepak la tengok TV dan ZZZzzzzZzz, malam lepas isyak kembali ke pasar malam dan seafood lagi. Lepas makan jalan-jalan kat Centre Point Sabah, jumpa 1 agency ni, wah murah betul pakej mereka. Parasailing yang ana nak sangat tu RM80 sahaja. Pakej ke pulau siap set snorkelling, bot dan segala mak nenek fee serta lunch RM70/person...oh murahnya. Kami tanyakan juga tentang kereta mana tau murah. Ermm...lebih kurang je. Cuma untuk esok iaitu hari ketiga kami kereta tiada sudah habis disewa. Huiiii...ramainya orang datang Sabah ye, di semenanjung punya la kecoh isu Lahad Datu tapi orang-orang kat sini relax je macam nothing happen at all. Encik ni juga menawarkan pakej ke Kinabalu RM170 seorang termasuk segala fee dan lunch jika mahu jalan ke Desa Catle tambah saja RM15..berbaloi-baloi (which for me is a good package). Selepas sesi ber'Q&A', balik hotel rehat and get ready untuk esok.
Nantikan sambungan hari ketiga.
No comments:
Post a Comment