Dijadikan cerita, Tabby dah beranak. So fur kids ada 3 ekor semuanya. 1 gegirl 2 boboy. Masa kecik kami tak sabar nak tunggu depa besaq, la ni dah besaq kami pulak yang tak larat nak layan depa nih. Hamboi kalau berlari habis serumah depa kerjakan. Acik Mie lah orang paling tabah melayan depa. Acik ana garang sikit, so depa tak suka kat acik ana hihi.
Pasu bunga so far dah pecah dua, bagussss...kurang sikit barang nak bawak pindah hehehe. Macam-macam yang dah depa pecahkan setakat ni tak larat nak layan. Sampai acik mie pernah cakap, "kenapalah perangai korang ni tak macam Debu kat kampong tu, baik budi pekerti (Debu, Debik, Katsumi dan 1 lagi serta Alice adalah antara kucing-kucing mak kat kampong.)
Depa dah kena vaksin last month, gara-gara flea yang berlambak sampai naik seriau, vet tu kata boleh kumpul buat kacang goreng (bhahahaha). Nama fur kids ni Cede, Cene and Cokin. Vet tu kata kenapa si Cene lain dari yang lain? Kesian. Hihihi.
Klinik tu kat Tampin, kat kg cheq la. Adik ipaq punya so rege pun rege sedara hihi (tq adi).
Ok lah ni antara gambar depa time baik, time cheeky and time nakal tak hengat.
Saya Cokin |
Saya Cede |
Kami mangsa keganasan fur kids |
Yang tengok TV tu Cene (paling nakal and hyperactive) |
Apa jelah keje budak berdua ni |