Tajuk tu macam citer filem (yang memang tak layak ke pawagam hehehe).
Alkisahnyer satu hari Encik Mie bawak balik order-order dari kawan-kawan dia. Ada 1 special order, katanya untuk wife kawan dia, nak kek buttercream ~ krim mesti kaler pink, hiasan tak kisah janji tulis Happy Birthday/ Selamat hari Lahir Lela, so sweet. Jadi temanyer ana pilih garden, tepi-tepi kek patut ada coklat so nampak macam tanah...tuan kek kata nak pink so tanah pink, nak effect tanah buat la keluk-keluk yang tak berapa cantik. Hahaha...gambo kat bawah hasilnyer...tak seberapa pun..saya budak masih belajar
Tuan kek minta hantar hari Sabtu, ke kilang tempat keje dia dalam kul 3 petang. Disebabkan Mie ada kelas wiken so pepaham je la, mem ni maleh plak nak gi menghantar, oleh kerana kebetulan nak gi ambil hadiah kat Korean Wallpaper kat sebelah IOI tu, maka dengan bangganya gi tau kat kawan Mie yang kami akan hantar hehehe...rajin tak?free delivery tau...nun kat BK2, Bandar Kinrara tu. Lela? tak kenal pun husbandnyer kata dia sangat pemalu...huhu..hokey takpe janji dia suka dengan kek ni kira ok la tu. Chocolate moist with buttercream.
Special untuk Lela |
Happy Birthday |
view dari tepi |
Citer pasal wallpaper tu, eksyen tau tukang jaga kedai tu. Tau la nak amik benda free macam nak tak nak je dia layan. Erm...disebabkan gi amik 2 hari selepas date dia umumkan pemenang so pilihan pun tinggal yang tah pape. Ye la akhirnya pilih warna hijau sesuai sangat untuk bilik baby hahaha...maybe nak letak kat bilik solat a.k.a bilik buku a.k.a bilik aktiviti saya wahaha...sebenarnya tu hadiah pertandingan kat iProperty.com.my. Tak tau la nape mak cik ni rajin bebenor submit entry and pecah-pecah kepala pikir slogan hihi. Hokey la tata titi tutu...
No comments:
Post a Comment