Tuesday, 23 July 2013

Melty Hershey yang enak dan Brownies Cheese

Assalammualaikum...Selamat Berpuasa...hari ni dah masuk hari ke-14 kita berpuasa Alhamdulillah. Pada diri sendiri ana nak ingatkan banyakkan amalan yang baik amalan yang mendatangkan pahala dan keberkatan. Juga kurangkan amalan yang tak berfaedah atau lebih baik tinggalkan amalan yang tidak baik. Kadang-kadang sebagai insan biasa kita tak terkecuali dari melakukan perkara-perkara yang salah, sama ada bertentangan dengan agama (contoh mudah, tersepak batu lalu kita maki batu tu...alangkah...) atau undang-undang (yang ni contoh mudah langgar traffic lite..hohoho bahaya).

Amboi mentang-mentang lama tak hapdate banyak plak nak membebel. Sejak bertukar kerja ni, life jadi lain kebetulan pula kena dengan bulan ramadan lagi la lain, kemudian sambung semula study, oh lagi la lain sangat. Rasanya sekarang ni mungkin orang dah sibuk kemas rumah, tukar langsir, cat rumah (tolong cat rumah mak kat kampung je la)..tapi...ana tak buat semua tu. Ntah kenapa malas sangat sekarang. Tengok langsir..ermmm...cantik lagi tak perlu tukar, lagi pun kalau orang datang rumah bukan diaorang tengok ye tak? Hehehee...dasar sangat.. tu dia..merepek dah...

Gambar yang ana masukkan ni gambar-gambar awal bulan July tahun ni (nasib tahun ni labu...). Lama tak membaking rupanya. Kalau baking entah kemana nak minta tolong habiskan. 

Brownies ni order by Diana (which now my ex-colleague) untuk mamanya. Katanya tak tau dah nak bagi kek apa so apa-apa jela. Maka ana fikir brownies cheese mungkin menarik, thank you D. Lepas ni boleh order lagi tau walau pun k.ana dah tak kerja sana ye. Kemudian baki cheese ana buat melty hershey. Resepi ni amik kat dapur Rahel, bahannya banyak yang ana hentam apa yang ada di dapur.


Brownies untuk mama D

Melty Hershey yang enak dan menggemukkan


Ermm...mungkin minggu hadapan ana akan buat 2 atau 3 jenis kuih untuk hari raya. Rasanya yang mudah-mudah saje and of course ada tat nenas resepi family huhu (sangat ler). Itu pun jika kelasnya tak pack sangat. Ok ye kalau sempat akan ana kongsi di sini. Paling tidak kongsi gambar hehehe.

~Thank you~

Saturday, 22 June 2013

Wordless week? Month?

Bersawang, berjerebu semua ada...rasanya lepas ni lagi lah. Bulan depan mula kerja di tempat baru, Alhamdulillah rezeki dari Allah tak siapa tau perancangan-Nya. Kali ni nak masuk semua gambar makanan yang sempat di snap yang ditempah kawan-kawan. Terima Kasih semua, nak order boleh lagi dunia kitakan sekarang tanpa sempadan.

lemon poppy seed butter cake with strawberries filing and freshcream

covered with buttercream ~tq shila lala

Strawberry butter cake with strawberries filing and fresh cream

fruit and buttercream

pavlova with mix fruit

red velvet with super rich cream cheese

Wednesday, 5 June 2013

World Environment Day 2013

Macam biasalah join event ni tiap-tiap tahun cumanya event kali ni company acu buat awal (11052013). Habis la kitaorang sefamily siap bawak kawan-kawan lagi. Kali ni buat di Ladybird Organic farm ladangnya kat Semenyih. Jauh juga la dari rumah, tapi naik bas kan so cool la.

Tahun ni lebih pada aktiviti melawat dan berkenalan dengan pokok-pokok dan herba-herba. Ada macam-macam antaranya Sabah Snake Grass yang katanya antara herba terhebat dan terbagus untuk rawatan kanser In shaa Allah. Kata Mr David (owner ladang ni) abang dia amalkan pengambilan daun ni untuk kolon kansernya dan dia disahkan sihat kembali.

Seterusnya kita orang join aktiviti memasak tanpa api, nama group pun dah kerabu salad so hidangan pun tentu-tentu la salad yang mana salad kami adalah hasil pertembungan timur dan barat (maapla takdo gambar...si Aiman ni pegang kamera betul-betul dia fully utilise, gambar dia saja posing, siapla ada tukang layankan hahaha). Resultnya kami dapat hadiah sempena group yang paling outstanding cecewah...hadiahnya?semua organic huhu, hingga hari ni tak tau nak guna flaxseed tu untuk buat apa.

So layan gambar pula.

ayam organik

model kebun sayur

outstanding group

tempat memasak

anak-anak sawi

arnab organik

Mr David sedang beri penerangan tentang cacing-cacingnya

Rumput Ular Sabah

Wedding cake and others

Hi...short entry. Few pictures from last few weeks order. Ding...dong...ding...dong this is the backdated entry that really test me a lot hahaha, thank you to Jeanie from Affin Investment and my colleague, Siti, for the orders and to others too.









Saturday, 18 May 2013

Hari Ibu

Salam semua. Minggu ni banyak terima tempahan untuk Hari Ibu, walaupun Hari Ibu disambut pada 12 May yang lepas. Pada ana Hari Ibu adalah hari-hari, walaupun mak ana tak di sini tapi hari-hari ingat kan dia. Sebulan sekali pasti jumpa dia. Mak lebih suka duduk di kampung, ajaklah macam mana pun datang dan duduk dengan kami, jawapannya seorang pun tak mengapa. Katanya lagi, puas dah duduk di bandar lagi pun aktiviti mak pun banyak, ke masjid ke surau ke rumah kenduri ke kebun dan banyak lagi. Hujung bulan ni mak dan adik-adik akan ke Bandung, wah seronoknya (tapi tak boleh ikut sekali, masa ni hari-hari ada meeting). Selagi kita ada ibu dan bapa maka hargailah mereka, mungkin mereka kadang-kadang marah dan bila marah cakap apa saja yang terlintas di hati dan di fikiran, tapi percayalah semua tu tak terlekat pun dalam hati dan fikiran mereka. Mereka marah sebab sayang bukan marah benci.

Ok la sekarang ni nak share gambar-gambar order Hari Ibu, eh lupa ada juga order sempena hari guru. Terima Kasih Cikgu....layannnnn....

Untuk cikgu


Lemon Poppy Seed Butter Cupcake

Red Velvet Cuppies


Cheese Tart


Amazing Sabah - sayonara...

Tak banyak aktiviti, sebabnya masing-masing layan mood perut bergelora. Setakat ke pasar kraf dan jalan-jalan di tepi pantai, tu aje. Pukul 1.30 kami dah terpacak di KKIA. Panjang umur, jumpa lagi SABAH.




Suria Sabah

sempat shopping sebelum fly


Friday, 17 May 2013

Amazing Sabah Day 3 - tragedy

Wah tajuk tu bertambah 1 perkataan. Lambat masuk entry ketiga ni, nak upload gambar pun susah, takpe masuk mana boleh dulu nanti kita upload kemudian.

Ermmm...sebenarnya tragedi bermula dari malam tadi, geramnya. Ana sebelum ke Sabah dah plan dan prepare semuanya termasuk la sewa kereta. Mula sampai ana dah call dan remind hantar kereta ke hotel bila dan pukul berapa. Malam tadi jangan kata OK angkat phone pun tidak. Ok fine tak pe just wait for tomorrow, I though. Tapi pagi ni 'am pissed off' dia memang tak angkat phone dan memang tak nak sewa kereta. Hmmm...takpela that's not the end of the world. Alternative, I took the brochure from lobby. Namanya Kevin tapi tiada kereta, if ada pun need to wait until 10a.m, wohooo mau jalan jauh ooo. Kan dalam entry day 2 ana ada cerita pasal encik tu? so ana contact dia (walaupun tau dia sudah tiada kereta, just try my luck) and he is a very nice person. Dia memang tiada kereta. But he help me to call his friend--Alex to send me a car. I hanya tau dia call Alex bila I isi form sewa dan form tu kepalanya tak sama dengan agency encik tu, Alex bagitau encik tu call mintak hantar kereta ke tempat kami.

Sangat bagus Alex ni (Alhamdulillah sepanjang di sini orang yang ana jumpa semua baik-baik dan ringan tulang) kereta dia sangat bersih dan kerta baru. Ana sewa saga 1.6 SE FLX auto, RM170 exclude insurance RM18.00 berserta deposit (refundable) RM150. Condition kereta tip top, cun melecun. Isi minyak RM50 full tank. Ana dah biasa bawa kereta ni coz my sister guna kereta yang sama so tiada masalah lagipun En. Mie yang drive. Gerak ke Kundasang ding dong ding dong dalam 9.30 pagi.

Dalam perjalanan jumpa rumah terbalik (tak ambil gambar pun), jambatan tamparuli, nama tempat pelik 'Bundu Tuhan' dan gerai-gerai sinalau bakas (hukhukhuk melambak sepanjang jalan) serta gereja-gereja dan bulatan yang banyak (simpang 3 kurang).

nama tempat ni BUNDU TUHAN
Sampai pekan nabalu ada orang jual-jual tapi tak singgah, En. Mie kata balik nanti lah. Hmmm ok. Masuk je Kinabalu Park tu dah pukul 12 tapi lepas bayar entrance fee RM3 seorang kami naik lagi ke atas (hebat jugak kereta ni naik gunung). Sampai pintu tempat mendaki tu cuaca macam tak berapa je. Gunung pun tak nampak. Ambil gambar skit, kami bayar RM5 (kat pondok Timpohon) masuk ke dalam kawasan pendakian, tapi cuma sampai 0.5km je--masa tak megizinkan lagi pun pakaian cantik sangat, tak sesuai.
Buah hutan











Puncak Kinabalu yang pemalu

Pintu masuk ke Taman Kinabalu



Kemudian gerak ke Kundasang beli la kerepek ubi dan kuih cincin, kemudian cari jalan ke Desa Cattle, hmm..payahnyer sebab papan tanda tak perasan, padahal senang je. Makan ais krim dan minum susu, ambil gambar. Tempat ni cantik background Gunung Kinabalu cantik sangat. Kemudian gerak Kundasang War Memorial Park dan solat di masjid atas bukit ni (ni masjid pertama kami jumpa).


Pasar Kundasang



Lombu @ Desa Cattle Sabah


Kolam-kolam air panas

Sangat panas, siap keluar asap

Gerak ke Poring, lepas Ranau perjalanan ke Poring En. Mie dah lain macam. Sakit perut katanya. Jauh jugak 40km kot dari Taman Kinabalu ni. Sampai je En. Mie cari toilet dan condition dia sangat teruk. Ana drive balik, plan nak singgah KFC Kundasang (itu je yang ana boleh percaya setakat ni) nak bagi En. Mie makan sebenarnya. Masa ni Gunung Kinabalu sangat clear, cantik sangat, macam dinding yang besar tapi masa ni juga la ana rasa macam nak pitam, nak muntah, sangat pening dan tak tau nak cakap apa lagi. Dahla jalan tiba-tiba slow, ana drive dah memang out of control rasanya, sampai KFC ana tinggalkan En. Mie dengan kereta, tak boleh tahan. Both of us fully utilise toilet KFC tu, memang teruk. Tiba-tiba tu la air takde aiseh. Ana tunggu lagi makan ubat sakit perut dan charcoal yang ana bawak tapi memang  tak boleh nak pikir apa-apa masa ni. Sedang menenangkan diri tiba-tiba elektrik pulak off. Satu pekan black out. Pukul 7 sana dah macam pukul 9 kat semenanjung, dengan hujan lagi. Mana tak tragedinya.



Bagi En. Mie cool down ana pun plan nak cari klinik. Tapi klinik kampung pukul 5 dah tutup. Minta tolong staff KFC (namanya zila) ni tunjukkan klinik kesihatan untuk kecemasan, boleh call katanya..tapi sume tu sia-sia. Drive la dalam hujan dan dalam sakit perut tu. Ana rasa tak larat nak drive balik KK so plan cari hotel--sedihnya penuh ada pun tinggal yang mahal, zila carikan homestay..ok not bad, bilik pun cantik. Tapi banyak yang ana pikir dan rasa macam kena balik KK juga.

Akhirnya ana gagahkan diri untuk drive balik ke KK, ana pernah drive dalam keadaan yang extreme macam ni cuma orangkan kata area Kundasang, Kinabalu ni berkabus, jalan berbukit dan berliku serta conditionya tak berapa sangat..tambahan lagi hujan dan ada banyak tanah runtuh dan jalan yang sedang di upgrade. Tapi beranikan jugak. Jam 9.30 sampai ke KK, wah..mencabar. Mengigil drive (padahal driving experience lebih dari tahap lesen P hihihi).

Balik memang collapse (actually seminggu jugak merana, sampai balik kampung minum air kelapa baru ok).
 Next entry-last day.