Showing posts with label 3D decoration. Show all posts
Showing posts with label 3D decoration. Show all posts

Sunday, 23 September 2018

Masih begini dan begini

Salam semua...lama sungguh tak mengadap dan mencurah idea. Banyak yang berlaku, banyak yang terjadi tapi Alhamdulillah semuanya masih begini dan mungkin...terus begini. Cabang-cabang kehidupan juga terus bertambah, selari dengan peningkatan usia. Walau ombak berubah tsunami sekalipun yang datang membadai, angin sepoi-sepoi berubah menjadi taufan, hidup harus diteruskan seperti biasa.

Eh bebel banyak pulak. Macam-macam nak share katanya. Tapi menulis malas..acaner tu?

Nah hari ni nak share gambar-gambar dan cerita tertunda setelah lebih setahun tak masuk rumah ni. Hah mampu??? update blog setahun sekali? Ko ingat ni hari raya? Ana..oh ...Ana. Kalau rumah betul mau penuh sawang, semak lalang tumbuh tinggi ni. Iyalah cuba sedaya upaya menulis kat sini, mencurah idea selagi daya. 

Buat permulaan setelah sekian lama, moh ler kita cuci-cuci mata sekali harung tepek gambo yang rasa sesuai ye..wokeyyy muchas gracias...


Brownies dengan nuttela dan walnut


Birthday kek untuk kanak-kanak.. ye anak-anak sekarang sangat bijak..love them ya


Yang ni doorgift sempena akikah..brownies dalam foil


Yang ni order bulan December 2017 1st-Choc moist, 2nd-RVC dan 3rd-butter cake,
pakej dengan doorgift choc moist


Tart keju dalamnya ada blueberry filling


Carrot cake with cream cheese and walnut, rasa sekali terus addicted


Tak lain tak bukan melty hershey, banyak permintaan untuk si dia ni


Pavlova yang sentiasa ada peminat sendiri


Carrot cake in a cup..juga untuk akikah


Choc moist versi mini juga untuk doorgift


Baby shark theme


Birthday tak semestinya potong kek, brownies pun boleh


Choc chip yang sentiasa di re-stock


Boboi-boi pun tak nak kalah hokeyyy


Brownies, nutella dan almond chips..yummmm


Chill cheesecake dengan strawberry filling


Pannacotta- ramai tau peminat dia ni


Melt in mouth- Pineapple tart 


Dendeng- sempena bulan ramadhan baru-baru ni


Choc chip lagi dan lagi..dan lagi


Roti jala- tempahan paling banyak sepanjang bulan syawal baru ni jodohnya kuah kari (dalam gambar takde)


Apam polkadot yang lembut, gebu gebas


Dessert spread sempena makan-makan di office dadih, kek, puff, tat semua dari #dapurmakpanas


Fresh fruit pastry kek..buat come back dan viral seantaro media sosial ehehe

Tuesday, 11 October 2016

Gambo Makanan...

Ok seperti dijanjikan la ni nak attach and post gambau makanan yang telah di order (mana yang dan snap yang tak dan tu harap maklum), mana lah tau kan nak buat reference ke (cecewahhhh macam baker hebat plak). Ok sapa-sapa mau order sila PM no kat tepi kanan anda, orderlah 2 minggu sebelum event anda (afdhal sangat). Harga berpatutan yang penting fresh tiada ready stock dalam fridge (kesian iols fridge kecik hehehe..). Pada yang berada di Negeri Sembilan a.k.a kg den...kawasan-kawasan tersebut: 

Seremban, Senawang, Podeh, Rombau, Tampin, Air Mawang, Johol, Ineh and buleh lajak skit ke Dangi/Selaru, anda pun boleh order jugak tapi penghantaran eh bilo sey balik kampung lah yo. Yang ni kalau berminat, serius sey bagi penghantaran free. 

Ok, so apa lagi jom layan gambo cecuci mata.



Order K.Nik untuk Besday Array for Tadika


Yang ni untuk makan-makan


Order dari June


Cheesecake Oreo - Order K.Ita


Brownies Nutella


Soft Cookies ala Subway


Pavlova mini


Choc cupcakes


Order dari En Naz


Hah ni untuk makan-makan

Ada lagi tapi gambar takda...but...I wanna say thank you uolsss...


Friday, 6 February 2015

Alahai...

Alahai...tajuk pun malas je. Nampak sangat kemalasan di situ. Lama betul tak membelog, tengah sibuk masa ni, biasala awal tahun ni banyak meeting, sibuk dengan hal-hal pelbagai. Sampaikan nak habiskan cuti pun tak mampu (hahaha...).
Kehidupan biasa je, sama je 2014 dengan 2015 ni. Cuma ana rasa perlukan 1 entry untuk cerita tentang cara menanggani bank yang bermasalah nak release loan, lawyer yang lembab dan pemalas serta banyak alasan. Alahai...macam tukul dengan pahat, kalau tak ketuk pahat tu tak jalan lah senang citer. Melampau sangatkan. Entry tu nantilah, silap-silap lupa terus hihi.
Macam biasa, ana masih lagi buat kek, cuma sekarang ni slow sikit, sebabnya tak dan nak kejar, so mana yang dapat dan sempat je yang ana ambil tempahannya. Pada yang sudi order terima kasih banyak-banyak daun keladi, kalau sudi order lah lagi. Ok la, last sekali ana nak kongsi gambar-gambar kat entry ni, sekali harung je lah ye, kalau tak bila lagi lah ana nak update tah ni, alahai...


Order sebagai gift untuk majlis bertunang

Mini Pavlova untuk makan-makan

Untuk besday kanak-kanak ribena

temanya bina badan

Kit Kat & Nips bergabung jadi kek

Sunday, 24 August 2014

Its August~our month

Dear,
 
Happy Birthday. Love is infinity.
 
My Self,
 
Happy Birthday, thank you and zillion of love Mum and Dad.
 
My niece,
 
Happy birthday Alia (same date ~ ingatkan this year baby Ibit sama dengn kita hoho).
 
First time nak berucap-ucapan kat sini, so uols..thank you for all support given to me such as support buat kek, support keje, support belajar dan apa-apa lah support yang tak bawak rebah.
 
Hadiah?Company belanja dinner kat The Royale Chulan Kuala Lumpur, pastu dapat hadiah fridge Samsung 410 Liter so lepas ni boleh la letak kek korang khas dalam peti tu hihihi. Lain2? Jadi la tu pun dah hebat sangat dah tu syukur. Before that, ada jugak si Lala bagi hadiah-hadiah comel, dia bagi on her birthday, terbalik plak kita ni Shila weh. Thanks lala. Happy birthday to you too.
 
Ok...ni nak belanja gambar kek sepanjang bulan August ni, tak banyak sebab buzy raya hihi. For those yang celebrate birthday in August - Happy Birthday uols...
 
 
Russian Black and White with simple deco
 

Russian Black and White with Choc Cheese topping
 
Choc Moist Cake with Ganache and Buttercream topping
 
Choc Moist Mini Cupcakes with buttercream and Marshmallow
 
Choc Moist with buttercream topping, cuba teka ni siapa?
 
Choc Moist with Ganache and Oreo
 
Congo Bar..yummsss
 

Bunny and carrots

New entry after long Raya celebration and lots of open house (HAHAHA...gain weight program).
 
Before that, I would like to address my deepest condolences and sympathized to all Muslims in Gaza and Syria, to all the family and friends of MH17 and never forgotten the MH370 and also to our friends in Sabah. May Allah blessed all of you guys.

Bunny and carrot, ordered by my friend for her friend birthday. According to her, her friend love rabbit so much. The decoration is up to me as long as the bunny is there.
 
Ahha...tarra...we are please to present...the rabbits and carrots in the basket. It is a Russian Black and White with almond cake covered which chocolate ganache and cream cheese grass (hehehe).

Thanks Yayan


Sunday, 20 May 2012

Seafood time..yummy

Hallooooooooooo.....quick and simple post. Order from my friend ~ Jessy Tan for her client Mr Chua.
She said he has a  seafood business so the idea is=cake + seafood and turns out a cake loaded with a lot of seafood. Yeee haaaa..


Delivered to Mr Chua on 19 May...his birthday...and the most challenging part was to search for "Best Marine Product Supply". I've tried my best(of course with a help from My Sis)..and almost 1.5 hours searching for it...hehehehe. 


Mr. Patrick the starfish

View under the sea


Ordered by Jessy-the real estate agent
Jessy: Cantiknya kek itu..macam ini all my customer birthday I assign u as my birthday cake designer. Okay? (lebih kurang macam ni ayat dia with a bit editing here and there). 

Special thanks to all my customer ~ and as an appreciation from Cakequinn by Caramello you will be entitled for a discount ya...Thanks for your support...