Showing posts with label cream puff. Show all posts
Showing posts with label cream puff. Show all posts

Sunday, 23 September 2018

Masih begini dan begini

Salam semua...lama sungguh tak mengadap dan mencurah idea. Banyak yang berlaku, banyak yang terjadi tapi Alhamdulillah semuanya masih begini dan mungkin...terus begini. Cabang-cabang kehidupan juga terus bertambah, selari dengan peningkatan usia. Walau ombak berubah tsunami sekalipun yang datang membadai, angin sepoi-sepoi berubah menjadi taufan, hidup harus diteruskan seperti biasa.

Eh bebel banyak pulak. Macam-macam nak share katanya. Tapi menulis malas..acaner tu?

Nah hari ni nak share gambar-gambar dan cerita tertunda setelah lebih setahun tak masuk rumah ni. Hah mampu??? update blog setahun sekali? Ko ingat ni hari raya? Ana..oh ...Ana. Kalau rumah betul mau penuh sawang, semak lalang tumbuh tinggi ni. Iyalah cuba sedaya upaya menulis kat sini, mencurah idea selagi daya. 

Buat permulaan setelah sekian lama, moh ler kita cuci-cuci mata sekali harung tepek gambo yang rasa sesuai ye..wokeyyy muchas gracias...


Brownies dengan nuttela dan walnut


Birthday kek untuk kanak-kanak.. ye anak-anak sekarang sangat bijak..love them ya


Yang ni doorgift sempena akikah..brownies dalam foil


Yang ni order bulan December 2017 1st-Choc moist, 2nd-RVC dan 3rd-butter cake,
pakej dengan doorgift choc moist


Tart keju dalamnya ada blueberry filling


Carrot cake with cream cheese and walnut, rasa sekali terus addicted


Tak lain tak bukan melty hershey, banyak permintaan untuk si dia ni


Pavlova yang sentiasa ada peminat sendiri


Carrot cake in a cup..juga untuk akikah


Choc moist versi mini juga untuk doorgift


Baby shark theme


Birthday tak semestinya potong kek, brownies pun boleh


Choc chip yang sentiasa di re-stock


Boboi-boi pun tak nak kalah hokeyyy


Brownies, nutella dan almond chips..yummmm


Chill cheesecake dengan strawberry filling


Pannacotta- ramai tau peminat dia ni


Melt in mouth- Pineapple tart 


Dendeng- sempena bulan ramadhan baru-baru ni


Choc chip lagi dan lagi..dan lagi


Roti jala- tempahan paling banyak sepanjang bulan syawal baru ni jodohnya kuah kari (dalam gambar takde)


Apam polkadot yang lembut, gebu gebas


Dessert spread sempena makan-makan di office dadih, kek, puff, tat semua dari #dapurmakpanas


Fresh fruit pastry kek..buat come back dan viral seantaro media sosial ehehe

Tuesday, 11 October 2016

Gambo Makanan...

Ok seperti dijanjikan la ni nak attach and post gambau makanan yang telah di order (mana yang dan snap yang tak dan tu harap maklum), mana lah tau kan nak buat reference ke (cecewahhhh macam baker hebat plak). Ok sapa-sapa mau order sila PM no kat tepi kanan anda, orderlah 2 minggu sebelum event anda (afdhal sangat). Harga berpatutan yang penting fresh tiada ready stock dalam fridge (kesian iols fridge kecik hehehe..). Pada yang berada di Negeri Sembilan a.k.a kg den...kawasan-kawasan tersebut: 

Seremban, Senawang, Podeh, Rombau, Tampin, Air Mawang, Johol, Ineh and buleh lajak skit ke Dangi/Selaru, anda pun boleh order jugak tapi penghantaran eh bilo sey balik kampung lah yo. Yang ni kalau berminat, serius sey bagi penghantaran free. 

Ok, so apa lagi jom layan gambo cecuci mata.



Order K.Nik untuk Besday Array for Tadika


Yang ni untuk makan-makan


Order dari June


Cheesecake Oreo - Order K.Ita


Brownies Nutella


Soft Cookies ala Subway


Pavlova mini


Choc cupcakes


Order dari En Naz


Hah ni untuk makan-makan

Ada lagi tapi gambar takda...but...I wanna say thank you uolsss...


Tuesday, 5 May 2015

Pavlova vs Puff

Assalammualaikum...
 
Yang ini adalah gambar order terakhir sebelum mengemas untuk berpindah. Terima kasih untuk order ni. Silap salah harap dimaafkan.
 
Mini Pavlova


Mini Pavlova


Cream Puff



Choc Puff
 
Sebenarnya semasa buat puff ada kekeliruan tentang pembungkusan. Maafkan saya ye customer atas kekurangan.
 
Kekdahnya customer nak puff ni dibungkus dalam kotak berasingan dan disusun cantik-cantik macam ana susun pavlova. Ana tak pernah buat bungkus asing-asing, biasanya bila customer order banyak-banyak memang ana longgok la sekotak seperti dalam gambar ni.
 
Puffs
 
Jadi untuk elakkan kekeliruan pada masa akan datang, setiap kali order sila ye beri tahu yang anda inginkan pembungkusan secara berasingan (jika berkenaan). Harap maklum harga juga adalah berbeza (untuk makluman kotak adalah antara barang bakery yang berGST), manakala harga puff ana masih tidak berubah, masih sama sebelum GST ni wujud ya, RM40 untuk 50pcs (cream puff) dan RM45 untuk 50pcs (choc puff).
 
Untuk makluman semua dapur Cakequinn akan ditutup sementara waktu sehingga 16 May 2015. Ianya akan dibuka semula untuk tempahan bermula dari 17 May 2015 dan dengan ini bermulalah juga tempahan untuk hari raya. Tahun ni ana macam biasa InsyaAllah akan buat:
 
Chocolate chips cookies - RM17 sebalang (approx. 50pcs)
Semprit - RM20 sebalang (approx. 60pcs)
Tart nenas - RM28 (50pcs)
 
 
 
 
 
Quote of the day: As a human being I can't read people mind neither guessing people feeling.