Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Sunday, 23 September 2018

Masih begini dan begini

Salam semua...lama sungguh tak mengadap dan mencurah idea. Banyak yang berlaku, banyak yang terjadi tapi Alhamdulillah semuanya masih begini dan mungkin...terus begini. Cabang-cabang kehidupan juga terus bertambah, selari dengan peningkatan usia. Walau ombak berubah tsunami sekalipun yang datang membadai, angin sepoi-sepoi berubah menjadi taufan, hidup harus diteruskan seperti biasa.

Eh bebel banyak pulak. Macam-macam nak share katanya. Tapi menulis malas..acaner tu?

Nah hari ni nak share gambar-gambar dan cerita tertunda setelah lebih setahun tak masuk rumah ni. Hah mampu??? update blog setahun sekali? Ko ingat ni hari raya? Ana..oh ...Ana. Kalau rumah betul mau penuh sawang, semak lalang tumbuh tinggi ni. Iyalah cuba sedaya upaya menulis kat sini, mencurah idea selagi daya. 

Buat permulaan setelah sekian lama, moh ler kita cuci-cuci mata sekali harung tepek gambo yang rasa sesuai ye..wokeyyy muchas gracias...


Brownies dengan nuttela dan walnut


Birthday kek untuk kanak-kanak.. ye anak-anak sekarang sangat bijak..love them ya


Yang ni doorgift sempena akikah..brownies dalam foil


Yang ni order bulan December 2017 1st-Choc moist, 2nd-RVC dan 3rd-butter cake,
pakej dengan doorgift choc moist


Tart keju dalamnya ada blueberry filling


Carrot cake with cream cheese and walnut, rasa sekali terus addicted


Tak lain tak bukan melty hershey, banyak permintaan untuk si dia ni


Pavlova yang sentiasa ada peminat sendiri


Carrot cake in a cup..juga untuk akikah


Choc moist versi mini juga untuk doorgift


Baby shark theme


Birthday tak semestinya potong kek, brownies pun boleh


Choc chip yang sentiasa di re-stock


Boboi-boi pun tak nak kalah hokeyyy


Brownies, nutella dan almond chips..yummmm


Chill cheesecake dengan strawberry filling


Pannacotta- ramai tau peminat dia ni


Melt in mouth- Pineapple tart 


Dendeng- sempena bulan ramadhan baru-baru ni


Choc chip lagi dan lagi..dan lagi


Roti jala- tempahan paling banyak sepanjang bulan syawal baru ni jodohnya kuah kari (dalam gambar takde)


Apam polkadot yang lembut, gebu gebas


Dessert spread sempena makan-makan di office dadih, kek, puff, tat semua dari #dapurmakpanas


Fresh fruit pastry kek..buat come back dan viral seantaro media sosial ehehe

Tuesday, 11 October 2016

Gambo Makanan...

Ok seperti dijanjikan la ni nak attach and post gambau makanan yang telah di order (mana yang dan snap yang tak dan tu harap maklum), mana lah tau kan nak buat reference ke (cecewahhhh macam baker hebat plak). Ok sapa-sapa mau order sila PM no kat tepi kanan anda, orderlah 2 minggu sebelum event anda (afdhal sangat). Harga berpatutan yang penting fresh tiada ready stock dalam fridge (kesian iols fridge kecik hehehe..). Pada yang berada di Negeri Sembilan a.k.a kg den...kawasan-kawasan tersebut: 

Seremban, Senawang, Podeh, Rombau, Tampin, Air Mawang, Johol, Ineh and buleh lajak skit ke Dangi/Selaru, anda pun boleh order jugak tapi penghantaran eh bilo sey balik kampung lah yo. Yang ni kalau berminat, serius sey bagi penghantaran free. 

Ok, so apa lagi jom layan gambo cecuci mata.



Order K.Nik untuk Besday Array for Tadika


Yang ni untuk makan-makan


Order dari June


Cheesecake Oreo - Order K.Ita


Brownies Nutella


Soft Cookies ala Subway


Pavlova mini


Choc cupcakes


Order dari En Naz


Hah ni untuk makan-makan

Ada lagi tapi gambar takda...but...I wanna say thank you uolsss...


Monday, 20 April 2015

Kisah sepanjang 4 bulan pertama 2015

Panjangnya tajuk. Tangan gatai dah nak menaip tapi tulah kalau dah penat sangat macam-macam nak buat macam-macam nak settle macam-macam nak tulis. Macam-macam lah ko ni Ana hahaha.
 
Ana macam nak buat blog khas untuk tulis cerita pasai kehidupan harian tapi macam rajinlah sangat nak updatekan so tok sah mula aih. Sat gi tak pasai-pasai jadi tukun had buat perangkap sawang...rentikan. Uiks awat cheq speaking utara campuq siam campuq rojak 1Malaysia nih? Hahaha fefeeling baru balik Langkawi uolss. Nanti cheq free, kita sembang pasal citer gi jalan-jalan ok (macam tak pernah gi Langkawi kan..poyoo lebih hewhewhew).
 
Ok tajuk panjang tu tak lain tak bukan nak citerkan tentang masalah tuan punya badan yang malas. So kali ni nak tepek  beberapa gambo kek yang mungkin tak seberapa tapi Alhamdulillah customer puas hati. Ok, sebenarnya amat lah lega bila setiap kali ambil tempahan dan customer kata best, ok, puas hati ermm ada gak yang jenis silent tapi kalau depa datang order lagi maksudnya? Ok la tu kan hihi. Kita tak tau kadang-kadang kita buat nampak ok tapi pada mata orang alahai sendu...ataupun kita rasa sedap, boleh makan tapi pada orang alahai sarat, seret, sentap. Kan ke parah hahaha.
 
Ok...gambo-gambo nih ana tepek buat jamuan mata (sungguh gambo sendu, kamera henpon je..).

Super simple cup cake (choc moist)
 
Brownies Cheese
 
Choc moist (Theme: Korean)
 
Kek ni untuk anak Kintan

Ni pula tempahan door gift dalam kotak ni ada 2 benda kat bawah
 
Choc chip homemade dan
 
Gummy

Thursday, 17 July 2014

Diam bukan hilang, senyap bukan pendam

Assalammualaikum..selamat berpuasa, selamat menjamu mata dan selamat segalanya...Terawih? Ingat nak buat rekod kedatangan penuh, sekali selsema dan badan mengigil menyerang. Kifarah untuk anak-anak Adam yang Allah bagi untuk meringan dosa-dosa yang banyak tak tertanggung.
Bercakap tentang Ramadhan, teringat seorang kawan bercerita tentang betapa Allah sayang pada kita hambaNya, sebab tu Allah buat 1 bulan yang dinamakan Ramadhan, yang mana ia adalah bulan penuh keberkatan dan kebaikan. Kalau ayat-ayat mudahnya, macam bila time sale semuanya ada potongan harga, cuma nak rebut dengan tak je. Kira macam buat investment sikit pun bayaran keuntungan berlipat kali ganda. Hah ini perumpamaan je nanti jangan ada yang kata 'apa perumpamaan sale?', 'macam buat investment?' ish..ish..sesat ana nih...perumpamaan je. Sebab tu kalau la kita tau betapa indahnya bulan Ramadhan pastinya kita akan mahukan setiap bulan adalah Ramadhan.
Ok back to entry hari ni dengan tajuk entry tak menahan, tapi memang iye diam bukan bererti hilang dan senyap bukanlah memendam apa-apa. Tapi kekangan masa dan kemudahan internet yang agak sukar untuk dijangka. Kejap ok kejap tak last minutes potong line terus..tu namanya dah malas.
So yang tertera ni adalah kek, kuih dan tat...ermmm.. senang citer makanan yang tak sempat upload sepanjang masa nih. Oklah hidung sok sek sok sek..bernafas ikut mulut jadinya cepat penat.
Psst..psst... raya ni ana ada jual chocolate chip cookies (RM15/50pcs), tat nenas(RM25/50pcs) dan semprit (RM20/50pcs) sapa-sapa berminat sila roger ye. Last day boleh ambil Sabtu, 26 July 2014, 6p.m. kat rumah lah ye.