Showing posts with label Birthday Cuppies. Show all posts
Showing posts with label Birthday Cuppies. Show all posts

Wednesday, 23 March 2016

Tempahan Kek, Roti dan Biskut (serta dessert juga)

Hai semua, untuk makluman tempahan untuk kek, roti, muffin, biskut dan dessert atau sebarang pertanyaan tentang benda-benda ni boleh la contact ana ye (no hp masih sama kat sebelah tu je hihihi). Kalau kena masanya InsyaAllah ana akan penuhi permintaan kalian. 

Ada juga tempahan untuk candy buffet yang mengikut bajet dan citarasa anda (InsyaAllah). Untuk penghantaran pula, tak jadi masalah kita boleh bincang, untuk yang di area N. Sembilan (Seremban, Rembau, Tampin dan Kg den) juga boleh dipertimbangkan. Ok nak selit gambar-gambar yang tak sempat upload. Thank you semua.







Sunday, 30 November 2014

Muchas Gracias

Muchas Gracias...mil gracias...
 
Russian Black and white cake, coated with cream cheese and covered with chocolate ganache, simple decoration. 20 pieces chocolate cupcake with cream cheese topping large size.
 
Chocolate Cupcake with cream cheese
 
Russian Black and White
 
 

Sunday, 24 August 2014

Its August~our month

Dear,
 
Happy Birthday. Love is infinity.
 
My Self,
 
Happy Birthday, thank you and zillion of love Mum and Dad.
 
My niece,
 
Happy birthday Alia (same date ~ ingatkan this year baby Ibit sama dengn kita hoho).
 
First time nak berucap-ucapan kat sini, so uols..thank you for all support given to me such as support buat kek, support keje, support belajar dan apa-apa lah support yang tak bawak rebah.
 
Hadiah?Company belanja dinner kat The Royale Chulan Kuala Lumpur, pastu dapat hadiah fridge Samsung 410 Liter so lepas ni boleh la letak kek korang khas dalam peti tu hihihi. Lain2? Jadi la tu pun dah hebat sangat dah tu syukur. Before that, ada jugak si Lala bagi hadiah-hadiah comel, dia bagi on her birthday, terbalik plak kita ni Shila weh. Thanks lala. Happy birthday to you too.
 
Ok...ni nak belanja gambar kek sepanjang bulan August ni, tak banyak sebab buzy raya hihi. For those yang celebrate birthday in August - Happy Birthday uols...
 
 
Russian Black and White with simple deco
 

Russian Black and White with Choc Cheese topping
 
Choc Moist Cake with Ganache and Buttercream topping
 
Choc Moist Mini Cupcakes with buttercream and Marshmallow
 
Choc Moist with buttercream topping, cuba teka ni siapa?
 
Choc Moist with Ganache and Oreo
 
Congo Bar..yummsss
 

Thursday, 17 July 2014

Diam bukan hilang, senyap bukan pendam

Assalammualaikum..selamat berpuasa, selamat menjamu mata dan selamat segalanya...Terawih? Ingat nak buat rekod kedatangan penuh, sekali selsema dan badan mengigil menyerang. Kifarah untuk anak-anak Adam yang Allah bagi untuk meringan dosa-dosa yang banyak tak tertanggung.
Bercakap tentang Ramadhan, teringat seorang kawan bercerita tentang betapa Allah sayang pada kita hambaNya, sebab tu Allah buat 1 bulan yang dinamakan Ramadhan, yang mana ia adalah bulan penuh keberkatan dan kebaikan. Kalau ayat-ayat mudahnya, macam bila time sale semuanya ada potongan harga, cuma nak rebut dengan tak je. Kira macam buat investment sikit pun bayaran keuntungan berlipat kali ganda. Hah ini perumpamaan je nanti jangan ada yang kata 'apa perumpamaan sale?', 'macam buat investment?' ish..ish..sesat ana nih...perumpamaan je. Sebab tu kalau la kita tau betapa indahnya bulan Ramadhan pastinya kita akan mahukan setiap bulan adalah Ramadhan.
Ok back to entry hari ni dengan tajuk entry tak menahan, tapi memang iye diam bukan bererti hilang dan senyap bukanlah memendam apa-apa. Tapi kekangan masa dan kemudahan internet yang agak sukar untuk dijangka. Kejap ok kejap tak last minutes potong line terus..tu namanya dah malas.
So yang tertera ni adalah kek, kuih dan tat...ermmm.. senang citer makanan yang tak sempat upload sepanjang masa nih. Oklah hidung sok sek sok sek..bernafas ikut mulut jadinya cepat penat.
Psst..psst... raya ni ana ada jual chocolate chip cookies (RM15/50pcs), tat nenas(RM25/50pcs) dan semprit (RM20/50pcs) sapa-sapa berminat sila roger ye. Last day boleh ambil Sabtu, 26 July 2014, 6p.m. kat rumah lah ye.











Thursday, 10 April 2014

Kembali

Salam semua. Lama ana biarkan tempat ni berhabuk bersawang. Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan tapi almaklum kerja dan rutin harian menuntut lebih tumpuan dan masa. 

Nak berkongsi cerita ke Langkawi pun tak sempat. Nak tempel-tempel gambar apatah lagi. Broadband yang ada ni pun bayar setiap bulan tapi guna amat la kurang dan jarang-jarang, maka adalah lebih baik ditutup dan tumpuan pada handphone saja la lepas ni, mungkin itu lebih baik hihi. 

Oh ye sepanjang beberapa bulan banyak sangat benda-benda yang ana tau akan jadi tapi tak la rancang secepat itu terjadinya tapi terjadi jugak. Tak faham? Tak pe slow-slow digest ye. 

Sepanjang beberapa bulan tak bersiaran ni juga ada beberapa perkhabaran yang berbagai, seronok, sedih, bosan, menyampah dan ntah apa-apa. Oh ye, study ana pun dah habis, semua paper completed, dapat MAICSA punya associateship bulan 5 ni InsyaAllah, akan ada perkhabaran baik yang dah lama ana nanti sepanjang kerjaya ana ni, tapi semua itukan rahsia Allah. Itu bab kerja, bab lain sama takde berubah apa-apa.

Dunia baking pula, ermm...agak slow. Mungkin masalah jerebu yang agak teruk di Lembah Klang (selsema dan batuk teruk), catuan air (wal hal fasa 3/4 - yang mula 1 April tu kot baru terjebak..sebelum tu ada je) dan kehilangan MH370 (bagitau sebenarnya malas, macam la ana terlibatkan dalam SAR tu) adalah penyebab kurangnya operasi memasak dan membakar. Tapi kalau dah namanya tukang masak dan adanya tukang makan maka ada juga la sebenarnya berlaku kebakaran bahan-bahan edible di rumah ni. So ana malas nak merapu (sebenarnya dah beku idea, banyak sangat nak tulis tapi tak tau nak start tang mana dulu) jadi ana tempel gambar-gambar yang tak sempat tempel dari bulan 1, 2 dan 3. Bulan 4 belum buat lagi, sebab dah kena catu air hahaha.

Ok, tak mau merepek, ana nak tampal gambar, nak sambung baca novel dan kemudian nak titon, esok keje. Assalammualaikum semua....semoga jumpa lagi. 


Lemon poppy seed butter cuppies


Carrot cake with cream cheese










Thursday, 9 May 2013

Aktiviti minggu ini

Musim AGM ni memang mencabar, tapi Alhamdulillah masih ok lagi. Ni antara yang sempat ana buat sepanjang minggu ni. Moga akan datang bertambah lagi. Amin.

Red Velvet cupcake with cream cheese

Moist chocolate cake simple deco

close up, cake sempena birthday Alysha


Note: Ada juga buat pavlova, tat dan lain-lain tapi dah tak larat nak men'snap' betul-betul tahap maksima penggunaan masa 24 jam Allah bagi ni. To Kak Suzi, thank you for the order hope Alysha suka. Pada yang order tat, pavlova dan lain-lain...jutaan terima kasih atas sokongan anda.

Monday, 22 October 2012

Alhamdulillah~ Chocolate Cuppies

Alhamdulillah, projek selepas lama berehat, oven pun kurang berasap (I mean baking, masak benda lain ado..hihi), so semalam (21 October 2012) was really a baking day. Repeat order dari Kak Suzi my regular customer, for her boy, Aliff sempena birthday ke-7 (klu tak silap). Tak banyak nak citer, simple cuppies only so layan la pictures ya.


Gambo berjemaah


Ready for packing


Single packing~senang nak berbagi nanti (>.<)
   

Note: ada 3 bekas kek coklat kukus, tapi tak sempat nak snap gambo la :p

Monday, 9 July 2012

Update for June


Ish...biar betul ada ke update June?Mimpi ke?
The answer is no. This is an update by a very lazy girl in town.
This update are specially dedicated for the order made in June hihihi...thanks for all the order and am so sorry coz most of my June's Projects doesn't look so nice. Sorry guys, a lots of thing stuck here
 


         
         Ikhsan Google.com


Huhuhuhu....ok here are some of the pics of the cakes & cuppies...

Ordered by Diana for her abah

Diana ordered for her Mama


Ni dari bakal adik ipar untuk anak buah saya hehehe, MU tu yang mahal dan sangat susah nak dapat..ada cerita di sebaliknya
Ok, done. C ya.

Sunday, 27 May 2012

Double Triple

Hi Dearie....sedang tengok Buletin Utama ~ Dr Azizan...Marketing Power, nak sangat join, good for business, macam best tapi itulah sekarang perang dengan masa (T.T)..2 haribulan ni pun ada order tapi ada hal lagi urgent kena diuruskan.

Ok, nape tajuk entri kali ni Double Triple? Sha (my ofismate) order cuppies dengan apam untuk Majlis tunang kakak dia dalam masa sama Seroja (also my ofismate) order besday cuppies for Sha hehehe..yang part besday cuppies tu paling best...sumenya surprise kata Seroja...

Selamat Bertunang

Ni siap packing dengan deko skit

Apam comel

Ni dari Seroja untuk Sha

Alhamdulillah...berjaya jugak siapkan order yang dah lama sangat di 'book' datenya. Terima kasih daun keladi kalau sudi order lagi.