Showing posts with label crepe. Show all posts
Showing posts with label crepe. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Repetition is ok

Thank you to my loyal customer. That’s what I meant – repetition is ok.
For me this is an expression of satisfaction from my customer.
Mil Gracias.
 

Pavlova size 8inch

Single pack durian crepe


Ready-to-eat single pack pavlova

Wednesday, 23 January 2013

Sekadar bercerita

Semangat cuti kata kawan yang call baru-baru ni. Cuti apa ye? HoOoOo tengok kalender baru ler nampak. Maaf la saya ni keje company 'obersee' mana ada cuti-cuti nih...untuk makluman Raya Haji pun tak cuti tau sedeyyyy...tula dulu nak berenti sangat sebab nak lari mulut naga, walaupun saya tau saya masuk mulut rimau, tapi takpela masuk mulut rimau pun rimau manja. Tak cuti untuk hari-hari berikut so next time bila baca blog ni ana ingat la hari apa ana tak cuti KHA..KHA..KHA (bos ana kalau dalam sms dia gelak camni ler hihi):
  • Maulidur Rasul
  • Thaipusam
  • Wesak
  • Nuzul Al-Quran
  • Hari Raya Haji
  • Awal Muharram
Pasal update? Kadang-kadang ana free ana update, ana rajin ana update, ana punya broadband sihat ana update, ana ada idea ana update so kesimpulannya semua ni pokoknya ana. Blog ni ana buat memang untuk simpan dan tayang (tak menahan hahaha) gambar-gambar hasil kerja tangan dan kerja keras tangan ana hehehe..tapi as per header blog ni..so ana bebas untuk bercerita apa yang ana nak cerita, bukan apa, ana ni pelupa mungkin dulu ana pernah buat kek ni dan sekarang nak buat lagi tapi ana lupa bahan so refer la blog ni. Atau mungkin juga customer ana cakap camni "ala, buatkan kek macam yang you pernah buat untuk si polan tu" so sini juga la tempat ana merujuk kek si polan tu macam manakan. Sekarang ni durian dah takde musim jadi crepe durian pun dah semakin menyepi, kalau ada cerpe pun oreo dan mangga saja ~ order untuk yang ni kurang berbanding durian. Tapi pavlova masih lagi banyak permintaannyer...so sekarang ni atau dengan kata lain peti saya sentiasa ada pavlova hehehe...dan wajib la ada strawberry juga (coz ni la buah paling berseri hehehe). Okla penat merepek tah apa-apa..cau dulu...


Yang ni tunggu nak bagi tuan-tuan nya


Close up skit


Monday, 7 January 2013

Projek: Crepe and Pavlova

Hanya sekadar nak tunjuk gambar. Haha bengong je bunyi, yang sebenarnya terlalu sibuk so idea menulis takde. Crepe-crepe ni semua sudah selamat menemui tuan-tuan nyer. Malah gambar ni ntah batch yang keberapa, tak ingat sudah. Alhamdulillah rezeki. Tambahan sekarang sudah ada pembantu, hihi tukang beli dan bersihkan durian dan tukang bungkus crepe. Bagus assistant ni, perajin betul.

Pavlova ni plak terhasil sebab ada banyak buah strawberi balance dari Cameron hari tu. Sangat la masam so memang payah la nak habisnyer. Dari berkepuk berkulat dalam fridge maka tukarkan la jadi pavlova. Ermm..okla buat sendiri so gula pun control sendiri, tak mau manis sangat so kurangla gula nye hehee..resepi derhaka.


Crepe version tah ke berapa, tapi ada durian bawak dari Kg Org Asli, Pos Slim klu tak silap


version ni buah-buah datang khas dari Cameron


Version ni buah dari AEON-Big a.k.a Carrefour dan pasar malam huhu

Monday, 17 December 2012

Alkisahnya Crepe

Cepatnya masa berlalu, tahun 2012 bakal sampai penghujung. Nampaknya keje kat ofis pun semakin hujung-hujung, suam-suam kuku gitu (sebenarnya sentiasa ada cuma buat-buat tak nampak sebab mood hujung tahun kan hehehe) bos pun cuti, Krismas nanti dia cuti lagi...amboiiiii..(>.<)..teringin nak makan crepe...bak kata wani @ lucky tulip...macam tak boleh nak stop (ermm lebih kurang ayatnyer..maksud sama dah kot) sambil-sambil buat untuk orang buat juga la untuk diri sendiri heheh...

Ok..resepi sama tak de yang beza. Cuma ceritanya agak menarik jugak malah boleh jadi peringatan supaya lain kali beli barang awal. Ingat ye kebanyakkan kedai jual barang-barang bakeri cuti Public Holiday huhuhu. So citernya...

Besday Sultan Selangor > pagi hantar acu pergi kerja (coz dia nak outstation..sgt la jauh nye hihi..PD jo)  sampai ofis dia kat Dayabumi tu dalam 8.30pagi 


Daya Bumi ~ saje enter frame hehehehe
  
patah balik ke Petaling Jaya a.k.a PJ...yuhuuuu..cutikan...> gi tengok kedai Bake with Yen..ermm tutup lagi..ok takpe..gi Tesco Extra@Mutiara sat la beli barang dapur > singgah Kedai Bagus kat Bestari D'Kota...uppss siap ada notice bagi tau depa cuti na...okey takpe la nanti petang sikit pergi Bake Yen semula > masak dan makan tengahari > Zohor >Bake Yen > SAH tutup > okey balik la..> dalam perjalanan dok pikir...camne ni customer dah order tiba-tiba barang tak cukup..aisehh...>masih pikir lagi > lalu IKEA..ermmm dekat dengan ofis dah ni..> pop!! teringat > pagi-pagi bila nak elak jem, mesti lalu kat rumah kedai belakang Giza..Hokey...nampak 1 kedai..Mom apa tah namanya..> Alhamdulillah..buka...beli barang...singgah tambahkan durian sikit > balik rumah > siap kan crepe ni..hui seharian betul berjalan >semuanya kerana crepe..hhuhuhu 

1pek = 6 pcs

ni keratan rentas hikhikhik

untuk makan-makan

ni kerat dengan ganeh nyer

Note:

penggunaan > kerana malas menaip hukhukhuk...sume gara-gara banyak sangat wat taip menaip kat ofis..


Thursday, 6 December 2012

Durian Crepe Fever

Yuhuuuuuu... Amboi meriah betul blog-blog sekarang dengan durian crepe ni...pergi blog ni ada durian crepe, jengah blog nun ada durian crepe...it's a fever. Its seem food also got season huhu...but ada yang long lasting jugak, such as pavlova, apam polkadot (masih di dalam carta, nak plak ada yang jadikan doorgift time kenduri kendara). So ana pun melayan la crepe saje wat makan-makan kat rumah, resepi ni dari blog kak ita - masam manis tapi kan tepungnyer kena modified guna apa ada je ada, ermmm Ok jugak...sedap (ceh angkat bakul sendiri hehehe)
tukang susun kata dia nak makan 1...ok..sila2 2,3 pun takpe

buat sendiri so durian banyak mana ikut suka la

ok..kat sini ada resepinyer..nak salin boleh nak copy boleh nak order lagi la boleh :)

bahan:

3 sb tepung naik sendiri
3 sb tepung hoen kwe
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastard
2 sb butter cair - ana tukar dengan corn oil
2 sb gula icing
1 sk garam halus
1 sk vanila
2 biji telur-kocak dulu telur nih
1 cawan susu UHT- santan pun boleh
1/2 cawan air
1/2 sk Pewarna ikut suka la warna apa

cara:

bancuh semua bahan, panaskan frying pan, dadar atas api kecil, tak perlu terbalikkan, dah masak nak angkat ~ caranya - angkat frying pan terbalikkan tepung ni atas pinggan klu dah masak dia lekang sendiri. so bahagian atas akan duk kat bawah..biarkan coz nak letak intinya kat bahagian yang ada tanda-tanda kena masak dalam kuali tu (payah nyer ayat ni hewhewhew..)
lets cool ye...

inti:

whip cream
isi durian - bijinye buang 

bentang crepe, letak whip cream, durian dan whip cream lagi, pastu balut dan lipat...cara lipat yang nak cepat telah menyebabkan terhasilnya crepe seperti dalam gambar ni, cara orang malas hahah... btw boleh dapat dalam 15 keping je coz guna pan kecik. If frying pan besar maybe dapat lagi skit la kot.  

okey, sejukkan, kalau agak-agak nak makan terus pun takpe hehehe...selamat mencuba