Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

CHERATING lagi dan lagi

Hmm...ramai yang tertanya mana la gambar-gambar kek dan makanan homemade kat rumah ana ni kan. Maaflah ana ni jarang amik tempahan, busy dengan hobby baru...hihi menjahit, tapi sebab baru dapat mesin masih belum rasmi lagi, tungguuuu.
Nanti dah siap jahit jangan bosan ana show-off saje kat sini hihi. Dah bagi tau kan yang ana ni love art and yes that's me.
Oh ye entri ni nak sambung cerita dari KL to KTN sebenarnya. Cerita tak tamat lagi bersambung hingga ke Cherating hahaha. Dah banyak kali asyik story kat sini je kan. Ntah dah tu je yang rasa nak pergi. Kami tak buat apa pun activity scuba ke kayak ke kat Cherating ni, cuma biasalah makan-makan je nak dicoverkan hahaha. Macam biasa wajib makan sata, lekor dan segala hasil lautkan. Malam makan kat WAIB (Warung Awang Ikan Bakar) not bad, boleh la cover perut lapar, sedap? Ermmm ikan kan biasa je. Servis? Okla tengok sekeliling yang ramai orang pun paham-paham aje la kan. So far tak de apa menarik la biasa-biasa, rehat habiskan cuti. Stay kat chalet je, Cherating Eastana tak silap namanya sebelah Bay Resort tu...ok la budget pun tak besarkan. Just nak stay for few hours je pun.
1 big family ~ amik gambar orang je
Ni belakang nun, kaunter pilih ikan dan tempat membakar

Dua tu je yang kosong

Ni sedang surut
CHERATING
Ini pula gambar yang ana ambil sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Cherating (dekat je ikut sini tapi...)...Hahaha ni bukan di Tanah Merah, Kelantan ye. Ni di Kuantan. Sepanjang jalan ni kami berselisih dengan banyak lori-lori bawa Tanah ni. Merah betul Tanah nya.
Antara lori yang lalu
Yang ni sepanjang-panjangnya paip Petronas
Sebelah ni ada lori jugak sebenarnya
Lagi...




From KL to KTN

Salam semua, kali ni nak citer guna short form hahaha. KL semua orang tau kan...KTN?? hihi sendiri create KTN tu Kuantan, amacam? Best? Ok..ok..
Ni ana nak story citer throwback la kiranyakan. Yang mana time ni ana nak gi jenjalan lawat kawasan menyambil singgah la kat Kuantan. Kebetulan ada semi final Pahang vs Kedah so harus la bagi peluang kat En Mie. Bukan selalukan. Makanya ana bagitau En Mie silalah bookkan hotel yang berdekatan dengan stadium agar mudah nak pergi hihi. Betul punya dekat dia ambil, jalan kaki pun sampai. Hebat. So Jumaat tu sampai je Kuantan kita orang ni saja-saja la gi survey hotel (ada orang minta tolong book juga) ermmmm...akhirnya ada la 1 tempat ni Sentosa ke apa namanya bilik untuk 5 orang RM195, sesuai la kot dengan kawan si Mie nih, sebab dia bawak family kan.
Nak jadikan cerita, dah check in semua bagai kat Grand Continental nih, kami pergi ke Tg Lumpur, teringin nak try Pok Su & Mok Su (PS&MS) tu. Sampai je simpang lepas flyover dia tulis Tg Lumpur tu lebih kurang dalam 2km gitu Nampak dah signboard kedai nih...ooo dah pindah ke kedai yang lebih teratur rupa. Ok la nak park pun senang. Kami yang dah tahap kebulur mengigil ni pergi la amik makanan, memang tahap tak hengat la apa nampak rembat terus. Tu sedap ni sedap, aih semua sedap lah, pada pandangan la. Penuh semeja dengan Nescafe Ais dan nasi dagangnya sorang sepinggan kan. Ada sata, udang, sotong, ikan, karipap nya bagai. Makan-makan dah kenyang kami pun bayar semua skali RM27. Ermmm ok lah. Kami pun gerak nak balik hotel, bila nak buat U-turn kami ni kena la cari tempat sesuaikan tiba-tiba terpandang  gerai PS&MS sebelah balai polis tu...penuhnya orang sangat meriah. Aiseh....kiranya tadi tu bukan kedai sebenar la ni (cawangan rasanya yang kami pergi tu). Hmmm keciwa, pastu sepanjang jalan tu kami dihidangkan dengan kedai-kedai seangkatan dengan PS&MS nih...alahai memang stok-stok gitu rupenyer. Okla next time kami try lain plak.
Haha inilah dia...
Ok bab food review, sebab lapar kami bedal la tapi sebenarnya tak tertelan seafood-seafood tu sebabnya, diaorang ni salut dengan tepung dan barulah digoreng. Masalahnya tepung tu amatlah manis yang mana bagi tekak nismilan ni memang la tak seswei. Tapi lapo bebenor acik telan je. Panas-panas makanan tu memang sedap, dah sejuk hah hadap. Mula la cari benda pedas masam nak mengcoverkan rasa tu hihi.
Ok sampai hotel kami lepak-lepak jap, asar, gi Berjaya Megamall (beli novel?hahaha kat KL tak beli kan..hihi rezeki orang KTN). Pastu Mie siap-siap nak berbola pulak. Makanya bini harusla lepak tengok bola kat hotel. Ermm hotel ni biasa-biasa je, hotel dah lama so design dan barang-barang dalam tu pun harus la lama.  Malamnya ana dah lapar balik (selero denosor aku nih)..pergi la cari makanan sekeliling hotel tu, sadisnya gerai APL tu habis stok nasi..so sad. Makanya achik pun lintas la jalan ke Sara Thai, hmmm sama macam kedai-kedai Thai yang lain je, tapi bila dah try makan ermm yummy. Ana order nasi goreng sara thai and nasi goreng seafood (gambar tak de tapi nice sangat the taste).
Ermm price dia ok la macam KL. Kendian dessert eh ana amik pulut manga, perghhhh berbaloi bayar RM8, sedap tahap tak hengat, lemak-lemak pulut tu ermmmm dengan kemasam manisan manga di tambah ada Kruk-Kruk (xtau apa..macam kacang tumbuk) hmmm betul-betul enak, nyesal tak beli 2 hihi. So overall memang sedap la food kat sara ni.
Sodap ea...
Sara Thai
Hmmm...tetiba nak pulut manga huhu...perut pun dah krok..Kruk..krak...hmmm tulun-tulun.
Okla perut dah lapar malas nak tulis pasal makanan hahahaha...nanti ana sambung citer gi Cheating plak ye. Babai...

Friday, 7 December 2012

Cherating

Cherating...nice beach. I stayed at Legend Resort hewhewhew..this room come with breakfast. Nice view, facing the beach. By the way not enjoying the holiday. Got stomach ache, maybe from the food (we had seafood from nearby restaurant, a night before). Ok la since this is not a first time visit, so not much regret. Few pictures taken...layannn.......
Windy

The beach

ATV for rent ~ saw Faradhia here..shooting

View from my room

Caramello was here...for the 3rd time

Friday, 10 February 2012

Jalan-jalan 'New Year'

Hallo Malaysia...entry lama yang dah bertahun tak di upload..lama dah ni..pergi 31 Dec 2011 baliknya 2 Jan 2012..in total 2 tahun duk sana (huhuhuuh...kiraan yang hebat). Jalan-jalan Cameron Highland. Stayed at Strawberry Park Resort..ermm 3D2N ok la..sejuknyer gigil sepanjang hari...hujan sepanjang masa dan berhenti pun hanya sejam dua..ermm...seronoknyer jalan-jalan tak perlu fikir apa-apa, stop fikir kerja (hahaha bulan jun 2011 gi Langkawi tapi end up jadi tourist guide...huiiihh..dah la 1st time gi sana..hehehe nanti nak upload gambar kat Langkawi lah)...2nd time melepak sini..dulu stay kat Dahlia Apt. sejuknyer...jalan-jalan dan selebihnya ZZZZzzzz hehehe...makanan biasa je tak banyak pilihan cuma harganya agak berganda..paham-paham la laut kan jauh lalala...tapi harus lah cuba semua yang berasaskan strawberry dan teh..almaklumlah dua benda ni famous kat sana...tak sempat nak gi Sg Palas, hujan je..gi Bharat pun jadi la..gi ladang Strawberry, makan ciskek strawberry, strawberry cake with cream and teh madu hahaha...tak ketinggalan pai dan tart  strawberry. Strawberry jangan cakapla..breakfast, lunch & dinner...sampaikan air pun strawberry jugak...pasar malam???hahahah hari-hari pasar malam..nama pun ratu pasar malam kan...ok lah layan gambar plak..

1st day - ladang strawberry..segalanya strawberry



Pemandangan dari tingkap bilik..sehijau mata memandang

Strawberry Park

Jangan Sentuh ok..adoit hahaha

Huhuhu...sampai gak kat sini


Bharat Tea House...tea mahal tak jadi beli kat sini