Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Monday, 20 April 2015

Bagan Pasir lagi...

Pergh pergi sana lagi? Hihi jalan-jalan sambil membeli-belah katanya. Kali ni pergi dapat tengok ikan naik. Walaupun bukan ikan besar tapi seronok jugak la plus kagum. Oh macam tu orang bawak naik ikan rupanya. Ketam hidup lagi masa ni tu yang tambah excited.
Masa ni belum ada GST (bulan Feb) lepas GST tak tau la harga terkini berapa. Masa ni tenggiri antara RM20 ke RM35, ketam antara RM13 ke RM20 bergantung pada size ketam, sotong RM20, kembung RM8, ikan sebelah RM20 lebih kot tak silap, senangin RM30 lebih camtu la semuanya dalam KG.
Oh macam mana nak pergi? Sila refer entry terdahulu. Seronok, kat sini macam-macam orang kita boleh jumpa. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Bagusnya dapat tengok cara hidup dan memahami orang lain kan (cuba memahami actually).
By the way, gambar ketam tu ana ambil dan whatsapp ke group family, sebabnya ana dapat semua ketam berkaler gitu cuma beza oren pudar, kuning atau pun oren terang. Takut nak makan, mana tau allergic tak pasal-pasal jadi lain.

Pak cik ni tengah kira harga ketam, tapi belum habis kira ketam pun habis hihi

Dalam tu udang belang-belang banyaknya, dalam bakul ikan belanak

Nilah rupa ketam dan ikan yang baru naik

Hoyeh...telur ketam rupanya


Tuesday, 18 November 2014

Bagan Pasir, Kuala Selangor

Mentang-mentang la rumah dekat Kuala Selangor (kebetulan pergi melawat rumah yang masih huha lagi dengan bank) maka ana pun melajak la ke Bagan Pasir. Tujuan 1 je beli hasil laut hahha.
Nak ke sana mudah sangat, dari pasir penambang terus kedepan dalam jarak 12km lebih kurang. Nanti jumpa Bank Rakyat sebelah kiri, BHP kalau tak silap kat belah kanan dan ada signboard Bagan Pasir, maka masuk simpang kiri tu. Ada taman perumahan kat simpang ni tak ingat pula nama dia. Jalan terus sehingga nampak rumah atas air (kalau air pasang la) dan ada banyak orang jemur ikan masin muahahaha sah-sah la memang tempat nelayan kan. Kalau Nampak signboard fishery tu kira betul lah tu. Ada banyak kereta park kat kawasan tu maka sah la tempat tu. Haha...kali ni ana beli:
cencaru kuda (wajib nih) (1kg RM9) yang ni sangat besar maka kena kerat 2 (1.4kg)
ikan sebelah (size sederhana)(1kg  RM18) potong 3 hahaha (1.2kg)
bawal hitam besar (1kg RM16) kerat 2 (900g)
bawal putih kecil (1kg RM10) 8 ekor (500g) total RM50
Gulp. But still...murah compare kat PJ ni hihihi dan paling penting segar.
Ana juga beli udang putih sederhana besar tu 1kg RM42 (huhu uncle sebelah tu RM38 je cess).
Ikan pari sekilo RM10 tapi uncle tu kata amik saja la RM5 maka ok la boleh buat bakar hehehe.
Teringin sangat nak beli ketam nipah yang mahal tu RM50 sekilo huhu, ana ke pasir penambang beli 2 ekor RM66. Huhuhu mahalnya kau ketam, nangis beg duit acik.
So kali ni habis RM177, sebab ana beli sotong jugak. Hihi RM14 sekilo. Okla bosan korang baca seafood...seafood..seafood. Perghh jangan lupa pekena karipap gergasi kalau dah ke Kuala Selangor nih. Ok tu je bye.

Mak Cik pilih ikan, jual murah-murah ni


Antara ikan yang ada
 

Tempat parking
 
Sepanjang ni adalah kedai-kedai ikan

Thursday, 23 October 2014

Pasar Pasir Penambang, seharian di Kuala Selangor

Wehuuuu...tajuk tu sehari tapi tak la sehari mana pun. Perjalanan kali ni adalah dari inisiatif diri sendiri yang kebosanan dan keterujaan nak makan seafood banyak-banyak (gila aku bukan diet ke mihmihmih...). Tambah-tambah cuti Deepavali nih, apa je nak buat kt rumah, maka jom jalan-jalan.
Ok lets go bergerak menghala ke Kuala Selangor. Dari Subang Bestari ke sana tak la berapa jauh benar, tapi InsyaAllah kalau dah duduk Pristana nanti, lagi lebih dekat la dengan Kuala nih. Maka harus la seafood segar hari-hari. Dari rumah dalam pukul 12 tengah hari cam tu. Sampai sana dalam pukul 1.30 itu pun sebab berenti beli karipap gergasi. Tapi jangan risau, ni bukannya macam pasar yang kena pergi pagi-pagi, kat sini sampai ke petang ada ikan.
Jalannya susah ke? Eh senang je, guna google map pun boleh. Kami guna jalan Kuala Selangor ni, sampai area Bukit Melawati ada traffic light sila berhenti kalau merah. Pastu jalan terus, naik jambatan seberang sungai tu, nanti kat selekoh ada Giant belah kiri, terus lagi sampai traffic light ke dua (kalau depa tak tambah traffic light la) selepas tu dan anda harus belok ke kiri. Ada tulis signboard Pasir Penambang. Hah lepas simpang ni, jalan terus dalam 70meter lebih kurang kemudian belok kiri, agak-agak dalam 100meter cam tu nampak dah pasar di sebelah kanan anda. Wahhhh..gitu sekali nak bagitau jalan. Oh ya landmark area situ senang je, kiri kanan kedai-kedai dan restoran cina, Nampak tu kira sah dah la tu.
Sampai pasar tempat pertama dituju ofcos la kedai jual ikan kan. Makanya harus la memborong sakan. Sampai je sana benda pertama ana nampak sotong sekilo RM14..hah RM14? sotong besar gedabak nih rege ni je eh murah banget nih, apo laie pilih masuk bakul, amik kau 1.8kg acik beli miahahahaha (total RM25), beli ikan jenahak sekilo RM28 ikan paling kecik 1.5kg (RM33) harus la acik kena asing-asing masak 3 kali. Pastu niat nak beli ketam tapi En Mie kata ketam ni kecik dan ringan...ok part ni serah pada yang arif...bab-bab ketam ni dari beli sampai ke makan acik memang fail, bab masak tu ok laaa....hahahaha. Tapi I is geram uols dengan ikan kembung besar a.k.a mabung. Terbayang-bayang betapa lemaknya isi ko ikan weh, yang ni sekilo RM10 murahnya la...total ikan ni 6 ekor size big-big (RM11 ~ 1kg++). Kat situ je acik habis RM69, pengsan.
Next station ketam, hah yang ni pening sikit la sebab tak pakar kan, akhirnya En Mie pilih 4 ekor ketam gedabak beratnya harusla 1kg plus sebab total ketam RM35 (1kg ketam RM25..mahal). Acik tambah 2 ekor cencaru kuda (cencaru besar tu) sekilo RM9, size gedabak beli 2 ekor dengan berat 1.5kg RM10 so total RM45. Oleh kerana kami jauh sikit perjalanan, makanya kami beli kotak putih dengan harga RM7, ais tak perlu sebab bila beli ikan dia bagi ais kalau tak cukup mintak aje...hihi.
Pastu rasa macam eh-eh macam kurang lah hidupan laut, maka acik beli agak-agak dalam 25 ekor udang dengan harga RM13 (sekilo RM30) ni yang size XXL kalau kat Tesco. Tapi kat sini, size ni macam anak udang, sebab ada udang lagi besar dari nih boleh dapat RM55/kg. Fresh sangat sampai nak kopek pun payah. Syok oo sampai lupa nak selfie dengan ikan miahahah. By the way, next trip kita orang nak pergi ke Cherating, tapi sebelum tu nak ke Kuantan dulu saje jalan-jalan. Hah seafood lagi jawabnya.
Hidupan laut yang selamat sampai ke rumah, maaf tak dan nak bukak satu-satu
Semua stok ni dah siap-siap bersihkan akhirnya dapat makan untuk hampir 2 minggu (tertakluk pada kerajinan tukang masak yang mana mungkin akan jadi lebih lama kot kat dalam fridge). Ana ni suka simpan ikan dan ayam yang dah siap-siap bersih dalam fridge, sebabnya balik je kerja, thaw kejap dan boleh masak. Kalau nak siang bagai memang lah malas amat. Lagi pun cara ni untuk pastikan peti ais bersih takde kesan darah bagai.
Oh macam tu punya banyak hidupan laut kita orang beli, malam tu jugak 2 ekor ketam, semua udang dan 6 ekor sotong kita orang bedal. Mana tak buntal masing-masing makan. Melantak tak hengat siap lagi ada orang buat calculation, kalau makan kat kedai macam kat pelabuhan Klang tu mau jenuh nak bayar, dekat nak 200, macam mana tau? Tak tau tak cakaplah kan, nanti kena saman pula, kita orang pernah makan (itu pun ikan pari bakar, sotong dengan udang goreng tepung je).

Ketam masak cili telur masin, udang goreng butter dan sotong goreng tepung. Yummy. Since acik tengah diet maka acik punyer Nasik amat lah sedikit. Pastu cuci mulut dengan lemon infused water. Memang sedap la. Baki ketam acik plan masak lomak cili api hahahah.

butter prawn sempoi
ketam cili bertelur masin sempoi (tak ikut cara biasa hahaha)
sotong goreng tepung, ngam ho

Ok dari sini, time nak balik tu acik singgah cendol bakar. Amboi En Bakar, siap dah daftar sebagai harta intelek ye, siap ada branch kat Klebang dengan PD lagi you, syabas Inspector Sahab, syabas. So far cendol ada discount 20 sen ye, kalau idak kami bayor RM6 tapi sebab 20sen makanya kami bayar RM5.60. Kemudian singgah beli karipap gedang ni lagi...haih melantak je keje aku laki bini.

ada banyak gerai-gerai lain di sini

Pastu singgah solat Zohor dan akhirnya kami pergi tengok rumah. Aihhhh...no. lot acik ingat la tapi no. rumah hampeh. Akhirnya teknik kiraan lorong digunakan. Ces betullah rumah aku sebelah rumah contractor tu. Geram je segala simen, batu batan dilonggok dalam kawasan pagar den, dengan tempat parking motor staf dia lagi, bakar kang...hahahaha. Pastu ada la 2,3 orang jiran-jiran yang keluar rumah gi buang sampah, sambil mata ala-ala pandang semacam je, ek eleh, aku bakal jiran ko la..apa da. Hahha itu la serba sedikit cerita acik seharian kat Kuala Selangor nih, sampai rumah dekat nak pukul 4.30 haha mampu? Sakann...

Wednesday, 5 June 2013

World Environment Day 2013

Macam biasalah join event ni tiap-tiap tahun cumanya event kali ni company acu buat awal (11052013). Habis la kitaorang sefamily siap bawak kawan-kawan lagi. Kali ni buat di Ladybird Organic farm ladangnya kat Semenyih. Jauh juga la dari rumah, tapi naik bas kan so cool la.

Tahun ni lebih pada aktiviti melawat dan berkenalan dengan pokok-pokok dan herba-herba. Ada macam-macam antaranya Sabah Snake Grass yang katanya antara herba terhebat dan terbagus untuk rawatan kanser In shaa Allah. Kata Mr David (owner ladang ni) abang dia amalkan pengambilan daun ni untuk kolon kansernya dan dia disahkan sihat kembali.

Seterusnya kita orang join aktiviti memasak tanpa api, nama group pun dah kerabu salad so hidangan pun tentu-tentu la salad yang mana salad kami adalah hasil pertembungan timur dan barat (maapla takdo gambar...si Aiman ni pegang kamera betul-betul dia fully utilise, gambar dia saja posing, siapla ada tukang layankan hahaha). Resultnya kami dapat hadiah sempena group yang paling outstanding cecewah...hadiahnya?semua organic huhu, hingga hari ni tak tau nak guna flaxseed tu untuk buat apa.

So layan gambar pula.

ayam organik

model kebun sayur

outstanding group

tempat memasak

anak-anak sawi

arnab organik

Mr David sedang beri penerangan tentang cacing-cacingnya

Rumput Ular Sabah

Monday, 17 December 2012

Wiken sambil bermasyarakat

Hamboi..tajuk..sosial habih..kui..kui..sedang hapdate sambil telan doyan crepe..tak tau tajuk apa paling best. So belek-belek cik Lumix nampak ler gambo lame...so layan kan aje ler..event ni bulan May lepas...cam biasa event company acut (company gue...usah dipikir deh, ngak ada yang enak mau dikongsi) nak wat lagu mana menempel ajela kennn..hokey-hokey...rasanya pernah kot wat entry ni tapi ada gambo tak sempat upload lagi so ni ler masa nya...yang gambo tong kaler-kaler tu sebagai rujukan cara-cara buang sampah...ahakss...pada activist alam sekitar, anda mungkin prihatin tentang ini, tapi saya tak berkesempatan ke taman alam ke taman laut ke apa ek name nyer tah kawasan paya bakau tu, kabo nyer stakat nak cari set perabot untuk sebiji rumah sonang amek aii...sofa seset dua tu cam susun ala-ala kedai. Kepada masyarakat yang suka buang sampah merata tu (sambil nasihatkan diri sendiri jugak, mana tau tanpa sedarkan) sedarla ye akibatnya, anda aje yang akan dapat tengok tempat ni..next generation sorry, they only can see it in the museum..maybe.. apa pun bak kato bos ese, this is brought up issue, teach your kids a good manner now and they will turn as a better human in future....ok la... chowww...

Tepian pantai yang semakin lama semakin hilang ~ selalu gak kuar TV/paper ~Pantai Remis, Jeram

Tong sampah yang tak berapa digunakan buktinya?kami kumpul 15Kg (if tak silap) total semua sampah almost 200KG :p

Sepi..tapi tenang~sampah tok sah cakap menimbun

Wednesday, 31 October 2012

Kota Damansara oh Kota Damansara

Psstt...pagi tadi jammed tak? Me? Of cos hari-hari jammed, hari-hari gerak keluar rumah dalam kul 7.30a.m. padahal dekat je 13km lebih kurang. Kadang-kadang tak jammed tu kira bertuah la hari tu boleh la jejak kaki kat ofis dalam kul 7.55a.m.

 On the way dari rumah jammed start dari simpang Subang Bestari, Jln Sg. Buloh- Shah Alam. Tu nasib baik kalau dapat time tak menentunya tu dari simpang rumah jammed dah (o.O). Masuk simpang ke Kota Damansara ni start la perarakan beramai-ramai, kereta berwarna-warni, ragam macam-macam...kalah perarakan hari Kebangsaan wa cakap lu.

Kalau ada accident, ermmm biasala Malaysiankan prihatin, kadang-kadang aku pun terjebak gak (sah kepoci).

Apa kena mengena dengan Kota Damansara ni? OOO...amik ko O aku...sesapa umat kota ni mesti tau nape tulih gini. Terkenal,  kalah Jalan kat New York, al maklumlah bukak je Hotfm ke atau mana-mana radio yang ada laporan traffic mesti  ada citer pasal Persiaran Surian. Glamer ko..sebab glamer sangat???

Jammed la..melekat..Kota Damansara ni kan penyambungnye Persiaran Surian nih terus ke depan keluar la ke LDP (lebuhraya kesayangan ku... :p). Tak percaya teruknya korang datang la sini, pagi dari kul 7.30, lunch dari kul 12.30-2p.m and petang dari kul 5.30 ke kul 7.30 (silap2 sampai la malam)...Isnin ke Jumaat (Sabtu dan Ahad pun sama gak)

Tambah plak construction kiri dan kanan jalan adui la menambah, MRT ni pun dah sibuk2 dah projek nyer, aduiyai..aduiyai...aku nak masuk la contest kat MyMRT tu, sesapa yang belum masuk cepat join, share kat facebook pastu kita like! like! like!

Ergh...apa motif aku tulih entry nih?ntah la stress kot...tulun..tulun..hikhik..


gambor dari dalam kete aje

Friday, 20 July 2012

Weekend activities

Hello all...my last weekend was super hyper busy :D.
I supposedly went for a bowling tournament organized by my company sports club. But due to my so call ‘pack’ schedule am not going. Why? Let’s picture talk, they speak better than me wahahaha…

Sukan Sekolah Sofea...but sadly I tak ingat nama sekolah my niece. annnddd...fyi, I lambat fetch her so she can't joint the marching session.


She's not joining the sukan but enjoy makan hihi
Around 10.30a.m, my niece said, "lets go, I'm bored". 

Reached home, my sis already prepare food for lunch, take a bath, lunch and send my younger sis to Shah Alam, she's having an exam there. 3.00p.m send another sister to her office in Dayabumi (outstation to Kerteh). Went back to Shah Alam, did my window shopping in SACC mall hahaha (Wedding fair). Pick up my sister send her to LRT Kelana Jaya and went back home.

Take a bath, prepared for the next event "friend's kid birthday party" and then, sending back my niece to her mommy. 

Note: please disregard all the grammar or error in this post as am not planning to write anything, so am happily write and write and write.