Wednesday, 20 February 2013

RVCC for Makan Besar

Hallu...hallu...tak sempat nak wish "Gong Xi Fa Cai". Wishing all of you happy and prosperous year.

Walla...kali ni order RVCC lagi, actually order ni untuk makan besar sempena Chinese New Year.

Kebiasaan bagi kaum cina, makan besar pada malam sebelum hari kejadian, orang putih kata 'Chinese New Year eve'.

Then, the 10 days' eve there is another 'makan' time. Yang ini untuk "Emperor" katanya. So far ada lagi yang banyak perlu dipelajari. 

Writing with info but not sure the info right or wrong is not a good writing habit. So...study first. Hew..hew..hew...



Set of 9 pcs



Single cup


Oh ya sedikit pesanan kepada semua customer yang dihormati, sebelum itu saya dengan rendah hati nak minta maaf pada semua yang nak order tapi saya tak dapat nak penuhi dan pada yang ordernya tanpa deadline dan boleh saya buat bila-bila masa maka terima kasih saya ucapkan. Harap maklum yang saya beroperasi dari rumah sahaja dan semua kerja baking adalah selepas waktu bekerja (Isnin-Jumaat) dan full day untuk Sabtu dan Ahad. Selagi mampu akan saya penuhi permintaan semua.

Begitu juga dengan kelas yang anda minta. Saya takla hebat mana pun, dalam kelas ni kita lebih kepada knowledge sharing. Apa yang saya tahu saya akan beritahu. Kepada customer dan bakal customer yang dihormati, ada beberapa isu di sini dan sekali lagi saya minta maaf.

Pertama, bagi order yang berjumlah besar seperti contoh cupcake  lebih 500pcs, sila buat tempahan sekurangnya dua miggu awal. Ini akan memudahkan urusan kita semua.

Kedua, pada yang bertanya harga, saya akan email quotation pada anda dan harga adalah 'boleh dirunding' ye. Akan tetapi selepas beberapa perbincangan dan customer senyap maka secara automatic saya anggap deal ini tak jadi. Ini juga bagi membolehkan saya menerima tempahan lain.
 Ok...tu saja kot pesanan...terima kasih semua.....

Monday, 4 February 2013

The Red Velvet Cupcake (RVCC)

Wah bunyi, kelas ko, macam KLCC pun ada hahaha...seperti tajuknya ia adalah kek atau yang sekarang ni dalam versi kek cawan. Rasanya ermm..makan satu mau lagi satu. Apa pun kena control, pengsan tengok mesin timbang menambahkan angka, tak berhenti di nombor biasanya. Buat juga la bila ada order, tapi sememangnya tak mampu menahan keinginan menghabiskan lebihan krim keju dalam mangkuk adunan  urghhh....godaan apakah ini. Ini pun order dari kawan sekerja.

Apa pun orang kata RVC/RVCC ni sedap, lembut macam baldu dan berkrim. Ada yang kata kek ni simbol rasa cinta. Ermm ntah la mungkin juga, sebab kek ni kalernya merah (boleh je nak biru, hijau, kuning hahaha).




Keluar oven terus "snap'

Siap top dengan krim keju


Double Decker in town


Assalam semua...bersiaran lagi, kali ni order yang tah keberapa untuk pavlova. Order dari kawan office. Cuma pavlova kali ni special, ianya 'double', dah macam sandwich pun iye juga. Disebabkan sizenya yang dua kali ganda dari biasa maka terpaksa la diletakkan dalam kotak yang juga dua kali ganda dari biasa..huhu..nampak macam 'besarnya' pavlova ni. Di tengah antara dua meringue tu hanya whipping krim bayangkan 'kemewahan' dessert ni huhu.



Side View


Top View


Thursday, 31 January 2013

Kek suka hati

Assalammualaikum, selamat bercuti la ye pada yang berada dalam kawasan Wilayah tu (wah..wah..wah...kemain Ucu den gi shopping)...order ni datang dari Ambung.

Orang Nismilan ni yang sulung biasanya di panggil Ambung untuk perempuan dan Ulung untuk yang lelaki. Cer dengar lagu apo kono eh jang tu, kan ada part yang kata "kato Ombung den, kato Ongah den, kato Ucu den" ahahah hokey.

Kek ni tanpa tema so kato Ombung den suka hati kau la Lang. So apa lagi suka hati Ana ler kan hehehe. So hasilnya muncul la kek yang tak seberapa...hanya ada 'Happy Birthday' je tanpa nama. So persembahkan kek comot saya.......tadaaaaaaaaaaaaaaaaa



pandangan dari sisi


kalau tengok dari atas gini ler rupenyer




Wednesday, 23 January 2013

Sekadar bercerita

Semangat cuti kata kawan yang call baru-baru ni. Cuti apa ye? HoOoOo tengok kalender baru ler nampak. Maaf la saya ni keje company 'obersee' mana ada cuti-cuti nih...untuk makluman Raya Haji pun tak cuti tau sedeyyyy...tula dulu nak berenti sangat sebab nak lari mulut naga, walaupun saya tau saya masuk mulut rimau, tapi takpela masuk mulut rimau pun rimau manja. Tak cuti untuk hari-hari berikut so next time bila baca blog ni ana ingat la hari apa ana tak cuti KHA..KHA..KHA (bos ana kalau dalam sms dia gelak camni ler hihi):
  • Maulidur Rasul
  • Thaipusam
  • Wesak
  • Nuzul Al-Quran
  • Hari Raya Haji
  • Awal Muharram
Pasal update? Kadang-kadang ana free ana update, ana rajin ana update, ana punya broadband sihat ana update, ana ada idea ana update so kesimpulannya semua ni pokoknya ana. Blog ni ana buat memang untuk simpan dan tayang (tak menahan hahaha) gambar-gambar hasil kerja tangan dan kerja keras tangan ana hehehe..tapi as per header blog ni..so ana bebas untuk bercerita apa yang ana nak cerita, bukan apa, ana ni pelupa mungkin dulu ana pernah buat kek ni dan sekarang nak buat lagi tapi ana lupa bahan so refer la blog ni. Atau mungkin juga customer ana cakap camni "ala, buatkan kek macam yang you pernah buat untuk si polan tu" so sini juga la tempat ana merujuk kek si polan tu macam manakan. Sekarang ni durian dah takde musim jadi crepe durian pun dah semakin menyepi, kalau ada cerpe pun oreo dan mangga saja ~ order untuk yang ni kurang berbanding durian. Tapi pavlova masih lagi banyak permintaannyer...so sekarang ni atau dengan kata lain peti saya sentiasa ada pavlova hehehe...dan wajib la ada strawberry juga (coz ni la buah paling berseri hehehe). Okla penat merepek tah apa-apa..cau dulu...


Yang ni tunggu nak bagi tuan-tuan nya


Close up skit


Bila si comel meragam

Yuhuuuu...siaran tertangguh ni hew..hew..hew...busy la katakan :p
Minggu lepas si kecil merengek je, sampai satu ofis boleh dengar hua..wa..wa...
Lantas sebagai pengguna bestari maka dengan bangga la ana gi anto si kecil ke bengkel...
Paling best tempat tu pusat servis proton tp kete saya kete perodua...takpe kan..tak salahkan? Jangan la pandang-pandang cam saya salah kedai hak..hak..hak...brader-brader yang anto exora diaorang (ermmm nape semua exora ek?mana yang lain?) kemain lagi pandang (wei kedai tu yng kata boleh apa kete pun lerrr...) ok biaq pi la kan
So selepas diperiksa dengan teliti, rengekkan berlaku kerana.....brake sudah kembung-kembung (ayat yang bukan tukang baiki kereta) dan brake pad telah di'tarah' dengan rakus sekali, lagi pun pad nya sudah haus.

Sebelum ~ tayar sudah buka tengah skim disc

Selepas~tayar dah pasang..boleh Vroommm
hasilnya pelaburan sebanyak seratus empat puluh lima ringgit pun berlaku. Terpaksa no choice, disc brake kena skim semula and tukar pad baru...hasilnya si kecil saya sudah tidak merengek lagi...tapi ayat paling best tukang baiki kete tu bagi "ala kak, proton ke perodua ke sama je akan jadi gini jugak. Supplier brake pun tempat yang sama". Yolah..yolah...nasib baik sama senang nak cari spare part tu hehehe (boleh bagi jawapan gitu?)

Thursday, 17 January 2013

Ngaku a.k.a Arrowhead

Setelah sekian lama tak update apa-apa kerana kesibukan menyiapkan tempahan pavlova dan crepe, hari ni gatei nak update-update hehehe.... Sekarang tengah memikirkan di manakah akan ku cari durian selepas musimnyer berakhir...sedangkan penjual durian juga (yang memang dah sangat kenal and dah jadi kawan si mie) tolong pikirkan masalah ni huhu...apa pun permintaan setakat ni Alhamdulillah...
Hari ni bukan nak story about pavlova and crepe, but today is "Ngaku" day.
Sambil buat kerepek, si Mie dok bebel ngaku..ngaku..tak ngaku..
Ngaku ni kan sejenis ubi, daun seakan keladi dan of course ler hidup di kawasan lembap. Juga dikenali sebagai sengkuang cina (ni kata uncle yang sama-sama pilih tu la) dan orang putih called it Arrowhead. Kebanyakan yang ada di pasaraya tu diimport dari China.

Actually, time Chinese New Year je benda ni banyak di pasaran. If not cam ada takde je. Kalau ada pun mahal. So far Tesco dan Aeon Big a.k.a Carrefour harganya agak murah still below RM3, Giant RM3 lebih kurang dan Mydin pula paling tinggi ~ RM4.00 lebih sekilo. Kat pasar-pasar tak tau coz tak pernah pergi the real pasar..hihihi

Setakat time menulis ni sudah beli 2 kali and dengan berat hampir 3KG..hahaha kemaruk habis..si Mie la ni..sedap..sedap...pastu modified skit cam ala-ala wat kerepek pisang tu..hurmm malatop ko...gambar ngaku tak sempat snap..tunggu ada 3rd round kalau tak sibuk akan cepat-cepat ku snap gambar ubi comel nih. . Gambar yang ada ni yang dah jadi kerepek...oh ye..juga boleh dimasak dengan daging, dikukus dengan ayam and apa-apa lagi yang anda rasa nak buat la..btw congratulation to Mie because he manage to cut and fried the ngaku yesterday. Bukan senang nak menyagat ngaku nih. 1 balang besar jugak ler..siap terpotong jari huhuhu...kesian..sedap..sedap kerepek ni..pandai betul chef pelatih...hangus sikit-sikit tu tak pe la nama pun chef pelatih hihi..


Ngaku a.k.a sengkuang cina a.k.a arrowhead

update: ni la rupe ngaku yang belum diproses.


rupa ngaku yang sebenar
 
jangan potong tangkai supaya mudah untuk sagat