Saturday, 25 January 2014

Seterusnya untuk 2014

Sepanjang 25 hari 2014 ni rasanya hari ni baru boleh update blog. Macam-macam hal. Sibuk la kenduri la laptop on off la tapi yang paling tak boleh pakai bila tukang update malas dan malas. Mana taknya, tengah-tengah buat laptop off sendiri, baru nak edit gambar dia buat hal lagi. Akhirnya sifat sedia malas makin bertambah.

Haha..so mana-mana gambar yang patutnya masuk entry sendiri terpaksa la disatukan dengan harapan terupdate semuanya. Almaklum la 'sibuk' sangatkan. Order-order ni datang dari office dari jiran dan dari kawan-kawan. Gambar yang ada ni maksudnya sempat snap mana yang takde tu maksudnya tak tersnap la tu. Apa pun terima kasih daun keladi, sila la order lagi.





Friday, 10 January 2014

Super Puff in Da-Houz

Lama dah tak menulis. Entry ni sepatutnya tahun lepas dah siap tapi sibuknya kalah menteri. Upload gambar awal-awal tapi biar je dalam draft.
Puff ni ana guna yang segera sebenarnya, tak dan la nak buat doh sume balik dari kerja. Intinya ana letak kentang, cendawan, carrot dan daging. Ana buat macam yang dulu juga. Kulitnya dari roti paratha segera tu. So lihat la donya...betapa mudah suri rumah sekarang haha. So resepinya hanya pada inti.

Bahan-bahan:

Kentang (kupas dan potong dadu)
Cendawan Kering (direndam)
Daging kisar
Bawang besar dan Bawang putih (ditumbuk halus)
Minyak (untuk menumis)
Daun kari
Lada hitam
Garam
Butter (untuk tak nak bagi lekat di dulang)


Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan daun kari
Masukkan kentang dan air, masak hingga empuk
Masukkan daging kisar
Masukkan cendawan, kasi cendawan lembut
Perasakan dengan garam dan lada hitam, kacau dan dah sebati tu tutup api

Letak paratha atas dulang yang telah dioles butter, letak inti, letak lagi sekeping di atasnya dan kepilkan jangan bagi inti bersepah. Bakar pada suhu 160 celcius selama 20 minit.
Kuarkan dari oven, kalau sanggup makan panas-panas sedap ooo..

Hehehe amaran: panas ye inti tu...ok tu je la caranya.
Senang je kan. Selamat mencuba.

Taraa...puff segera saya.


Monday, 16 December 2013

Cakes for Rayyans

Salam semua, setelah sekian lama tiba-tiba ana munculkan diri. Almaklum la kesibukan, jadi masa juga terbatas, ada juga gambar kek yang tak sempat diambil. Terus terang bulan lepas langsung tak sempat nak jenguk ke blog.

Kali ni tempahan dari kawan-kawan sekeliling yang kebetulan nama anak mereka sama jadi tajuk entri ni sesuai sangat 'cakes for Rayyans'.

K.Min order kek padang bola tu untuk Rayyan yang cute dan macho, sempena birthday dia yang ke 6 tahun. Kek Red velvet bersalut cream cheese. Yeap rumput juga perasa keju.









Ok, Kek seterusnya juga untuk Rayyan, tapi kali ni Rayyan yang umurnya 5 tahun, terima kasih Rayyan comel, geramnya dengan dia. Kek Russian black and white cover with cream cheese and ganache. Kek jenis yang sama juga telah di tempah oleh En. Zainal, katanya untuk hari lahir nya sendiri, hehe terima kasih En. Zainal.






The Love is Infinity

Red Velvet cake ordered by Kak Min for her the other half, thanks a lot K.min for the order.
For the love one, love is always infinity.

~xoxo~





Friday, 18 October 2013

Pavlova Single Pack

Satu lagi entry lama terperuk dalam draft, alkisahnya...

Selamat Pagi semua...pagi-pagi ni hati tersapa kenangan lama (hehe...) teringat office lama dan kawan-kawan lama. Semuanya kerana pavlova. Dulu masa masih berkerja di Kota Damansara, pavlova single pack ni sangat la glamer, setiap minggu ana akan buat sekurangnya 5-6 pek. Ana juga digelar 'Ana Pavlova' wehuuuu...dun compius with the original 'Anna Pavlova' ok.

My ex-boss dan ada sorang manager ni sangat la kelakar. Selalu sangat sebut pavlova ni dengan berbagai nama antaranya pavola, palovi, prabola, paloma dan kadang-kadang ntah apa nama pelik lagi yang keluar haha.

Single pack pavlova

Mixed Fruit

Sekarang ni, sejak kerja di Shah Alam, segalanya sangat berbeza. Ana lebih suka tengok orang dan kurang bercerita tentang baking world. Almaklum kat sini orangnya ramai dan sebagai orang baru ana harus tahu takah dan tahap ke'ramah'an yang ana perlu tunjukkan. Hihi...bajet sangat.

Order? Alhamdulillah masih lagi berasap oven ku (ceh pepatah apatah). Yeap berjalan seperti biasa...Alhamdulillah. Merepek panjang lebar, yang sebenarnya ana nak share gambar aje pun. Ni antara order yang sempat ana snap gambarnya. Gambar biasa-biasa, ambil guna hand phone dan camera biasa, lepas tu kalau rajin banyak ana letak frame dan watermark. If rajin sikit, ana resize supaya senang upload dan itu je. Punyer la parah. Tapi bagi ana, itu gambar ana yang ana usaha sendiri untuk buat, ambil dan tampal kat sini. Walaupun tak cantik dan tak segah profesional tapi ana bangga dengan usaha ana tu. Maka tiadalah istilah copy paste harta orang pastu mengaku hak sendiri. Kalau setakat nak wat camtu ana tak perlu la bazir-bazir air dan sabun nak basuh dapur selepas masak ye tak? Tapi tunggu la orang kutuk hasil copy dan paste kita tu. Lagi pun itukan harta orang, hukumnya berdosa sama seperti mencuri. Dulu bila time belajar tentang Intellectual Property (IP) kita orang ni macam gayat sungguh. Yelah orang kita ni ramai yang berbakat tapi tak tau dan mungkin belum betul-betul terdedah tentang IP ni. Memang untuk registration IP ni bagi kosnya sangat la mahal tapi berbaloi. Cuma undang-undang kita mungkin kena lebih di upgrade la kot.

Oh melalut ke IP pulak. Ana sebenarnya baca kisah colek mencolek dan curik mencurik ni kat blog kak ita. Biasalah bila bosan ke tak bosan pun ana akan melawat blog favorite ana tu. Percaya tak kalau ana kata yang setiap kali PC ana di reformat atau setiap kali ana pindah tempat kerja sekali pun blog kak ita ni ada dalam senarai blog wajib 'favorite' hahaha. Kesian kak ita, memang gambar-gambarnya cantik dan terus terang cakap, so far resepi dari blog kak ita tak mengecewakan. Buat konpom jadik. Ada dua tiga resepi kak ita yang ana dah try dah ulas dalam blog ni. Lepas tu tak lupa la ana creditkan ke blog dia semula. Kalau malas ana letak je hyperlink macam ana buat ni. Sila Klik. Ok kat sini boleh baca citer kak ita, siap publish buku tu. Tak rasa bersalah ke? Adoi la, ni kalau dulu zaman study orang kata ni plagiat (terutamanya student yang buat project dan report...google, copy, paste dan edit hukhukhuk)...dulu kan lecturer kita orang siap buat sumpahan ala-ala malim deman... siapa copy paste dia sumpah orang tu jadi mesin photostat hahaha. Cool la Puan Jijah.

Papa Pavlova dan brownies with chocolate mud

Entry berkepuk tapi tak sempat upload...so alkisahnya....

Minggu ni minggu orang dapat gaji..o yeaaa...antara minggu terakhir bulan September dan ini bermakna hari peperiksaan semakin hampir, yang tu huhuhuu. Minggu ni jugak minggu buat appraisal which inilah kali pertama ana review kerja orang. Selalunya ana yang kena review, la ni buat untuk orang plak. Ok dah cukupla meluah ke terujaan dan kebinggungan diri ini.

Order ni dari Kak Hani. Terima Kasih kak kerana order dari Cakequinn. Katanya untuk makan-makan di ofis hari Khamis ni (ni cerita bulan september ye..harap maklum hihi). Disebabkan ana kerja di Shah Alam, so ana hantar pavlova ni pada malam hari Rabu, kat tempat sama --- Angkasapuri.

Kali ni Kak Hani order sebiji pavlova size papa dan brownies, hahaha...payah nak bagitau size pavlova ni tapi biasanya ana akan buat berdasarkan inci. So yang ni 8 inci. Sesapa nak pavlova papa cam Kak Hani, sila-sila jangan malu jangan segan ye...call boleh hantar sms pun boleh. 

Pada Kak Hani, terima kasih banyak ye..harap maaf mana terkurang, komen akak sangat-sangat ana hargai untuk teladan masa hadapan.

Oh kak hani juga ada bagi tau pasal kek Ben-10 untuk Ammar tu. Katannya "Awak, kek sedap, tq...." Kak hani kata buttercream pun tak muak. Yang tu I nak say thank you to Subang 2 bakery, atas tunjuk ajar. Dan paling penting Alhamdulillah...seronok dapat buat orang happy. Ok ana akhiri entry ni dengan gambar makanan (apa lagi yang ada untuk paparan kan) untuk tatapan semua. Thank you Allah, thank you semua.

Brownies with choc ganache

Papa pavlova

Close up

Saturday, 21 September 2013

Selamat Bertunang Hanis..

Wah tajuk..tunangnya 31 August lepas. Dia call tanyakan pasal cupcake untuk hantaran tunang, katanya, idea adalah bebas...so as long as nampak cun dan menarik jadi ana buat la. Rasanya red velvet sangat menarik, sesuai dengan tema-tema romantica d'amour gitu...letak skit kaler biru, purple dan pink bagi naik seri...so kat bawah ni gambar yang sempat ana snap. Kadang-kadang bila buat tempahan ada juga yang tak sempat nak di fotokan. Maklum la berlari berkejaran dengan masa.

Pada Hanis, selamat bertunang, maaf la mana terkurang dengan cupcake ni ye. K.ana sedang berkejaran nak prepare untuk open house masa tu hihihi (ermm...punyer la hebat sampai tak tido semata-mata masak untuk open house dengan isu airnya lagi...)

Pada siapa-siapa yang nak order, ianya sentiasa terbuka, cuma anda perlu beritahu awal, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum (ni bagi simple cake ye contohnya kek coklat dengan ganache or buttercream dan hiasan pun simple, kalau nak edible image ke, kek kawin bertingkek-tingkek ke harap maklum la ye, jangan la 3 hari sebelum majlis baru nak roger, tak da jawapnya adik-adik dan akak-akak ye...2minggu tu ok sangat dah...sebulan lagi bagus tambahan lagi bagi kek yang perlu figurine lagi la jangan last minutes.)

Ok la, tunggu ana upload lagi gambar-gambar cuppies ni...