Friday, 3 May 2013

Brownies Lapis Cheese yang awesome

Assalam...ceh tajuk tak menahan. Brownies ni Hanis tempah untuk birthday Abangnya. Thank you Nis.
Kiranya balik je jalan, ni projek pertama yang ana buat sebelum balik mengundi. Sekarang ni musim AGM so keje sangat banyak di ofis. Okla tu je nak cerita hihi.



Simple je dekonyer, hanya tambah strawberries



View dari tepi, sedikit senget la pula


Cheese Tart

Tart ni terhasil sehari sebelum gerak ke Sabah. Kiranya duit tambang teksi nanti hihi...
Apa pun terima kasih pada yang meng'order' katanya akan order lagi. Mula-mula pelik juga kenapa la mamat ni minta asing jadi 2 bekas. Rupanya dia beli share dengan kawan se'department' nya...

Ok la, nak menulis entry tentang Sabah pula ni...ana tampal gambar untuk tatapan..peace.


15pcs untuk si A


15pcs lagi untuk si B


Monday, 22 April 2013

Ops Tat..Cheese Tat Gebu

Hehe...saja buat tajuk gempak sikit. Gara-gara tempias Ops Daulat dan kemaruk nak bercuti ke Sabah. Kata family saya "ko pergi Sabah tu nak jadi volunteer ke"..ha'ah...haruslah kennnnnn laki bini gitu pergi jadi sukarelawan hikhikhik...

Sebenarnya dah 3 minggu batuk dan selsema ni tak hilang. Agak-agaknya ubat apa la nak makan bagi hilang segala tok nenek ni hihi. Tercatat la dalam sejarah dunia ofis saya yang saya ambil cuti sakit(MC bahasa sejagatnya) selama 2 hari. Sebelum ni jangankan MC cuti pun susah huhu. Bukan tu aje, peruntukan RM500 yang company bagi pun habis dalam masa 4 bulan. Camne la nak menempuh lagi 8 bulan untuk 2013 ni..huhu sedih. Dalam pada sakit tu, tekak masih lagi mampu 'melantak' kaw..kaw pula tu. Paling dashyat masak pun jadi malas. Sudahnya En. Mie sumbat dengan McD la, Dominos la, Nasi kukus la dan just name it and i'll get it huhuhu seronok la bini awak ni bang oi. Gomok la den...

Ok la merapu aje tat nyer tah ke mana. Sebenarnya nak share gambar aje. Resepi nanti ye bila ana dah free ana akan buat cantik-cantik. Dan paling penting bagi ana up skit skill menge'tat' ni, maka bolehla dikongsi tips dan keberhasilanya. Sebabnya tat yang ni tak berapa cantik dan legam sikit. Maklumla busy katakan, menonton Lewis Hamilton la Micheal Rossberg la (ha eja sendiri janji ada bunyi) Ferrari, Ferroro la, bintang mencari bintang la macam-macam. Yang pastinya lawak Afdlin Shauki dan anak buahnya si Bocik sangat sempoi dan menjadi, lawak tak ingat terutama bila bab kembar awal sehari dan lewat sehari. HAHAHA terbahak gelak. Si Sabri Yunus a.k.a Sabri Fadzil kata Pak Tam pun lawak juge cuma lawaknya buat kita kena berfikir. Hah tengok, banyak rancangan yang si Ana tengok mana la tak menghangit. Last-last tat terlebih masak. Adui tu belum letak filing mau rentung jadinya.

Ok ni gambar yang sempat di snap sebelum dimakan dan ditapau.



Tengah-tengah mengantuk, hujan dan ditemani perut lapar hehehe


Photogenic cheese tat :)


Sedap...


Sedulang tat hangus...cheese tat betul


Nota Kaki: Pada Kawan saya...Silent Reader nama LALA...sila jangan email ye datang makan kat rumah hehehehe

Thursday, 18 April 2013

Brownies yang cun

Selamat dan sejahtera...kali ni nak mengongsi gambar brownies kukus lapis cheese...apatah namanya main hentam je. Ada nampak resepi kat blog-blog masakan tapi tak sempat nak print. Jadinya hentam je resepi sendiri. Ikut tekak nak makan tiba-tiba kenn...

Resepi senang sangat. Untuk adunan coklat boleh refer kat resepi brownies terdahulu, cuma telurnya di tambah lagi 2 biji. Yang cheesenya pula pukul 250g atau sebungkus cheese Tatura yang kecil tu dengan setengah cawan gula halus dan bila dah sebati masukkan telur. Aduk-aduk sebati.

Kukus adunan coklat selama 15 minit (bahagi dua adunan ni), masukkan adunan cheese, kukus lagi 15 minit dan akhir sekali masukkan adunan baki coklat. Kukus agak dalam 20 minit atau cucuk dengan lidi. Kalau bersih berkilat lidi tu maka dah masak la tu.

Topping senang sangat, suku buku butter size 250g, coklat masak dalam 200g (hehehe banyak ni) setengah cawan whipping cream (bukan tenusu ye). Masak kaedah double boiled. Brownies dah sejuk curahkan topping. Walla...potong-potong boleh makan. Sedap you...

Si Comot

Comot yang enak

Tuesday, 9 April 2013

Cakequinn selangkah ke hadapan

Alhamdulillah...ye tajuk tu memang benar. Selangkah lagi menimba ilmu dalam bidang pastry, cake dan hiasan. Ini juga sebagai persediaan untuk masa depan, mana tau dah malas makan gaji. Kali ni Ana mencari ilmu dalam bidang gumpaste pula. Sebenarnya Ana dah lama berjinak-jinak dengan gubahan bunga atas kek tapi biasanya guna fondant atau paling tidak beli bunga siap hihi. Kali ini beralih ke gumpaste pula. Gumpate ni lebih mudah digubah tapi kena cermat dan tertib. Biasala benda cantik.

Kelas ni Ana belajar dari Kak Jun - cupcakekasih a.k.a www.diarikasih.com, banyak jugak ilmu yang Kak Jun ajarkan pada kami. Antara bunga yang kami belajar antaranya peony, roses, carnation, my lovely calla lily dan a few yang namanya payah nak sebut, tapi dicipta tujuannya sebagai filler. Kelas kami ada seramai 5 orang, Kak Gee a.k.a Aunty, Suhaila Zakaria (antara tukang buat tart yang glamer), Syafa dari Kuantan a.k.a Syafa Cupcakes (google la mesti jumpa) dan Said yang datang bagi pihak isterinya (betul ke eja ni? katanya ada juga buat kek, sapa2 area Sg Buloh boleh cari).

Kelas bermula dari pukul 10 pagi, tapi Ana lewat, jammed teruk di Airport Subang (ada accident huhuh) dan berakhir pada pukul 5 tapi terlajak ke pukul 7 hihihi..Kushyuknyer kami. Seronok banyak ilmu dapat. Ok...antara gambar yang ana sempat snap. Tak banyak tapi boleh la.



peony

antara bunga untuk filler

ni sedang gubah

siap dah

maaf tn rumah..kami sepahkan

view dari side tepi

view dari atas



Friday, 5 April 2013

Diserang!!!

Nak sharing dan tunjuk sesuatu. Geram sangat tengok, tiap-tiap minggu selepas kemas rumah dan kalau tak busy ini lah kerja wajib kena buat. Tengok gambar, si kutu tu melekat dan mengerjakan kaktus dari kumpulan ni..(masa ni payah betul nak ingat nama family kaktus ni...tp succulant type). Bila dikorek dan dibuang ulatnya nanti akan menanggis si pokok (maksudnya keluar air dari bekas gigitan tu). Setakat ni tak guna lagi racun-racun serangga, cuma kutip satu-satu dan buang kutu tu.

Kaktus berduri tu taknak pula dia, cuba makan sedap ke tak kutuuuu oi..hehehe. Marah bunyinya. Tak ler marah geram sikit je.

Oh ye citer pasal perosak ni, baru-baru ni balik kampung singgah kat pasar malam Rembau jap. Beli makanan sikit dan paling best jumpa sesuatu untuk cik titi di rumah. Bila balik rumah terus letak kat ayam baki-baki dan tak sampai sejam kedengaran bunyi cik titi menjerit, hehehe jerat dah kena. Cik titi tak makan saman, dah bagi amaran pun masih main kejar-kejar lagi...kan dan kena hihi.

Itu je nak citer sebenarnya, tapi terpanjang pula celoteh.














Raikan Cinta ~ Red Velvet in da house

Yuhuuuuu...untuk kesekian kalinya saya persembahkan RVC dan RVCC baca betul-betul..bukan RCW hokey...RVC and RVCC I memang seksi hokey so kengkawan meh I nak bagitau yang kek seksi I ni ditempah khas oleh my opis mate untuk mama dan abahnya punyer anniversary...yang keberapa tak tau sebabnya tukang order pun tak ingat hewhewhew...bukan itu saje ada jugak pavlova mini untuk meraikan cinta..eceh..aku plak over...hokey layan gambo jela


Red Velvet Cake in da house


Cupcake version


Mini pavlova


 
p/s: ~Happy Anniversary~