Monday, 7 January 2013

Hadiah dari seorang suami

Tajuk tu macam citer filem (yang memang tak layak ke pawagam hehehe).

Alkisahnyer satu hari Encik Mie bawak balik order-order dari kawan-kawan dia. Ada 1 special order, katanya untuk wife kawan dia, nak kek buttercream ~ krim mesti kaler pink, hiasan tak kisah janji tulis Happy Birthday/ Selamat hari Lahir Lela, so sweet. Jadi temanyer ana pilih garden, tepi-tepi kek patut ada coklat so nampak macam tanah...tuan kek kata nak pink so tanah pink, nak effect tanah buat la keluk-keluk yang tak berapa cantik. Hahaha...gambo kat bawah hasilnyer...tak seberapa pun..saya budak masih belajar

Tuan kek minta hantar hari Sabtu, ke kilang tempat keje dia dalam kul 3 petang. Disebabkan Mie ada kelas wiken so pepaham je la, mem ni maleh plak nak gi menghantar, oleh kerana kebetulan nak gi ambil hadiah kat Korean Wallpaper kat sebelah IOI tu, maka dengan bangganya gi tau kat kawan Mie yang kami akan hantar hehehe...rajin tak?free delivery tau...nun kat BK2, Bandar Kinrara tu. Lela? tak kenal pun husbandnyer kata dia sangat pemalu...huhu..hokey takpe janji dia suka dengan kek ni kira ok la tu. Chocolate moist with buttercream.

Special untuk Lela

Happy Birthday


view dari tepi

Citer pasal wallpaper tu, eksyen tau tukang jaga kedai tu. Tau la nak amik benda free macam nak tak nak je dia layan. Erm...disebabkan gi amik 2 hari selepas date dia umumkan pemenang so pilihan pun tinggal yang tah pape. Ye la akhirnya pilih warna hijau sesuai sangat untuk bilik baby hahaha...maybe nak letak kat bilik solat a.k.a bilik buku a.k.a bilik aktiviti saya wahaha...sebenarnya tu hadiah pertandingan kat iProperty.com.my. Tak tau la nape mak cik ni rajin bebenor submit entry and pecah-pecah kepala pikir slogan hihi. Hokey la tata titi tutu...
 



Ini la wall papernyer
Hijau polkadot

Sunday, 6 January 2013

Yang pertama~2013

Haha..hallo..salam tahun baru (ermm hari ni yang ke-4 dah pun). Kesibukan melanda jadi nyer memang jarang ler meng'hapdate', nak pula year end tu berada di luar kawasan (sangat la kan). Biasala projek gi menghabiskan cuti tahun, tu pun masih berbaki lagi 6 hari setengah. Tahun ni ada la 21 hari setengah cuti...yebedabedu...boleh ler gi bercuti-cuti Malaysia lagi hehee (tapi macam ada plan je nak gi luar dari Malaysia hihi..kunun..)

Luar kawasan tu sebenarnya masih ada coverage lagi cuma laptop dan broadband nyer takde, so tak de la activity 'online' lagi pun, cik broadband saya kehabisan quota..terpaksa la menunggu sehingga quota baru diberikan lagi..ish..ish..ish..payah jugak bila kemaruk game kat internet ni, normally quota tu nak lepas 1GB pun belum tentu lagi hihi.

Okeyla takde apa pun yang best nak share setakat ni, cuma beberapa photo hasil berada di luar kawasan untuk paparan bersama. Entah akan wujud atau tak lagi tempat ni pada masa akan datang. Buktinya dalam entry ni akan ana upload juga gambar-gambar yang tak berapa menarik (kadang-kadang rasa cam activist alam sekitar plak hehehe).

Mungkin ada yang tertanya, tak boring ke gi tempat sama every year? Jawapannyer TIDAK. Suka lagi ada. Dan yang paling happy sekali bila dapat beli pokok carla lily (hijau dan putih). Harapnya tumbuh dengan baik la kat rumah ni nanti (siap ada yang nak buat pokok lily goreng tepung...cis  berani ye).

Hokey la, meh layan beberapa gambar yang disnap dengan camera HP - pelupa la katakan...camera pun tinggal


lagi 2km nak sampai simpang

nak sampai toll dah

BOH plantation

Dari tepi jalan je


Sampai juga ke puncak


Gunung Brinchang - Puncak nyer..pun ada vandalisme

saujana mata memandang

Nampak je sedap tapi masam

lori ni banyak kat CH-signature

Habis hutan~ kononnya untuk pertanian huhu

Ni la hasilnya...silap hari bulan tiang tu pun rebah


Kenapa la payah sangat nak upload gambar

Entry kali ni entry bengang...setelah sekian lama bersabar untuk update hari ni malas nk tunggu dah. Kenapa? Kenapa? Apa yang telah terjadi?cam ne saya nak upload gambo-gambo ni? Kenapa tak boleh upload ishhh............... (O.o)

Wednesday, 19 December 2012

Cerita apa hari ni?

Hello…pagi-pagi dah tengok ‘online news’…ini antara rutin harian kononnya supaya sentiasa update dengan isu semasa. The Star dah baca…siap baca pasal dooms day huhuuhu…ntah la dalam islam benda ni semua luar dari kemampuan manusia jadi berdoa ajela. The Edge tengok juga sikit je baca dah nak muntah hahaha.. bosan, take over sana merger sini, buy stock there sold here, bull and bear market..ish..ish..(O.o)…tengok Kosmo..erm..

Nibong Tebal: kesian budak 3 tahun ni kena seret sampai dikatakan sejauh 10KM..Innalillahiwainnaillahirajiun...terjadi selepas kereta bapanya terlibat kemalangan dan dia tercampak.

Ni pula Langkawi: Produk Wajib Lawat di Dunia

“Langkawi SkyCab kini menerima 950,000 pelawat setakat semalam.

Khalid berkata, kereta kabel Langkawi dianggap paling unik di dunia kerana kedudukannya dalam kawasan ekosistem hutan berbanding kereta kabel lain yang terletak di bandar.”-Credit to Kosmo.

Full article:
http://kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2012&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

atau beli aje akhbarnya :)

Hehehe 950,000 tu termasuk la me and my 2 friends from Rusia..ingat lagi citer gi Langkawi? Citer di
sini. Huhuhuh…best..gayat pun ado..gambar-gambar yang ada tak berapa nak clear, al maklum la diambil guna HP sanggih kiter tak tau kenapa ada a few pic tak boleh nak upload..nape tah :p ..hehehe..
kawasan bawahnyer
 
belakang ni ada taman ala-ala zoo mini


beratur untuk naik

on the way to...

ni kat stesen atas skali

view dari atas
  
gambo orang sebelah hikhik

bridge ni close from public~time ni la

lagi-lagi

ambil gambar dari atas sekali..yang ni ada tangga kena daki


Monday, 17 December 2012

Steamboat in da house


Bahan-bahannya seperti di atas

Donya..lihat la saya sedang mengerjakan sup tomyam (hehehe gambo lupa upload daaa) untuk dibuat steambot hehehe. Saje la nak makan, nak kuar payah coz masing-masing balik keje time kedai udah tutup. Sabtu Ahad plak ada yang berkelas-kelas san...weeee...so apa lagi buat aje mana yang mampu janji ada ghupe hehehe..sila-sila..nyum-nyum...

Wiken sambil bermasyarakat

Hamboi..tajuk..sosial habih..kui..kui..sedang hapdate sambil telan doyan crepe..tak tau tajuk apa paling best. So belek-belek cik Lumix nampak ler gambo lame...so layan kan aje ler..event ni bulan May lepas...cam biasa event company acut (company gue...usah dipikir deh, ngak ada yang enak mau dikongsi) nak wat lagu mana menempel ajela kennn..hokey-hokey...rasanya pernah kot wat entry ni tapi ada gambo tak sempat upload lagi so ni ler masa nya...yang gambo tong kaler-kaler tu sebagai rujukan cara-cara buang sampah...ahakss...pada activist alam sekitar, anda mungkin prihatin tentang ini, tapi saya tak berkesempatan ke taman alam ke taman laut ke apa ek name nyer tah kawasan paya bakau tu, kabo nyer stakat nak cari set perabot untuk sebiji rumah sonang amek aii...sofa seset dua tu cam susun ala-ala kedai. Kepada masyarakat yang suka buang sampah merata tu (sambil nasihatkan diri sendiri jugak, mana tau tanpa sedarkan) sedarla ye akibatnya, anda aje yang akan dapat tengok tempat ni..next generation sorry, they only can see it in the museum..maybe.. apa pun bak kato bos ese, this is brought up issue, teach your kids a good manner now and they will turn as a better human in future....ok la... chowww...

Tepian pantai yang semakin lama semakin hilang ~ selalu gak kuar TV/paper ~Pantai Remis, Jeram

Tong sampah yang tak berapa digunakan buktinya?kami kumpul 15Kg (if tak silap) total semua sampah almost 200KG :p

Sepi..tapi tenang~sampah tok sah cakap menimbun

Alkisahnya Crepe

Cepatnya masa berlalu, tahun 2012 bakal sampai penghujung. Nampaknya keje kat ofis pun semakin hujung-hujung, suam-suam kuku gitu (sebenarnya sentiasa ada cuma buat-buat tak nampak sebab mood hujung tahun kan hehehe) bos pun cuti, Krismas nanti dia cuti lagi...amboiiiii..(>.<)..teringin nak makan crepe...bak kata wani @ lucky tulip...macam tak boleh nak stop (ermm lebih kurang ayatnyer..maksud sama dah kot) sambil-sambil buat untuk orang buat juga la untuk diri sendiri heheh...

Ok..resepi sama tak de yang beza. Cuma ceritanya agak menarik jugak malah boleh jadi peringatan supaya lain kali beli barang awal. Ingat ye kebanyakkan kedai jual barang-barang bakeri cuti Public Holiday huhuhu. So citernya...

Besday Sultan Selangor > pagi hantar acu pergi kerja (coz dia nak outstation..sgt la jauh nye hihi..PD jo)  sampai ofis dia kat Dayabumi tu dalam 8.30pagi 


Daya Bumi ~ saje enter frame hehehehe
  
patah balik ke Petaling Jaya a.k.a PJ...yuhuuuu..cutikan...> gi tengok kedai Bake with Yen..ermm tutup lagi..ok takpe..gi Tesco Extra@Mutiara sat la beli barang dapur > singgah Kedai Bagus kat Bestari D'Kota...uppss siap ada notice bagi tau depa cuti na...okey takpe la nanti petang sikit pergi Bake Yen semula > masak dan makan tengahari > Zohor >Bake Yen > SAH tutup > okey balik la..> dalam perjalanan dok pikir...camne ni customer dah order tiba-tiba barang tak cukup..aisehh...>masih pikir lagi > lalu IKEA..ermmm dekat dengan ofis dah ni..> pop!! teringat > pagi-pagi bila nak elak jem, mesti lalu kat rumah kedai belakang Giza..Hokey...nampak 1 kedai..Mom apa tah namanya..> Alhamdulillah..buka...beli barang...singgah tambahkan durian sikit > balik rumah > siap kan crepe ni..hui seharian betul berjalan >semuanya kerana crepe..hhuhuhu 

1pek = 6 pcs

ni keratan rentas hikhikhik

untuk makan-makan

ni kerat dengan ganeh nyer

Note:

penggunaan > kerana malas menaip hukhukhuk...sume gara-gara banyak sangat wat taip menaip kat ofis..