Monday 24 September 2018

Edible image? Yay or Nay?

Hi Chuols,
Ana nak share sikit pasal penggunaan edible image.

Edible image tu apa? Masih ramai yang di luar sana tertanya-tanya. Eh boleh makan ke?

Edible image ni adalah gambo yang boleh dimakan tu...tuan/puan nak buat birthday anak yang ke-5 katakan. Tuan/puan jumpa baker mintak nak gambo anak atas kek tu. Makanya baker pun akan pergi jumpa tukang print atau pun baker print sendiri. Tapi awas bukan print guna printer daily kita tu, yang ni dah memang khas untuk edible ink dan papernya juga adalah dari icing. 

Lebih kurang gitulah penerangan pasal edible ni. So far iols print dengan kawan, almaklum bukan print hari-harikan, mesinnya, inknya semua tu agak costly. Sekeping image anggaran size A4 boleh berharga dari RM15- RM30 (harga tahun 2018 ye kawan-kawan). Semuanya bergantung pada beberapa faktor antaranya size gambar, jenis (cupcake dan kek size dan jenis berbeza), kawasan (di bandar besar biasanya lebih murah) dan juga design. 

Ok setakat ni, itu adalah basic yang tuan/puan sangat patut tahu. Tak la nanti terkejut dengan harga edible yang agak 'memberangsangkan' itu dan juga jangan panik masa nak makan, makan jelah gula semua tu bukan plastik atau kertas pun hehehe. Yay? or Nay? nah pilihan di tangan anda...tak salah pun benda boleh makan..gitchewww

Ok nih iols sharing gambar kek yang menggunakan edible image...so enjoice!!


Edible ni ukuran 7 x 7 keknya butter cake dengan blueberry filling

Ni sempena Aidilfitri Choc moist dengan oreo buttercream



No comments:

Post a Comment