Ada juga yang bertanyakan, kenapa Langkawi. Hmm..jawapan mudah, preference kita berbeza, ada orang yang suka Korea, asyik la pergi Korea, ada yang suka Cherating asyik la Cherating. Macam acik nih, sebab acik nak habiskan cuti tahunan dan acik mie susah nak cuti, makanya memang tak la ke luar negaranya kami nih. Lagi pun time-time GST dan ekonomi tak seberapa ni, berjalan sebenarnya adalah tak penting. Berjimat tu perlu.
Hihi, tapi acik ni beli tiket ikut rasa, rasa nak lari makanya dan kalau murah jom beli. Kali ni pergi acik mie dah pesan kita duk Cenang senang nak kemana-mana katanya.
So hari yang indah Khamis 2 April 2015, kami gerak ke Putrajaya Sentral Park and Ride. Banyak kali google nak cari tempat parking yang murah di KLIA2. Kalau dulu di LCCT ada juga lah murah nya parking walaupun jauh. KLIA2 ni jangan harap lah, kat sini ada penerangan lanjut rate kat sana. Kalau dah sehari RM46, 3hari banyak jugak tu. Maka option ni KIV dulu. Oh ye kenapa tak naik teksi? Dari rumah kami teksi biasanya RM75-90, pergi balik dekat RM200, itu je rasa macam tak berbaloi. Maka google punya google, jumpa 1 blog review (my bad tak ingat blognya) tentang parking di Park & Ride ni, ermm macam leceh sikit tapi apa salahnya cubakan.
Jadi disebabkan flight kami yang pukul 12 tu, maka kami keluar rumah pukul 9 pagi. Jalan pun Alhamdulillah tak jem dah. Dari rumah, kami ikut LDP, singgah Shell beli minyak, makan bagai (sambil bebel pasal GST) and komen tentang sedap puff Deli2go Shell tu.
Kami menghala ke Putrajaya, lalu Plaza Tol Sunway (hallo akak-akak and Ex-Boss), terus ke Plaza Tol Puchong Selatan, lepas bayar tol (RM1.60 untuk setiap tol LDP) terus ke Putrajaya. Agak-agak lepas segala exit Putrajaya dan Cyberjaya akan jumpa Putrajaya Sentral Park & Ride signboard. Belah kiri, hah masuk situ, pastu sila ke kiri. Masuk je kat sini macam keliru sikit simpang nya. Jalan depan sikit akan jumpa entrance parking. Ada signboard tapi sebab kawasan macam isolated so a bit lain macam. Pastu amik tiket dan cari parking. Ratenya pagi RM2, petang RM2 full day RM4 lah kan (ada notis kat situ bermula 1 Mei 2015 harga akan jadi RM5 perday). Murah? Sangat uols, I like. Total parking 3 hari 2 malam RM10.00. Murah? Memang...penjimatan hebat sangat-sangat.
Macam mana nak ke KLIA/KLIA2? Lepas parking naik lif ke tingkat atas, jalan beberapa meter beli tiket dan naik lah KLIA Transit ianya adalah ERL tapi bukan express ke KLIA/KLIA2. Bayaran RM6.20/ person. ERL ni ada time dia boleh kat tengok kat web depa na. Perjalanan ERL ni Salak Selatan- KLIA-KLIA2, macam jauh tapi lajuuuu. Total untuk 2 orang ampa kali sendirilah pastu ampa kali pergi balik ok.
Sampai-sampai dah jam 11pagi, terus ke balai berlepas. Check-in semua bagai, lepak-lepak dengan pilot jam pun tunjuk pukul 12.45 barulah nak bergerak. Betapa lah AA ni kan. Around 2p.m kami sampai ke Tanah burung merah. Oh ye, time beli tiket ni AA ada promo, sempena apa ntahla. Tapi flight plus hotel RM5++. Penjimatan di situ.
Sampai kami sewa kereta kat booth pertama sebelum keluar dari balai ketibaan tu. Niat hati sebab bukan musim cuti makanya nak amik la kereta had besaq sikit, Myvi untuk dua orang memang bagus la ngam-ngam je. Total sewa 3 hari 2 malam RM140.00.
Kat sini kami lepak Cenang. Activities penting pergi mangrove jangan tanya kenapa penting. Acik Mie kata dia nak sangat tengok mangrove tu ada apa hahaha hadoi la. Okey so next time baru lah dapat ke Pulau Payar gamaknya.
Hari pertama kami pergi Museum 3D, kat mana? Sama area dengan cable car. Dalam tu? Bayar tiket RM30 (MY card holder) bukak kasut pastu ampa jalan la amik gambar dengan sepenuh jiwa raganya. Fefeling la angel ke, ambil gambo dengan panda ke, kena kejor denesor ke (mihmihmih).
Balik tu kami ke kuah sambil shopping dan lepak, malamnya makan di ikan bakar Desa Permata. Murah dik non kat sini kerapu bakar size sederhana , sotong 4 ekor di goreng tepung, ulam-ulaman dengan sambal (free flow), nasi 3, air nescafe ais dan sirap RM50. Makan sampai buntal.
Esoknya breakfast nasi daging lauk kicap, roti canai 2, air nescafe 2 kat kedai depan Hotel Landscon RM7.50. Tengah hari pun makan kat sini mahal sikit dalam RM20. Oh ye lepas breakfast, kami tunggu van untuk ke jeti. Mangrove uols. Tiket mangrove RM45 perjalanan dari pukul 9 ke pukul 2. Memang sakan la menikmati alam sekitar.
Sampai hotel solat, mandi sebab dah berlengas bagai kan, so sambung la ke Kuah untuk shopping periuk pulak. Beli periuk, beli langsir untuk sliding door rumah bawah (hahaha cantik kat mata gue udah ler) janji tingkap tak boleng dan tak ketinggalan coklat (wajib katanya).
Kemudian balik, beli fast food, lepak tengok TV terus zzz. Esok nak balik dah. Bestnya kat sini fast food segalanya tak kena GST. Maka seronok lah jadi orang Langkawi hihi.
Time balik gerun sikit. Flight yang kami naik tu uiks terasa gegarannya. Oh ye hari yang sama juga kita dengar heli terhempas di Semenyih tu. Ermm mungkin juga keadaan cuaca. Time kami sampai tu cuaca okey lagi tapi bila tiba kat park and ride tu dalam pukul 4.30, hari dah gelap sangat. Sampai Puchong hujan turun selebatnya.
Balik KL mood cuti tak habis lagi. Nak fikir hal rumah pun macam malas hihi. Hal kerja apa tah lagi. Sebab mood terlebih, acik beli tiket ke Langkawi untuk tahun depan pulak ahahhaha...so Langkawi lagi lah ye. Acik Mie dah pesan, kali ni amik chalet yang betul-betul sebelah laut, hahaha. Ok, tu je citernya. Tak la best pun cuma saja tengah rajin nak menaip panjang berjela.
No comments:
Post a Comment