Haiii...dalam entry lepas, ana ada cerita pasal bank dan masalah lawyer. Tujuan tulis ni sebagai peringatan pada diri sendiri, mana tau ada rezeki nak beli banglo ke super-duper link ke, boleh buat reference. Sebelum tu, menulis ni kalau boleh tak nak la sebut nama sesiapa. Yelah
masing-masing ada nama dan business yang perlu dijaga nanti buatnya lah ada yang terbaca habis lah business
dia orang. Cuma kalau orang kata takut ke nak reveal nama depa, for me tak la.
Bukti cukup untuk buktikan yang dia orang ni tak buat kerja, sengaja
melambat-lambat process dan punya sifat yang akan buat kita ni customer macam
sampah. Beza sangat masa ambil loan dengan UOB dalam masa sebulan siap semua.
Cumanya officer bank ni sendiri yang bagitau, at least bila Puan
report, HQ tau masalah kami kat sini. Maka Puan, buatlah report pada Customer
Care kami. Hah gituuu...maka ana (kalau tak suruh pun memang akan buat) dengan bangganya email 1 karangan yang simple tapi content boleh buat orang gigil. Hmmm. Tapi tak dinafikan kita ni manusia biasa, mungkin branch tu yang tak
berapa bagus, hiccups here and there. But the customer care are damn good. Pagi
emel, petang reply, esoknya call hari ketiga duit disburse pada developer.
Susah nak paham orang? Memang pun, ana ni jenis yang terus
terang. Kalau rasa tak boleh buat bagi tau, jangan bagi alasan yang
bukan-bukan. Mula-mula kata esok, kemudian 8hb, kemudian lagi 13hb, sebulan
kemudian call lagi tanya lagi, bagi tau
lagi 2 weeks akhirnya dapat tau dokumen tu salah. Sepatutnya bank A tiba-tiba
tercas bank B, kenapa selepas sebulan baru bagi tau yang dah salah bank la, salah dokumen
la, consent baru dapat lah. Memang ni semua kerja lawyer tapi lawyer tu bank yang pilihkan, bila customer nak guna lawyer sendiri, bank yang tak bagi atas alasan ini adalah peguam panel kami ni. Alahai…
Lawyer plak, jenis lepas tangan. Janji dapat duit. Kerja lepas
pada budak-budak baru nak up yang kerjanya 10minit sekali update Whatsapp punya
profile picture. Apa kita expect pada budak-budak camni?(maaf tak semua, di akui ramai yang bagus-bagus). Yang bossnya duit nak tapi kerja tak
nak. Paling memualkan, call tak angkat, kalau jawab call pun bagi alasan macam-macam, pergi toilet la, lunch la, meeting la,
on the phone la tapi dari belakang boleh dengar dia duk jerit “bagi tau je I
pergi toilet”… Macam nilah, ana sebenarnya malas nak marah-marah, taukan kerja tu amanah, kerja tu juga tangunggjawab. Kalau tak
buat nanti jawab lah ye.
Hmmm... yang paling tak ana sangka bank hebat punya nama besar tapi mentality dan sikap mencari kesalahan orang lain sangat-sangat ketara. Cubalah selesaikan masalah dan cari punca masalah tu. Bukan tuding jari cari kesalahan orang lain. Mana kerja nak jalan kalau macam tu. Haihhh...kalau mentality macam ni sentiasa dan tak berubah memang tak kemana lah kita.
Ok, ana nak kongsi kronologi dari kisah ni, mana tau nanti dapat rezeki lebih nak beli bangle eh eh..banglo atau super duper link (minta dijauhkan jumpa orang-orang yang macam ni):
Tarikh
|
Perkara
|
Contact Person
|
Dokumen Sokongan
|
17 Jun 2014
|
Bayar booking fee
sebanyak RMxx,000
|
Salesperson pemaju
|
Receipt dated 17 Jun
2014
|
18 Jun 2014
|
Hantar permohonan
pinjaman kepada bank
|
PIC bank
|
Salinan borang, IC,
receipt booking dan surat sokongan syarikat
|
23 Jun 2014
|
Loan diluluskan,
terima Letter of Offer serta beberapa borang dan dokumen
|
PIC bank
|
Salinan surat
|
23 Jun 2014
|
Tandatangan Letter
of Offer, borang dan dokumen dan pulangkan kepada bank
|
PIC bank
|
Salinan surat
|
7 Julai 2014
|
Terima Surat
Perjanjian Jual Beli (SPA), borang 14A, borang TNB, SYABAS, surat persetujuan untuk gated
& guarded
|
Wakil SPA lawyer
|
Salinan mukasurat
penting SPA, borang-borang berkenaan
|
7 Julai 2014
|
SPA ditandangani dan
diserahkan kembali kepada peguam SPA, bayar RMxxx.00 kepada SPA lawyer
|
Wakil SPA lawyer
|
Salinan mukasurat
penting SPA
|
18 Julai 2014
|
Lawyer called, borang yang telah ditandatangani pada 23 Jun 2014 adalah borang lama, bank dah guna versi lain. Pergi ke office
lawyer untuk tandatangan semula surat/borang dari
bank (version baru)
|
Lawyer
|
Dari dokumen
version V5 ke V6
|
10 Sept 2014
|
Terima salinan
Invoice dari pemaju kepada bank
Expiry date: 10 Oct
2014
|
Wakil pemaju
|
Invoice No.
xxx
|
2 Oct 2014
|
Tandatangan
Supplementary Letter of Offer dari bank
|
PIC bank
|
Salinan Supplementary
Letter of Offer
|
16 Oct 2014
|
Terima “Letter of
Confirmation and Undertaking”
|
Wakil SPA lawyer
|
Berserta set
document dari
-salinan emel
-kelulusan kebenaran
pindahmilik dari pemaju ke pembeli pertama
|
12 Dec 2014
23 Dec 2014
30 Dec 2014
8 Jan 2015
|
Terima surat dari
Lawyer
Call lawyer, consent baru dapat (aikkkk)
Call lawyer, consent salah (???)
Call branch, dokumen salah. Tercas atas bank lain. Consent salah (again??)
|
Lawyer
Lawyer
Lawyer
Bank/Lawyer
|
|
19 Jan 2015
|
Menghubungi Khidmat
Pelanggan bank. Diminta membuat aduan bertulis kepada pihak bank. Email
ke bank berkenaan pinjaman
perumahan telah dihantar pada hari yang sama kerana masih tiada tindakan
apa-apa sehingga 16 Jan 2015. Petang Customer Care bank call.
|
Customer
Care
(1
300 xx xx xx)
|
Email bertarikh 19
Jan 2015 sebagai rujukan
|
20 Jan 2015
|
Terima balasan email
dari pihak bank memaklumkan email berkenaan telah dihantar ke unit aduan
No. Ruj. xxx
|
Email bertarikh 20
Jan 2015 sebagai rujukan
|
|
21 Jan 2015
|
Dihubungi oleh pihak
bank berkenaan pinjaman, bertanya beberapa soalan dan mengakhiri perbualan
dengan “Puan tidak perlu ke cawangan atau menghubungi cawangan, ia akan
diuruskan oleh pihak bank sendiri”. Loan disburse.
|
(bahagian
unit aduan)
|
(10.01a.m –
03-2000xxxx)
|
22 Jan 2015
|
Terima SMS dari
xxx28, memberitahu loan telah dibayar
|
xxx28
|
SMS-10.41a.m
|
Citernya sikit lebih kurang lah macam kronologi nih, yang ni sendiri karang, bahasa pun sendiri paham supaya senang nak tau progress(nak harap lawyer memang tak la sampai la tak dengar bunyi apa pun, call pun bagi alasan saya cuti seminggu..pfff) . Hasil kelembapan dan ke"somethingan" pihak-pihak berkenaan terpaksalah bayar penalty RM2+++. Tak bayar tak dapat kunci. Itu pun bulan 2 baru dapat kunci, pun kena tunggu sebab SPA lawyer tak dapat lagi surat apatah dari bank. Haihhhh....time nak mintak 1st payment kemain lagi, seminggu sebelum 1hb dah call bagi tau. Cisss. Ok be prepared for GST. Ni nak renovate rumah pun nak kejar GST. Padahal nak pasang grill je but still....Ok tu je kat bawah ni contoh lakaran rumahnya.
Ni gambo yang artist lukis |
Ni view dari atas (artist impression yoyoooo je) |
No comments:
Post a Comment