Tuesday, 18 November 2014

Indahnya Pelangi

Seharusnya tajuk ni ditukar ke sedapnya pelangi hahah. Lama dah nak buat kek ni tapi baru ni la berkesempatan nak buat. Sedap jugak tak la rasa susu sangat. Just nice dan ana pun kurangkan gula dari sukatan asal. Manis memang sedap tapi tak baik untuk kesihatan hihi.
 
Ermm kek ni mudah je, macam apam pun ada. Ni kalau kat kampong sah la diaorang panggil ni kek ni kuih apam hahaha. Takde resepi rahsia yang terlibat bahan pun lebih kurang macam buat apam polkadot rasa lebih kurang sama je. Maka sila la sapa nak cuba.
 
Bahan & caranya:
 
2 cawan tepung gandum*
1tsp baking powder*
1tsp soda bikarbonat*
* ayak bahan ni
 
2/3 cawan gula^
1tbsp ovelete^
4 biji telur^ (ana guna gred A hahaha tak kisah pun dah tu yang ada kat kedai beli jela)
1tbsp vanilla^
^ pukul sehingga kembang dan putih (macam buat adunan bahulu)
 
Tambah 4 tbsp susu pekat manis kacau lagi.
Tambah 4 tbsp. minyak sayur (minyak jagung contohnya)
 
Gaul sebati, masuk bahan dah diayak. Bahagikan kepada 3 bahagian, colorkan ikut suka. Cara hasilkan corak, masuk color lapisan pertama 1senduk, kemudian color kedua sesenduk, kaler ke 3 sesenduk lagi ulang hingga habis. Kemudian ambil lidi dan corak la ikut kegemaran. Make sure kukus dalam keadaan sesuai. Masuk dalam kukusan dan kukus selama 40 minit. Cucukkan lidi kedalam kek kalau lidi bersih maka dah masak la tu. Well done, boleh sejukkan, potong dan makan. Yummss.
 

No comments:

Post a Comment